sufian profile picture

sufian

www.ekstrim.info

About Me



www.ekstrim.info

EKSTRIM adalah sebuah media online yang diwujudkan khas untuk bertindak sebagai tali penghubung dan penyatuan antara penggiat-penggiat seni muzik metal tempatan (band, label, zine dan sebagainya) dengan pengikut-pengikut underground di seluruh pelusuk Malaysia. Sebab itulah EKSTRIM harus berdiri dan terus berevolusi secara mantan di atas misi dan visi yang tersendiri sebagai MEDIA MUZIK METAL MALAYSIA, yang mana secara eksklusifnya memberi dokongan dan sokongan secara terus-menerus terhadap perkembangan persada muzik metal ekstrim dan pergerakan bawah tanah di negara kita yang tercinta ini. Jikalau bukan warga sendiri yang perlu mengangkat darjat dan martabat persada muzik metal dalam negara ini, siapa lagi? (Jawabannya ada dalam hati anda semua).
Dengan menggunapakai Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantaraan segala bentuk penulisan dan persembahan dalam laman EKSTRIM ini (kecuali perkataan atau istilah tertentu yang memerlukan kepada penggunaan Bahasa Inggeris), penampilannya bukanlah bertujuan untuk menyaingi apatah lagi menidakkan kewujudan dan kehebatan portal-portal metal lain yang telah lama berfungsi malah telah kukuh kedudukannya seperti METALTERUS.COM.MY dan ART OF SILENCE. Bagi laman web EKSTRIM ini, ianya akan beroperasi, mungkin atas dasar dan landasan yang sama dengan nama-nama yang disebutkan tadi, tetapi dalam tatagaya dan citarasa yang (seboleh-bolehnya) berbeza. Insya-Allah.
Berbalik kepada bidang paparan dan isi kandungan EKSTRIM, adalah ditegaskan bahawa segala apa yang diketengahkan dalam laman web ini HANYA SEMATA-MATA berkisarkan persada muzik metal di Malaysia. Informasi beritanya hanyalah tentang aktiviti metal underground dalam negara ini. Wawancaranya pula bersama kumpulan-kumpulan muzik metal (atau entiti lain yang berkaitan termasuklah pemilik label dan editor fanzine) tanahair. Segala pujian dan teguran dalam ulasan hanya untuk produk-produk muzikal tempatan. Pendek kata, macam-macam ada namun semuanya hanyalah MALAYSIA. Inilah yang dikatakan kelainan dalam pendekatan dan halatuju EKSTRIM.
EKSTRIM adalah diterajui oleh Sufian Mohamed Salleh (bekas editor Nathias Fanzine dan Aesthetic Extremity Webzine) dan para penulis adalah terdiri dari penggiat dan peminat muzik metal kelahiran Malaysia yang mana kebanyakannya bertemu secara online dan saling diskusi sesama sendiri dalam laman forum METAL TO METALS yang mana ianya sebuah message board yang dimiliki secara rasmi oleh Metalterus.com.my. EKSTRIM adalah sebuah media penulisan yang amat terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang ketagih dengan muzik metal, yang ingin menulis tetapi tidak mempunyai platform untuk penyiaran hasil tulisannya, yang mahu belajar untuk menulis, malah yang mahu ditulis tentang dirinya… di laman EKSTRIM adalah tempatnya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: [email protected]


My Interests

bikin fanzine dan webzine, buat laman web, main gitar, dengar muzik rock/metal, chit-chat, lepak dengan kengkawan, apa-apa saja termasuklah ngorat aweks... hehehe!!

I'd like to meet:

REKOMENDASI:


informasi & pesanan: www.myspace.com/metaltometals



Music:

death - thrash - black - doom - segala genera metal...

Books:

:: EKSTRIM.INFO
:: METALTERUS.COM.MY
:: ROTTWORLD.COM
:: EXPOSURE
:: RICECOOKER
:: ART OF SILENCE

My Blog

:: METAL TO METALS 2 - kini di pasaran !!!

PROMOSI : METAL TO METALS 2     ARTIS PELBAGAI JUDUL Metal To Metals 2 FORMAT Kompilasi Album/CD Interaktif TARIKH RILIS 16 Disember 2006 PENGELUAR Ultra Hingax Production Metal Terus Commu...
Posted by sufian on Tue, 19 Dec 2006 08:03:00 PST

:: EKSTRIM TERRORISM (Kelantan Metal Army)


Posted by sufian on Wed, 13 Dec 2006 11:18:00 PST

:: SALAM AIDILFITRI 1427 HIJRAH

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh&   Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya kita dilanjutkan usia dan dipertemukan semula dengan Ramadhan al-Mubarak. Saya percaya ramai di kalangan ki...
Posted by sufian on Tue, 17 Oct 2006 10:33:00 PST

:: EKSTRIM.INFO @ EXPOSURE MAGAZINE

  APRESIASI : EKSTRIM.INFO @ EXPOSURE MAGAZINE     EXPOSURE MAGAZINE adalah sebuah majalah muzik independen tempatan yang semakin mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan dari para...
Posted by sufian on Sun, 09 Jul 2006 08:32:00 PST

:: METAL TO METALS - Penghasilan Siri Ke-2

METAL TO METALS : Penghasilan Siri Ke-2   Dalam usaha untuk memperkenalkan potensi kumpulan-kumpulan baru Metal tempatan,  kompilasi Metal To Metals telah diwujudkan dengan motif hanya ...
Posted by sufian on Wed, 21 Jun 2006 11:36:00 PST

:: Epicenter of K.Lumpur Underground Scene is Dead

EPICENTER OF KUALA LUMPUR UNDERGROUND SCENE IS DEADAs you who lives in Kuala Lumpur, for ages Central Market or CM for short has been the unofficially the epicenter of the local underground meeting pl...
Posted by sufian on Tue, 18 Apr 2006 03:38:00 PST

:: MUSIC FOR LIFE 2006 (Soundmaster Entertainment)

...
Posted by sufian on Thu, 16 Mar 2006 05:54:00 PST

:: Metal Bukan Penyebab Remaja Tidak Tahu 1 Muharam

sumber: www.myspace.com/yat_haruka   Metal Bukan Penyebab Remaja Tidak Tahu 1 Muharam  One fucker in Berita Harian blaming metal as to why our teenagers didn't know anything about Awal Muhar...
Posted by sufian on Tue, 14 Feb 2006 08:57:00 PST

:: The Independent and Amateur Musicians Committee

Info by: IRENE http://www.myspace.com/huntressmoon   SOCIETY OF INDEPENDENT AND AMATEUR MUSICIANS (SIAM)   We have already formed a commitee and now the petition letter is out. If you want t...
Posted by sufian on Mon, 23 Jan 2006 06:37:00 PST

:: Society of Independent and Amateur Musicians (SIAM)

SOCIETY OF INDEPENDENT AND AMATEUR MUSICIANS (SIAM) To all our friends who might come from any scene, be it metal, hardcore, punk, indie or any other music genre. We will be having a gathering on Satu...
Posted by sufian on Mon, 23 Jan 2006 06:33:00 PST