DarkJustice profile picture

DarkJustice

Sesungguhnya kemiskinan yang sama-sama kita hadapi hari ini tidak mampu melahirkan kebangkitan (Revo

About Me

...


"Firman Allah yang bermaksud


Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kebenaran
-Surah Al A'sr ayat: 1-3


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, sehari bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan setahun, begitulah pantasnya putaran detik masa berlalu bak lintasan kilat yang menyambar dihujan hari. Semalam yang ditinggalkan tiada kembali lagi, hanya nostalgia mengamit minda. Esok yang mendatang, entah milik siapa, yang pastinya akan terkubur jua. Begitulah, lumrah hidupnya insan dipesada yang tiada abadi. Namun, bani insan masih lena diulik mimpi-mimpi sementara yang menyeronakkan tanpa menghiraukan lautan selimut dosa dan pahala yang menyelimuti diri.
Dunia hari ini, tak seindah dunia dulu. Anak-anak kecil bagaikan kapal tanpa nahkoda hanyut entah kemana. Dibiarkan membesar bersama arus ketamadunan tiada sempadan tanpa dibajari dan disirami nur keimanan dan ketaqwaan. Sedangkan ibu- bapa hanyut bersama pembangunan dunia material tanpa mengendahkan sekelumit waktu untuk sikecil.
Muda- mudi berterbangan bagaikan merpati sejoli terbang ke sana- sini mengikut rentak bayu yang menjijikan tanpa menghiraukan perangkap dosa yang mendatang. Permata berharga dibiarkan hancur dek kerakusan nafsu yang menyeronokkan. Lantas tiada siapa yang peduli, rintihan suara kecil yang tak berdosa dibiarkan bagaikan sampah di jalanan.
Yang berkuasa memejamkan mata tanpa menghiraukanya, hanya lontaran janji- janji manis bermain dibibir yang penuh dengan sandiwara. Harta kekayaan bangsa terus dimamah satu persatu bagaikan singa kelaparan tanpa menoleh depan dan belakang.
Suara-suara kebenaran terus ditenggelamkan bersama arus kebencian. Islam hanya bermain dibibir, dijaja kesana kesini bagaikan akulah perjuang Islam yang terulung sedangkan dihati ternampak kebencian yang nyata. Begitulah lagak binatang bertopengkan manusia yang penuh dengan sandiwara menjijikkan.
Entah!!, sampai bilakah ianya akan berakhir,entah!!, siapakah yang akan membelanya, bangkitlah dari lenamu wahai perjuang- perjuang kebenaran, walaupun ketitisan darah terakhir. Pastikan keagungan Islam bersinar kembali bersama sinarnya mentari pagi..

My Interests


All the good on this blog is solely from Allah (SWT) and through His infinite Mercy and Grace..
All the errors and wrongdoing is due to my nafs and Shaytan, and I ask Allah to forgive me and give me Hidayah..

All Credit belongs solely to Allah Subhanahu Wa Ta'aala.. Feel free to utilise the material and links on this site in anyway to propagate deen e Islam, Insha-Allah.



Sesungguhnya jalan perjuangan untuk menegakkan agama Allah dan meletakkan Islam sebagai millah yang satu tidak sekali-kali dihamparkan dengan permaidani merah, sebaliknya ianya akan dipenuhi dengan onak dan duri, cabaran, dugaan, mehnah dan tribulasi yang akhirnya sudah pasti disusuli dengan kejayaan mutlak disisiNya.



Daripada Abu Said Al-Khudri berkata :

Sabda Rasulullah s.a.w :
Sebaik-baik jihad ialah menyatakan perkataan yang Haq di hadapan pemerintah yang zalim atau pemimpin yang zalim

(Hadis Riwayat Abu Daud)



Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya ALLAH yang menciptakan langit dan bumi ...?

( Surah Ibrahim : 10)

I'd like to meet:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;" Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Surah Al-Ankabut ayat 2-3


PERJUANGAN bukanlah jalan yang singkat, mudah dan disambut dengan alunan kompang, atau dihampari dengan karpet merah.. tapi ia adalah satu jalan yang hanya diambil oleh mereka yang sanggup mengorbankan harta, masa dan diri mereka bila sahaja diperlukan.. Jalan yang dipenuhi onak duri dan ranjau.. Dan mereka yang berada di atas jalan ini bukanlah mereka yang leka akan dunia yang fana ini.. mereka sentiasa memastikan segala tindakan dan tingkah laku hanyalah utk membela PERJUANGAN ini.



