*YANIE* profile picture

*YANIE*

I am here for Friends and Networking

About Me

BIAR LAMBAT
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Berita Harian
Selepas kejayaan menyertai Mentor, Yanie kembangkan bakat jadi pelakon drama.
SITI Surianie Julkarim (gambar) berada dalam industri seni suara kerana program realiti terbitan TV3, Mentor. Dua tahun sudah berlalu, barang kali ada yang sudah lupa gadis dari Kota Kinabalu, Sabah itu dilahirkan daripada Mentor tetapi lebih ramai mengaitkannya dengan Ning Baizura.
Semuanya kerana Ning Baizura bergelar mentornya ketika dalam program berkenaan. Selepas Mentor, Ning mengheret protegenya itu ke mana saja bersama-sama Nikki yang lahir daripada program Malaysian Idol musim pertama hingga ada mengatakan mereka seakan tidak boleh berdiri dengan sendiri dan dilihat terlalu bergantung di bawah ‘ketiak’ penyanyi Ning Baizura.
Namun, tidak sia-sia dia menjadi protege Ning yang bukan setakat mendidiknya dalam Mentor. Malah selepas program itu berakhir, Ning masih menjalankan tanggungjawabnya untuk memastikan Yanie bergelar penyanyi terkenal dalam dunia nyanyian. Buktinya, walaupun sekadar menduduki tempat ketiga nama Yanie mungkin lebih dikenali berbanding nama juara Mentor, Pija.
Sekalipun kariernya tidak bergerak ligat, dia bersyukur sekurang-kurangnya ia masih lagi lancar sehingga kini. Mungkin lebih selamat dia memilih jalan perlahan daripada terlalu mendadak dikenali.
“Saya berasa sangat beruntung, bertuah dan berterima kasih kepada kak Ning kerana sehingga sekarang karier saya masih berjalan walaupun perlahan. Tidak patut jika ada mengatakan saya dan Nikki terlalu bergantung kepada kak Ning tetapi kami sudah boleh bergerak sendiri.
“Saya kini sudah pun berlakon sebagai salah satu cara untuk mengembangkan lagi karier dalam industri seni. Sementara menantikan kehadiran album dan kebetulan ada kelapangan, lakonan saya jadikan salah satu cara untuk mengisi masa lapang,” kata anak sulung daripada lima beradik ini.
Biarpun dia adalah orang baru dalam dunia nyanyian, syarikat pengurusannya tidak mengenepikan pendapat gadis periang ini. Yanie yang kini berusia 22 tahun turut diberi hak memilih komposer yang diinginkan di dalam albumnya.
Nama besar seperti Aidit Alfian, Hazami, Audi Mok, Helen Yap dan Sharon Paul menjadi pilihan Yanie. Hasrat Yanie nyata direalisasikan dan mereka ini adalah orang yang bertanggungjawab menyumbangkan lagu di dalam albumnya. Setakat ini sudah enam lagu dirakamkan, sementara empat lagu masih lagi menanti untuk dirakamkan.
Menantikan buah tangan pertamanya, gadis ini mengakui dia begitu teruja dan tidak sabar. Lebih-lebih lagi apabila mendengar lagu Drama dan duetnya bersama Diddy yang juga peserta Akademi Fantasia 4 kerap berputar di corong radio menyebabkan hati kecilnya tidak sabar-sabar menantikan buah hati barunya itu.
Katanya pada peminat, mereka harus nantikan kemunculannya di dalam album sulung itu kerana mereka boleh mendengar perbezaan vokalnya di dalam albumnya nanti dengan lagu Saling Terpesona.
Diajukan pertanyaan tidakkah dia terasa Ning seakan melebihkan Nikki berbanding dirinya memandangkan Nikki sudah pun muncul dengan dua album, iaitu pertama menerusi album Maharani dan kedua, album pek semulanya. Kata Yanie, langsung tidak terlintas di fikirannya untuk cemburu pada rakan serumahnya itu.
“Kak Ning layan kami sama rata tidak ada lebih dan tidak ada yang kurang. Terus terang hubungan kami dalam Ning Associates cukup rapat. Kak Ning seperti kakak kami, ibunya Aunty Stella pula sudah kami anggap seperti ibu kami, sementara pengurus kami Vernon pula seperti bapa kepada kami.
