D I D D Y profile picture

D I D D Y

"diddy 'lena'..."

About Me

plain layout @ HOT FreeLayouts.com music / movies

HotFreeLayouts
Diddy dilahirkan dalam keluarga yang agak besar. Enam orang semuanya! Diddy mempunyai dua orang kakak, dua orang abang dan seorang adik lelaki. Diddy sangat beruntung dilahirkan dalam keluarga seni. Ibu Diddy, Puan Kamariah Ahmad pernah merakamkan album pada tahun 70an. Ayah Diddy pula, Encik Muhid Liman turut terlibat dengan kugiran polis. Malah, abang-abang, kakak-kakak dan adik Diddy juga mampu bermain alat muzik dan menyanyi dengan baik.

Semua orang tahu yang Diddy sudahpun bertunang. Ya, Diddy dengan rasa berbesar hati ingin memberitahu gadis yang telah mencuri hati Diddy adalah Ellen Norazah! Kami telah lama kenal antara satu sama lain, dan ikatan pertunangan dengan restu keluarga adalah sesuatu yang kami sama-sama inginkan. Betul, perjalanan karier Diddy masih jauh dan panjang, tetapi ianya bukan penghalang untuk Diddy mencapai cita-cita. Diddy datang berbekalkan bakat yang diberikan Tuhan dan semoga bakat itulah yang dinilai oleh peminat muzik tanahair!

Diddy akan lakukan yang terbaik untuk semua yang telah memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada Diddy selama ini! Diddy bersyukur diberi peluang untuk mengenali anda semua. Terima kasih tidak terhingga di atas segala pengorbanan yang telah anda lakukan ketika menyokong Diddy di Akademi Fantasia 4. Diddy doakan semoga Tuhan membalas setiap jasa baik anda semua! Harapan Diddy untuk terus berjaya dan terus mendapat sokongan daripada anda semua!

Diddy juga ingin meminta maaf jika Diddy masih belum berkempatan untuk membalas mesej-mesej dan komen-komen yang diletakkan di MySpace Diddy. Buat ketika ini Diddy sangat sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Maestro. Bila berkesempatan nanti, Diddy akan updatekan aktiviti-aktiviti tersebut di sini

Terima kasih semua, terima kasih kerana terus menerus menyokong Diddy! Diddy amat-amat menghargai semua itu! Jangan lupa untuk bersama-sama Dazzling Diddy FC kerana akan ada aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan nanti. Siapa-siapa yang dah dapat panggilan dari Diddy, harap gembira. Teruslah menyokong Diddy ya!

salam sayang

Diddy AF4

Untuk persembahan dan pertanyaan, hubungi f-tersix sdn bhd:

Abg Badrul - 012 - 231 5540

faks: 03 - 8068 1525

My Interests

Music:

Member Since: 6/13/2006
Band Website: groups.yahoo.com/group/dazzling_diddy
Band Members:

Hilang

Tiada pernah aku menduga Kasih kau pergi tinggal ku sendiri Dusta cinta mengeruh jiwa Pedihnya mencengkam di hati ku yang sepi

Sangka ku kasih selamanya Janji mu setia di hati ku

Seribu penyesalan, Hilang, harapan ku impikan Bahagia ku idam bersamamu Kasih yang ku serahkan, Hilang, meredah luka dalam Hati ku luluh parah kerana mu

Malam dingin ku sendirian Berteman rindu mimpi yang keliru Sayang musnah tak kesampaian Hanya derita rundung duka membelenggu

Sangka ku kasih selamanya Janji mu setia di hati ku

Seribu penyesalan, Hilang, harapan ku impikan Bahagia ku idam bersamamu Kasih yang ku serahkan, Hilang, meredah luka dalam Hati ku luluh parah kerana mu

Akan ku ubati, Ohhh Kasih yang pergi dari sisi Takkan ku biarkan ia Terus terluka, musnah dan hilang

Sangka ku kasih selamanya Janji mu setia di hati ku

Seribu penyesalan, Hilang, harapan ku impikan Bahagia ku idam bersamamu Kasih yang ku serahkan, Hilang, meredah luka dalam Hati ku luluh parah kerana mu

Seribu penyesalan, Ohhhhhhh Hilang kerana mu

Lagu: Audi Mok Lirik: Bash
Influences:
Record Label: f-tersix Records
Type of Label: Indie