Sahabatku... hadirnya diriku hanyalah sementara ampunkanlah daku bahawa kita sebagai manusia hanya sementara di dunia kau dan aku pun tahu hakikatnya takdir qada' dan qadar datangnya dari Ilahi andainya nyawaku tiada lagi... bahagiakanlah daku dengan doa tulusmu sebagai iringanku yang terakhir kenangkanlah daku dalam doamu...



"BangsaKu.. Disini Bukannya Medan Bersuka-sukaan Jika Ketenangan Yang Kau Cari, Maka Cintailah Allah Jika Jiwamu Tidak Sehaluan dengan-Nya... Maka fahamilah Kasih Allah terhadapmu... Seandainya Dirimu berada dijalan yang benar, Maka marilah kita bersatu untuk menegakkan kalimah 'lailahaillallah'
~Amir DarkJustice.



Dedikasi utk semua pejuang Islam, sesungguhnya tiada kalimah putus asa dalam perjuangan,tiada kalimah rehat dalam perjuangan. Andai ada 1000 orang pejuang, aku adalah salah seorang daripadanya, andai ada 100 orang pejuang islam aku adalah salah seorang daripadanya, andai ada 10 orang pejuang Islam, aku adalah salah seorang daripadanya, andai ada seorang pejuang islam, itu adalah aku !

Majulah ke hadapan Engkaulah pemudanya Dan madahku adalah nyalaan Semoga iramaku menyalakan api dalam dirimu Niat hati hanya untuk melihat Setitik air dalam dirimu Bakal menjadi laut yang dalam Semoga jiwa ini sentiasa beroleh ketenangan Jadikanlah dirimu Dicipta untuk bekerja bersungguh-sungguh....

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah" "Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan... "(Syed Qutb)



Ingatlah sahabatBunga itu menguntum indah, Menyeri dan mekar memerah, Dipuji dengan berbagai-bagai madah, Esoknya bunga itu gugur ke tanah, Serpih demi serpih ia punah, Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku...
Engkau bukan layu seperti bunga, Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya, Lambang bunga lambang sementara cuma, Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya, Daerah kita bukan daerah cinta, Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara, Tiada senda gurau memanjang yang meleka, Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur, Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat...
Bumi kita bumi yang payah, Penuh peluh, air mata dan mungkin darah, Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah, Ikuti dibelakang ulama' supaya tak goyah, Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.;
Sahabatku...
Semalam telah layu sekuntum bunga, Telah gugur dari jambangannya, Tetapi itu bukan perjuangan kita, Bukanlah itu sebagai lambangnya, Mulut telah kaku untuk bertanya, Hati malu untuk memikirkannya, Tidak seperti dahulunya, Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid, Yang merindukan dan memburu syahid, Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah, Walau pudar dan hambar datang tak sudah, Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah, Doaku agar kita berani seperti Hamzah, Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
jadilah sahabat yang baik...
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik....

“'Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencari kemenangan terhadap kaum yang kafir'.

(Surah A-li 'Imraan : 147)



.."Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.." >>> "Bukanlah ilmu itu satu kemahiran bercerita tetapi ilmu itu menimbulkan TAQWA kepada Tuhan." Ibnu Mas'ud.. " Ya Allah..akhirilah hayatku dengan kemuliaan.....(khusnul khatimah)"....

Music:



Ya Allah Ya Tuhan kami ampunilah dosa kami semua dan engkau tutuplah kelemahan kami dari musuh kami dan Ya Allah Ya Tuhan kami janganlah engkau beri peluang kepada musuh-musuh kami menikam kami dari belakang..

Lindungilah Anwar Ibrahim dari segala fitnah dan mehnah dan selamatkan beliau dari mara bahaya dan engkau jadikan dia sebagai orang yang sabar dan "ISTIQAMAH"...

Ya Allah Ya Tuhan kami kepada engkaulah kami mohon pertolongan dan pengharapan..

Ya Allah Ya Tuhan kami tunjukanlah kebenaram itu adalah kebenaran dan kebatilan itu adalah batil lingdungilah kami semua dari segala kejahatan dari luar dan dalam dan berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat....

-Do'a:Mursyidul Am PAS - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Acap-acap di tepi laut, Buaya ganas melintang kuala; Sebelum ajal berpantang maut, Takkan Melayu hilang di dunia.

Anak Cina bermain gasing, Mari bermain di kota raja; Bangsa Melayu tidak terpusing, Kerana setia kepada negara.

Tanah Melaka tanah pusaka, Tempat lahir panglima negara; Wahai pemudi juga pemuda, Bangunlah kamu mempertahankan negara.

Tanah Melaka tanah purba, Tempat berbagai aneka sejarah; Kalau kata sudah dikota, Pantang Melayu menyerah kalah.)

