Food Not Bombs KUALA LUMPUR profile picture

Food Not Bombs KUALA LUMPUR

youth of da world unite!

About Me

FOOD NOT BOMBS
KUALA LUMPUR

adalah sebuah organisasi ANTI-PERANG yang berpusat di Kuala Lumpur, terlibat dalam aksi-aksi anti perang, hak asasi manusia dan membina kesedaran massa. FNBKL menganggotai beberapa jaringan antaranya Gabungan Anti-Perang Malaysia, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Diantara aktiviti utama kami ialah memberi makanan percuma kepada rakyat miskin kota setiap hari Ahad, menyediakan bengkel pengetahuan tentang hak-hak anda, menganjurkan pesta musikal dan kesenian serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan hak asasi. Antara hari-hari keramaian kami (Hari Raya FNB) ialah HARI ANTI-PERANG SEDUNIA 19 Mac, Hari Perjuangan Kelas Pekerja 1 Mei dan Hari Hak Asasi Sedunia 10 Disember.


My Interests

NAMA
Memprotes ke atas jumlah wang yang banyak dibelanjakan untuk peralatan perang (dan projek mega-terutama di Malaysia) sementara rakyat biasa dinafikan ke atas keperluan asas mereka.

KITAR SEMULA MAKANAN
Kebanyakan bahan kami adalah dikitar semula dari pasar. Bahan yang diperolehi dianggap tidak dapat dijual kerana kecacatan kosmetik tetapi sebenarnya masih boleh dimakan. Kami tahu kekurangan sumber makanan adalah satu penipuan besar, kerana terdapat banyak makanan untuk semua orang dan masalah sebenar ialah pengagihan makanan yang tidak adil dan tidak manusiawi.

VEGGIE POWER
Kami tidak prejudis terhadap daging jika ada yang hendak mendermanya dan boleh menjamin keselamatan makanan tersebut. Oleh kerana kami mengunakan makanan yang dikitar semula, untuk memastikan keselamatan produk kedagingan adalah mustahil dan pengawalan kualiti sayuran adalah lebih mudah. Lagipun, makanan vegetarian adalah menyihatkan dan mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berkhasiat.

PENGIKHTIRAFAN
Kami terpanggil untuk solidariti atas usaha menentang kemiskinan. Semua orang berhak ke atas kehormatan yang samarata tanpa mengira status sosial dan/atau keadaaan ekonomi. Kewujudan kemiskinan mesti di bincangkan secara terbuka dan bukan di sembunyikan dari pandangan umum.

ANTI-KEGANASAN
Kemiskinan, kebuluran, dan kehilangan tempat tinggal adalah satu bentuk keganasan yang disebabkan oleh keutamaan kerajaan yang sudah tidak betul. Kami memprotes ke atas hasil kekayaan yang dibelanjakan ke atas peperangan dan senjata sementara rakyat dinafikan hak mereka ke atas makanan dan tempat perlindungan. Kami mengunakan pengagihan dan mengkongsian makanan, penyebaran literasi dan hiburan sebagai perkongsian pesanan dan satu bentuk PROTES!

KONSESUS
Semua anggota adalah sama dan mempunyai hak samarata untuk mengemukakan pendapat. Satu usaha kesedaran dibuat untuk cuba melibatkan semua orang dalam proses membuat keputusan.

TIDAK MENGAMBIL KEUNTUNGAN
Sedikit atau tiada wang yang terlibat; semua makanan adalah diderma. Tiada bayaran untuk bekerja- kami semua adalah SUKARELAWAN!

POLITIK
Anggota FNB terdiri daripada latarbelakang dan ideologi politik yang berbeza-beza; berfikir secara sendiri adalah digalakkan. Tidak terdapat othoriti dalam kumpulan ini. Semua orang adalah sama! Anggota menyertai dengan pelbagai sebab; kami semua hanya mahu membantu!!

My Blog

Solidariti untuk Orang Asal : Screenings

..
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Sat, 03 May 2008 06:56:00 PST

FNB KL Chinese New Year Programme

Dear good people,Since the collective decision propelled the existence of Food Not Bombs in Kuala Lumpur eight years ago, we have been consistent with our credo "Reuse, Recycle & Reduce" and in...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Tue, 29 Jan 2008 10:55:00 PST

FREEDOM OF ASSEMBLY RALLY.

..> Activists rally for right to protest Dec 19, 07 11:35am About 250 activists demonstrated outside the Human Rights Commission (Suhakam) headquarters in Kuala Lumpur against the gover...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Wed, 19 Dec 2007 10:34:00 PST

UPDATE

..> Six petitioners nabbed on leaving Parliament Beh Lih Yi | Dec 11, 07 1:42pm All six activists from the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) detained earlier this afternoon at the&n...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Tue, 11 Dec 2007 05:07:00 PST

Memo to Parliament: 24 arrested, 9 freed

..> Memo to Parliament: 24 arrested, 9 freed Dec 11, 07 10:59am PKR secretary-general Khalid Ibrahim, PAS election director Mustapha Ali and a teenager were among nine people released by pol...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Tue, 11 Dec 2007 05:04:00 PST

UPDATE!!

..> Polis bebas 9 orang, 15 lagi masih ditahan Dec 11, 07 12:40pm Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustapha Ali dan seorang remaja adalah antara sembi...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Tue, 11 Dec 2007 05:01:00 PST

KENYATAAN FNBKL BERHUBUNG PENCABULAN HAK ASASI

sehingga hari ini sudah lebih 50 orang aktivis hak asasi telah ditahan kerana mempertahankan hak bersuara dan berhimpun,walaupun hak bersuara dan berhimpun termasuk dalam artikel 10 perlembagaan keraj...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Tue, 11 Dec 2007 05:00:00 PST

Burmese Embassy sees red

..> Burmese embassy sees red ..> Andrew OngSep 28, 07 10:59am ..> About 2,000 people flooded the Burmese embassy in Kuala Lumpur this morning in protest against the violent military crackd...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Tue, 02 Oct 2007 01:17:00 PST

Ribuan sertai protes terhadap junta

..> Ribuan sertai protes terhadap junta Burma ..> Oct 2, 07 2:28pm   ..> Kira-kira 2,000 orang berkumpul di kedutaan Burma di Kuala Lumpur pagi ini kerana membantah kekejaman junta tent...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Tue, 02 Oct 2007 01:05:00 PST

Invitation to : Fiesta Feminista 2007 @ UM, 15-17 JUNE!!!

Hello Friends! FIESTA FEMINISTA 2007 at UM 15-17 JUNE! This ground breaking 1st time ever event is in town next month!! For those of you who want to know more about what feminism is and meet other fe...
Posted by Food Not Bombs KUALA LUMPUR on Fri, 04 May 2007 01:32:00 PST