REFORMASI FASA KE-2 profile picture

REFORMASI FASA KE-2

demokrasi

About Me


Minyak Turun
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk mengurangkan beban rakyat Harga minyak distabilkan supaya harga barang, kos perkhidmatan dan kos perusahaan tidak melonjak demi kemudahan jelata.
Pendidikan Percuma
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk memberi pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah, dan universiti. Pendidikan percuma supaya setiap warganegara berpeluang memajukan diri dengan ilmu dan pendidikan berkualiti.
Jaga Kebajikan Rakyat
Kebajikan ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orang kurang upaya, dan golongan miskin harus dijamin dan dipelihara tanpa kira kaum dan agama. Anak-anak muda yang mahu berniaga akan diberi peluang dan galakan.
Mahkamah Adil & Saksama
Mahkamah diperkasakan bagi memastikan kerajaan tidak lagi rasuah dan menyeleweng seperti yang berlaku hari ini. Mahkamah bebas dari pengaruh politik supaya semua rakyat diadili dengan saksama dan sama-rata, tidak kira miskin atau kaya.
Polis Cekap, Rakyat Selamat
Polis bersih dari rasuah, yang bagus dan baik dinaikkan pangkat, yang rasuah dan buruk dihantar ke hutan.
Gaji polis dinaikkan, kebajikan mereka dipelihara, kehadiran dipertingkatkan supaya anak dan isteri kita, suami dan ibu-bapa kita selamat dari jenayah
Reformasi Fasa Ke-2, menyokong gerakan-gerakan ke arah demokrasi dan kebebasan bersuara. Sila baca ini kenapa kita perlu pertahankan hak bersuara (Klik sini)
Lautan manusia
Dengan tangan menjulang ke angkasa
Mambantah kerakusan kuasa
Mencemuh tamak haloba
Dibelasah bagaikan mimpi diri
Hingga sajat institusi di cabuli
Dan kehakiman dinodai
Namun tekad kental semadi
Darah pahlawan di jiwai
Menuntut keadilan
Mendukung reformasi
.Anwar Ibrahim.
Perjuangan sedikit pun tidak romantis. Tak kira setulen mana motif perjuangan kamu. Tak kira bagaimana demokrasi dan amannya kaedah yang kamu gunakan. Musah sentiasa menunggu kamu..
Bila orang kampung buka tanah haram katanya. Bila orang kaya bolot estet, lombong dan rumah, pembangunan katanya..
.SEKEPING NOTA UNTUK PRESIDEN.
-Mana yang kau bilang demokrasi?
sebab yang tiba padaku korupsi
-Bagaimana tak kubilang kau palsu?
kalau programmu merobohkan rumahku!
-Bagaimana tak bilang kau penipu?
kalau kemajuanmu membelakangi nasibku!
-Kau pidato tentang keterbukaan?
tapi dimana-mana kerjamu membungkam!
-Kau kasih petunjuk tentang keadilan
padahal yang kau maksudkan adalah sokongan!
ARAH SANA.. Aksi Anwar yang sempat dirakam ketika perbicaraan beliau. Kes Anwar Ibrahim dan sejarah Reformasi akan terus kekal, dan bukan hanya sebagai sekeping 'foto lama' tetapi sebagai sejarah perjuangan untuk menuntut ruang demokrasi dan keadilan sosial di negara ini- perjuangan kedua paling hebat selepas menuntut kemerdekaan...
Sepanjang enam tahun foto dirakam. Sejarah terlakar. Sesiapa yang tidak terlibat dan menjauhkan diri, apakah pengalaman hidup bernegara yang mereka miliki? Enam tahun adalah enam tahun yang sungguh bahagia, walau pelbagai dugaan di tempuh, itulah yang memberi makna yang bahagia sebenarnya.
TABIK HORMAT KEPADA:
-Mereka yang pernah di tahan di bawah ISA
-Mereka yang pernah ditahan kerana menegakkan hak bersuara dalam perjuangan tuntutan Reformasi
-Mereka yang berusaha mengembangkan sayap reformasi dan telah banyak berkorban untuk Reformasi
-Pengurus-pengurus laman web Reformasi yang berusaha menyampaikan maklumat dalam media kita disekat
-Aktivis dan pejuang hak asasi manusia termasuk badan-badan bukan kerajaan
-Wakil-wakil Reformasi, pelajar-pelajar, petani, nelayan, pekerja kerajaan dan bukan kerajaan, buruh-buruh, penganggur, dan semua rakyat malaysia yang berusaha menuntut Reformasi dan pembahuruan di Malaysia
-Lawan tetap lawan!

My Interests



Blog: Pengkhayal@Blog

REFORMASI FASA KE-2
.Satu badan yg dimonopoli oleh golongan muda untuk memperjuangkan pembahuruan dan reformasi kapada rakyat.