Allah says: "We must all be united against the aggressors. We are united in Islam, including unity of belief in the Shari..ah, unity of belief in the Qiblah, and also united in pain and hope. As Allah Almighty says: "Verily this Ummah of yours is one Ummah."

(Qur'an,21:92).



Aku pencari DEMOKRASI dalam erti kata EVOLUSI dari sistem yang MENINDAS kepada sistem yang menjamin
kebebasan

Hati tetap memberontak mencemuh KERAKUSAN KUASA Aku tetap berdiri dengan PRINSIP yang tersendiri

Matlamat teguh disisi seperti membaranya semangat REFORMASI.
Suara diri ini yang sentiasa menanti barisan pejuang REFORMASI



Movies:


Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati."
(al-Hajj: 32)
"Kematian bukanlah penamat sebuah kehidupan,
kerana alam yang terbentang seterusnya adalah pentas yang akan menayangkan semula lakonan hidup kita "

Tiada munusia boleh kekal CANTIK
dan tiada manusia boleh kekal MUDA.
Tiba masanya kecantikan akan HILANG dan MUDA bertukar TUA


Diri ini...
hanyalah seorang pengembara di bumi Allah... tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu...."
dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali... sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah...."
moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen


"

Television:

Allah Says in the Quran:
"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115).


"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?' Yes, certainly the Help of Allah is near!"
[Quran 2:214]

Salahkah aku berkata
Mengata pada kezaliman yang nyata Kerana aku tidak suka Mereka berbuat sengketa Dan juga pelbagai angkara Sehingga terseksa insan yang tidak berdosa menderita
Salahkah aku berkata
Tentang mereka yang celaka Yang selalu melanggar perintah-Nya Yang menghina-hina agama Sedang mereka tidak mahu mengamalkannya Malah suka berkata dusta Malah menggalakan pelbagai pesta Menjadikan muda-mudi kian lupa Mengambil dadah mendedahkan dada Dan tidak malu berbuat zina Walau di mana saja mereka berada Demikianlah manusia pabila lupa Suka benar berbuat dosa Tidak ingat syurga neraka Bila terseksa baru menyesal dan ingat kepadaNYA.

Books:


"Barangsiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram kemudian dia sedekahkan harta itu, sama sekali dia tidak akan beroleh pahala, bahkan dosanya akan menimpa dia "
(Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)
Dalam hutan siapa gagah dia berkuasa
Gajah kuat dia berkuasa Harimau kuat dia berkuasa Singa kuat dialah berkuasa
Tidak perlu pilihanraya Hanya perlu ganas semata-mata Perlu kepada kekuatan tenaga
Itu binatang punya cerita Tiada akal punya cerita Iman di dada lagi tiada
Cerita punya ceritalah Politik tanahairku nampak macam tulah Yang berkuasa mula tunjuk kuasa dan taringlah
Patutnya berpolitik berpandukan agama Bukan nafsu serakah gila kuasa Tidak berani bersaing secara biasa Demokrasi mereka demokrasi berpuaka
Bukan aku seorang berkata-kata Semua orang berkata-kata Tak payah kira dunia luar kata Sampai orang kata, tak sempat nak tulis kata-kata
Kalau Polis, macam depa punya Rakyat bayar gaji tapi depa buat suka-suka Rancang konspirasi gila-gila Memalukan negara seluruh dunia
Mahkamah macam moyang dia punya Hakim dan peguam negara macam kena kuda Belajar undang-undang bertahun-tahun lamanya Tiba masa jadi malaun pula
Bila rakyat bangkit, dizalimi dan dipukul tidak kira apa Itulah orang kalau nak kekalkan kuasa Dia guna apa juga yang ada Tapi mereka lupa bahawa Allah maha berkuasa
Barisan alternatif bertempat dijiwa rakyat pula Tapi biasalah, depa paling tak suka Mereka guna jentera kerajaan dan media mereka Bagi tekan pada BA, kalau boleh sampai tak bernyawa
Isu gangster sekolah, BA kena juga Isu Sauk, BA kena juga Isu hak Melayu, BA kena juga Suruh dakwa dalam mahkamah, takut pula
Malas dah nak cerita Binatang apa yang berpolitik dalam negara Penyelewengan terlalu berleluasa Sampai masa, BA juga yang jadi mangsa
Kalau mereka inilah pegang lagi kuasa Rosaklah agama, bangsa dan negara UMNO dan Barisan Nasional sudah tua bangka Sudah antik kena masuk Muzium Negara
Bukan apa, nak tunjuk pada generasi mendatang Bahawa inilah model binatang-binatang Kalau tidak dikekang, boleh jadi kita tinggal tulang Kalau tidak dihapuskan, mungkin kita dipanggang
Memang UMNO dan BN guna cara politik binatang Itulah hakikat tak perlu dibangkang Merdeka boleh jadi hilang Kalau ada politik macam binatang
Rakyat akan terus bangkit berjuang Walau jiwa terpaksa melayang Akan datang Malaysia gemilang Kerana tiada lagi politik binatang

