Ditubuhkan pada 3 Ogos 2003 hasil percantuman antara Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia
Parti Keadilan Rakyat merupakan parti yang berbilang kaum dan kini mencapai keahlian sebanyak 300,000 meliputi 167 bahagian di seluruh Malaysia
Berjuang untuk masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama berasaskan 17 perkara yang menjadi perlembagaan parti(sila rujuk www.keadilanrakyat.org)
Setiap organisasi di dalam politik mempunyai gerakan sayap parti tersendiri bagi melicinkan gerak kerja begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai cabang Wanita dan Angkatan Muda disamping Presiden sebagai ketua tertinggi parti dan juga Majlis Pimpinan Tertinggi sebagai badan eksekutif parti yang dilantik melalui Kongres Nasional yang diadakan pada setiap tahun melalui pemilihan setiap 3 tahun sekali