TUJUAN PENUBUHAN
.Memperjuangkan hak asasi manusia yg selama ini telah dicabuli dan dinodai oleh penguasa-penguasa zalim yg sekian lama merompak hak rakyat dan menindas golongan bawahan.

.Menarik lebih ramai lagi golongan muda agar bersatu dan bangkit menentang jenayah rasuah.

.Menanam semangat patriotik dikalangan anak muda agar anak muda sedar tentang perlunya pembahuruan di Malaysia agar negara kita Adil, Bebas dan merdeka dari penyelewenagn dan penindasan.

BERSATU DAN LAWAN!
UNDANG-UNDANG:
"Kalau undang-undang menentang orang miskin, maka kami tiada pilihan melainkan terpaksa melanggar undang-undang.

PERISTIWA BALING 1974:
"Bila orang kampung buka tanah, haram katanya.. Bila orang kaya bolot estet, lombong dan rumah, pembangunan kononya..

KEBENARAN:
Menolak kebenaran merupakan kerja curang dan seandainya keadilan pupus dan dirampas, pemerintah menjadi perompak besar.

KEMPEN:
AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT (FOIA)
GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)
GERAKAN MANSUHKAN OSA (GEMOSA)
GERAKAN REFORMASI FASA KE-2(REF-2)
ANWAR IBRAHIM FANS CLUB(AIFC)
GERAK ANTI KORUPSI (GERAK)

TUNTUT:
RUANG AWAM
RUANG DEMOKRASI
RUANG DIALOQ
KEBEBASAN MEDIA
KEBEBASAN AKADEMIK
MENSUHKAN AUKU
BEBAS MEDIA
PILIHAN RAYA YG ADIL

HAPUSKAN AKTA ZALIM
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960
AKTA PERCETAKAN AKHBAR DAN PENERBITAN 1984
AKTA KAWALAN PENERBITAN IMPORT 1959
AKTA KESATUAN PEKERJA 1959
AKTA PERSATUAN 1966
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
AKTA HUBUNGAN INDUSTRI 1965
AKTA RAHSIA RASMI 1971
AKTA IMIGRESEN 1959 DAN 1963
AKTA POLIS 1967

I'd like to meet:

.Aktivis Dan Pejuang Hak Asasi Manusia.

Television:

TERLALU BANYAK FITNAH DILEMPARKAN, BERITA PALSU DISIARKAN, DIBERIKAN TEKANAN DAN KESUSASAHAN KEPADA AKTIVIS BARISAN ALTERNATIF DAN REFORMASI. SEBAHAGIAN KITA TENTULAH AKAN MERASA LESU DAN MENGALAH KERANA PELBAGAI ALASAN DAN KEPENTINGAN. TIDAK HAIRAN PULA JIKA ADA YG TERKELIRU DENGAN PEMBOHONGAN BERTERUSAN!

BOIKOT!

Books:

DINEGERIKU KHOTBAH, SURAT KABAR, MAJALAH, BUKU DAN SANDIWARA YG OPININYA BERSILANG TAK HABIS DAN TAK PUTUS DILARANG-LARANG...

Heroes:

.Nelson mandela
.Bapak muhamad natsir
.Sheikh daud fatani
.Jamaluddin al afghani
.Burhanuddin al helmy
.Ahmad boestamam
.Dr said ramadan
.W.S.Rendra
.Taufik ismail
.Hannah Arendt
.Allahyarham Kamarulzaman Teh
.Allahyarham Pak Dino
.Aung San Suu Kyi
.Liang Congjie
.Jose Rizal
.Mahatma Gandhi

My Blog

Reformasi Yang Sungguh Bahagia

Rakyat Malaysia sedang melintasi zaman baru. Sejarah 'reformasi' di negara ini, sejak enam tahun lalu tidak akan dilupakan, dan akan terus dirujuk. Anwar sudah bebas dan orang memang akan bertanya, "a...
Posted by REFORMASI FASA KE-2 on Sat, 03 Feb 2007 12:26:00 PST

AMANAT AKHIR HAYAT

anakku,simpan segala yang kau tahu.jangan ceritakan deritaku dan sakitku kepada rakyat,biarkan aku menjadi korban asal Indonesia tetap bersatu.ini aku lakukan demi kesatuan, persatuan, keutuhan dan ke...
Posted by REFORMASI FASA KE-2 on Sat, 25 Feb 2006 02:08:00 PST

SAJAK RAJAWALI

sebuah sangkar besitidak bisa mengubah rajawalimenjadi seekor burung nurirajawali adalah pacar langitdan di dalam sangkar besirajawali merasa pastibahwa langit akan selalu menantilangit tanpa rajawali...
Posted by REFORMASI FASA KE-2 on Sat, 25 Feb 2006 02:06:00 PST