Nrocinu profile picture

Nrocinu

NROCINU (Heavy/Thrash Metal)

About Me

Get Your Own! | View Slideshow

NROCINU bermula pada 1996 dengan nama asal Unicorn yang ketika itu dianggotai oleh Rizal, Ejad & Amir di Rawang. Pada masa yang sama Roll, Amat (x-guitaris Movment) & Ajis (Disagree) mempunyai satu band yang tidak bernama di Petaling Jaya ketika di bangku sekolah. Roll yang amat menggilai Metallica berasa amat kecewa kerana tidak dapat memainkan lagu yang diminatinya bersama bandnya.

Pada 1998 Roll bertemu Rizal di SMT Sg Buloh. Rizal membawa pengaruh Cromok kepada Roll. Setelah melihat Roll bermain gitar dan membuat persembahan bersama-sama di sekolah, Rizal menarik Roll menyertai Unicorn. Pelbagai jenis lagu cover yang dimainkan, akan tetapi lebih terjerumus ke arah rock/metal.

Bermula 2001, setelah melihat abang kepada Roll (Amat Movment) merakamkan album pertamanya, terlintas untuk memiliki lagu sendiri. Maka bermulalah Unicorn menjadi band yang serius. Roll & Rizal mula mencipta lagu-lagu sendiri yang berteraskan heavy/thrash Metal. Menukarkan nama kepada NROCINU untuk mengelak kekeliruan orang ramai kerana terlalu banyak band menggunakan nama Unicorn. Melancarkan demo sulung 'GEMPITA' pada Jun 2002.

Namun selepas itu, Ejad dan Amir berundur dari Nrocinu atas sebab tertentu. Bermula dari itu line-up Nrocinu silih bertukar ganti. Walaupun begitu Nrocinu terus bergerak dan banyak membuat persembahan di serata lembah klang. Jamming dan gig yang dimainkan dirakam dan video dijual. Mendapat sambutan hangat lebih-lebih lagi di kedai kaset Perfect Music, Campbell, KL.

Kini NROCINU mempunyai line-up serius yang terdiri daripada Roll (guitar/vocal), Shah Sidious (guitar), Alan (bassist) & Zali Dethstroke (drummer). Usaha terbesar terkini dengan lahirnya EP yang berkualiti tinggi pada Jun 2005 yang diberi nama 'LANGKAH MULAAN'. Memuatkan 4 buah lagu yang pasti menggegarkan. Rakaman untuk album penuh telah dijalankan. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Kesemuanya dihasilkan secara DIY. Tiada kontrak ditandatangani.

NROCINU berjaya terpilih menjadi finalist rancangan realiti tv RockUnite. Rancangan yang disiarkan di ntv7 mulai Jun 2006 ini bertujuan mengenengahkan band rock dan yang seangkatan dengannya. Bersesuaian dengan tema ini, Nrocinu akan melebarkan sayapnya sekaligus ingin membuka mata masyarakat bahawa Metal bukanlah seperti yang telah disalahtafsirkan oleh media baru-baru ini.

NROCINU adalah sebuah band yang serius. "Kami akan pergi sejauh yang kami mampu. Kami tidak akan berhenti selagi hayat dikandung badan". GEGAR!

My Interests

Music:

Member Since: 5/22/2006
Band Website: nrocinu.cjb.net
Band Members:

Roll (Guitar/Vocal)

Shah Sidious (Guitar)

Alan (Bass)

Zali Dethstroke (Drum)


Nrocinu @ RockUnite - Grand Final Result (17 Sept 2006)


Nrocinu @ RockUnite - Grand Final (16 Sept 2006)


Nrocinu @ RockUnite - The Wildcard (09 Sept 2006)


Live @ Dataran Merdeka (01 Sept 2006)


Nrocinu @ RockUnite - Battle 4 (08 July 2006)


Nrocinu @ RockUnite - Last Audition (May 2006)


