Pemecatan aku daripada jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat yang dinamakan “Reformasiâ€. Penahanan aku dibawah ISA dan kemudiannya tuduhan-tuduhan jenayah dan rasuah telah mencetuskan kesedaran politik rakyat yang percaya bahawa tindakan tersebut bermotifkan politik. Dari situlah lahirnya Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat.
Aku dilahirkan di Pulau Pinang pada 1947. Aku kemudiannya mendapat pendidikan di Pulau Pinang sebelum terpilih ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, di mana aku aktif di dalam perdebatan Bahasa Malaysia, pimpinan pelajar dan kesatuan pelajar Islam. Seterusnya aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana aku teruih aktif di dalam aktiviti mahasiswa.
Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Melayu, aku memainkan peranan penting dalam penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang kemudian aku jadi otai. ABIM kemudian menjadi agen penting dalam gerakan mahasiswa 1970an yang menuntut pembasmian kemiskinan dan penghapusan rasuah. Aku turut menubuhkan Yayasan Anda untuk membantu pelajar-pelajar yang miskin. Aku ditahan dibawah ISA selama dua tahun pada waktu ini. Cis!!!
Pada tahun 1982, aku menyertai UMNO dan kemudian menjadi Ketua Pemuda UMNO, Naib Presiden UMNO dan seterusnya, pada 1993, Timbalan Presiden UMNO. Pada masa yang sama aku memegang jawatan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Pertanian; dan Pendidikan. Aku kemudian dilantik menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan memainkan peranan penting dalam pembangunan pesat ekonomi Malaysia pada dekad 1990an. Euromoney menamakan aku sebagai antara empat menteri kewangan terbaik 1993, sementara Asiamoney menobatkan aku sebagai Menteri Kewangan Terbaik 1996. Aku ada telah menulih buku Gelombang Kebangkitan Asia pada 1996.
Aku telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, dan mempunyai enam orang anak.