“Dan kemenangan itu hanyalah dr Allah Yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Aali Imran: 126)

Heroes:


Sebagai rakyat yang patriotik, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa negara kita keluar dari kemelut sekarang. Maruah negara perlu dikembalikan. Arang yang terconteng di muka bangsa Malaysia perlu dibersihkan. Nama Malaysia perlu diharumkan kembali, iaitu negara yang mempunyai rakyat yang berani berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan."

-Datuk Seri Anwar
"

Terbuang Tapi Terbilang.
Saya mungkin diantara jutaan rakyat negara ini yang pernah berharap dapat melihat Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia satu ketika dahulu.
Sayangnya kita kerana tidak berkesempatan untuk melihat senario sebegitu, Pemimpin yang kental dengan prinsipnya ini merupakan idola saya dulu, kini dan selamanya, Saya tidak pernah sedikit pun percaya dengan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Dato Seri Anwar selama ini.
Ianya tidak lebih dari strategi politik musuh-musuh beliau.


My Blog

Lawan Tetap Lawan!!

Lawan Tetap Lawan!!Nama Anwar Ibrahim sudah sinonim dengan masalah besar yang di hadapi dalam hidupnya, seolah sudah menjadi identiti dirinya dengan semua cabaran ini dari dahulu lagi, semasa zaman pe...
Posted by DarkJustice on Sat, 12 Jul 2008 11:57:00 PST

Dogeng P.Ramlee

Dogeng P.Ramlee Salam buat rakan-rakan MySpace... Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yangpaling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapipakaian bukan ma...
Posted by DarkJustice on Sun, 29 Jun 2008 09:38:00 PST

Kebodohan Yang Menjadi Istidraj

Kebodohan Yang Menjadi Istidraj Istidraj itu luar biasa. Luar biasa bukan untuk mengangkat penerimanya. Ia adalah suatu keluarbiasaan yang membinasakan golongan yang menjamahnya. Keluarbiasaan yang me...
Posted by DarkJustice on Thu, 28 Feb 2008 01:57:00 PST

Apakah Jawapan Anda?

Apakah Jawapan Anda? Setiap perbuatan kita sama ada baik atau jahat akan diadili di akhirat kelak dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil. Setiap perbuatan ini walaupun kecil sebesar zarah pastinya akan d...
Posted by DarkJustice on Wed, 20 Feb 2008 05:49:00 PST

Malaysia Negara Islam: Sekejap islam, sekejap sekular

  Malaysia Negara Islam: Sekejap islam, sekejap sekular Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Satu hadis, yang disyarahkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab syarh An-Nawawi 'Ala Sahih Muslim,...
Posted by DarkJustice on Thu, 02 Aug 2007 02:23:00 PST

Tidak Tahu.

  Tidak Tahu. Assalamualaikum warahmatullah... Bertemu dengan hari yang terlalu panjang untuk "terus hidup", benar-benar mengingatkan kita kepada kehadiran Allah swt di sisi kita.Kita melupai All...
Posted by DarkJustice on Mon, 16 Jul 2007 08:17:00 PST

Akad Peluru Dakwah Yang Dilupakan

Akad Peluru Dakwah Yang Dilupakan   Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Jika diberi 2 pilihan.Antara mengahwini gadis yang baik dan hanya perlu di didik sikit-sikit atau gadis yang perlu...
Posted by DarkJustice on Sat, 14 Jul 2007 01:22:00 PST

Apa Sumbangan kita pada Islam

Apa Sumbangan kita pada Islam Assalamualaikum warahmatullah... Apakah sumbangan kita pada islam? Rasanya terlalu sedikit sumbangan saya kepada islam. Sedangkan dalam masa yang sama, terlalu banyak ja...
Posted by DarkJustice on Mon, 09 Jul 2007 07:04:00 PST

RiDDah

RiDDah Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahhirohma'nirrohim.. "Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasulnya.mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana ora...
Posted by DarkJustice on Sun, 08 Jul 2007 09:28:00 PST

Sempatkah Untuk Aku Bertanya?

Sempatkah Untuk Aku Bertanya? Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Baru-baru ini saya dikejutkan dengan satu video di youtube.Seorang ustazah yang taraf ilmunya pastinya lebih tinggi daripada s...
Posted by DarkJustice on Mon, 02 Jul 2007 11:15:00 PST