Nrocinu @ Kolej9 UM - Syncro9 Final (Feb 2006)
Influences: Metallica, Megadeth, Hammerfall, Cromok, FTG, Sil Khannaz, Lefthanded.
Sounds Like: Nrocinu
Record Label: RockUnite Inc
Type of Label: Major

My Blog

Video Gig HeadBang Fest 2 KL

Pada Ahad, 30hb March 2008 yang lalu NROCINU telah beraksi di sebuah gig HEADBANG FEST yang berlangsung di Skizzo Studio, Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Video telah di’upload’kan. Sila be...
Posted by Nrocinu on Thu, 03 Apr 2008 09:24:00 PST

PENDEKAR TANGAN BERAPI (Nrocinu, Live @ Skizzo Studio) 2008-03-23

...
Posted by Nrocinu on Mon, 24 Mar 2008 01:27:00 PST

NROCINU @ Gig SKIZZO STUDIO 23rd & 30th MRACH 2008

JOM KITA GEGARKAN PNTAS DI SKIZZO STUDIO BULAN MARCH NI. YEAH!!!23rd March 200830March 2008Skizzo Studio Location...
Posted by Nrocinu on Sun, 17 Feb 2008 10:42:00 PST

NROCINU MOBILE DOWNLOAD (new)

.. .font1 {color:windowtext; font-size:10.0pt; font-weight:400; font-style:normal; text-decoration:none; font-family:Arial; } .font6 {color:windowtext; font-size:11.0pt; font-weight:700; f...
Posted by Nrocinu on Sat, 19 Jan 2008 05:45:00 PST

PENGGANAS @ Suria.FM

Lagu single dari Nrocinu 'PENGGANAS' sudah pun bermula berkumandang di radio SURIA.FM mulai 4 Januari 2008. Akan ke udara dalam segmen SURIA@MEETNITE bersama DJ BOB RINGO setiap Isnin hingga Jumaat ja...
Posted by Nrocinu on Mon, 07 Jan 2008 12:06:00 PST

Nrocinu @ Rock Unite Online Radio (24 Hours Every Day)

Dengarkan NROCINU di radio online Rock Unite http://www.rockunite.net24 Jam setiap hari. Jom la kita dengar sama2 !!!
Posted by Nrocinu on Sat, 12 May 2007 08:35:00 PST

Ke manakah menghilangnya NROCINU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pasti anda sedang tertanya-tanya ke manakah NROCINU menghilang?Saya 'Roll Unicorn' ingin menyampaikan khabar berita kepada anda, NROCINU kini masih lagi dalam prose...
Posted by Nrocinu on Fri, 11 May 2007 02:35:00 PST

[01 Feb 2007, Khamis/ESOK] NROCINU @ Dataran Merdeka

Pada hari Khamis (esok) bersamaan 01 February 2007, Nrocinu akan membuat persembahan di Dataran Merdeka pada jam 11:00 pagi. Persembahan ini dijalankan setelah perbarisan Hari Wilayah selesai dijalank...
Posted by Nrocinu on Wed, 31 Jan 2007 12:09:00 PST

[3rd Feb 2007] Nrocinu perform @ Taman Tasek Titiwangsa

Pada hari Sabtu bersamaan 3 February 2007, Nrocinu akan membuat persembahan di Taman Tasek Titiwangsa pada jam 2:30 petang.Persembahan selama setengah jam ini akan kami bawakan lagu-lagu yang bakal ka...
Posted by Nrocinu on Fri, 26 Jan 2007 03:23:00 PST

NROCINU masuk studio

Bermula hari ini Nrocinu merakamkan lagunya di Sinar Studio dibawah jagaan penyanyi handalan Malaysia, Mus May. Lagu-lagu yang akan dirakamkan ialah:1) Pengganas2) Pendekar Tangan Berapi3) What Happen...
Posted by Nrocinu on Mon, 22 Jan 2007 08:47:00 PST