“Saya tidak berasakan yang Nikki di lebihkan tetapi mulut orang memang susah hendak ditutup. Biarlah apa yang mereka hendak kata tetapi bagi diri saya kak Ning adil. Apa saja yang diberi kepada Nikki, saya juga akan dapat sama,” katanya yang turut menyimpan hasrat bergelar pengacara sebagaimana AC Mizal dan Ezlynn yang baginya cukup versatil.
Minat sertai pasukan polis
BERGELAR penyanyi, beraksi di pentas dan menghadiri majlis anugerah adalah angan-angan yang disimpan sejak kecil. Lucu mendengar Yanie bercerita mengenai impiannya yang seperti kisah dongeng itu.
Sejak di bangku sekolah lagi dia sudah bergerak aktif dalam nyanyian, selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula dia banyak menerima undangan menyanyi di RTM sehingga dia menyertai uji bakat Mentor.
Lebih lucu lagi katanya, andai hasratnya untuk bergelar penyanyi tidak kesampaian, dia mahu bekerja sebagai Pegawai Polis. Memang mereka adik beradik sukakan kerja berpakaian seragam, adik keduanya bekerja sebagai Warder Penjara di Sabah.
Mengenai dunia lakonan, kata Yanie ia adalah frasa baru dalam kehidupannya. Dia mengakui seronok berlakon hingga karakternya selaku Wanda seorang wartawan blur mempengaruhi karakternya di luar drama.
Namun, memilih antara lakonan dan bidang nyanyian dia lebih senang dengan nyanyian kerana lakonan memakan masa panjang dan agak memenatkan tetapi dia puas kerana dapat berlakon di bawah Aziz M Osman.
Satu lagi pengalaman baru yang mengujakan Yanie apabila dapat membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik yang bakal berlangsung di Singapura nanti. Tahun lepas sahabat baiknya, Nikki memperoleh peluang itu dan kini tiba gilirannya pula. Apa yang menyebabkan dia begitu teruja kerana persembahannya itu nanti bakal ditontoni tiga negara serumpun, Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Andai artis lain begitu taksub membeli kelengkapan untuk diri sendiri, bagi Yanie dia hanya akan berbuat demikian selepas hasratnya untuk membelikan rumah dan kereta untuk keluarga tertunai.
“Saya utamakan keluarga dulu, biarlah saya tidak ada apa-apa... yang penting ibu bapa serta adik-adik senang. Kalau boleh saya mahu buat satu perniagaan untuk diuruskan ibu. Saya tidak mahu terlalu harapkan adik-adik lagipun mereka masih lagi kecil dan sebagai anak sulung tanggungjawab itu terpikul di bahu saya,” katanya.
Profil:
Nama: Siti Surianie Julkarim
Umur: 22 tahun
Tarikh Lahir: 14 November 1985
Tempat Lahir: Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Hobi: Duduk rumah, tonton TV dan memasak
YANIE TERUS MELANGKAH
Oleh ABIE ABDULLAH (Metro Ahad, 28 Mei 2006)
KETIKA masih menyandang beg sekolah, Siti Suriane Julkarim mungkin seperti rakan sebayanya. Meminati muzik sebagai satu daripada terapi remaja. Cakera padat dan kaset persembahan pelbagai artis dan genre muzik didengarnya.
Malah, ada masanya artis ternama seperti Siti Nurhaliza atau Ning Baizura singgah di tempat kelahirannya, Kota Kinabalu, Sabah.
Peluang inilah yang dinantinya untuk menatap wajah penyanyi kesayangan dari dekat.
Suriane atau lebih mesra dengan panggilan Yanie tidak hanya sekadar mendengar lagu. Album setiap artis dibelek untuk mengenali siapa di sebalik tabir, baik komposer, penulis lirik mahupun penerbit. Cepat dihafal nama itu.
Tidak keterlaluan kalau teman sering bertanyakan siapa penyanyi atau pencipta lagu tatkala terlupa kerana Yanie biasanya ada jawapan. Usik seorang rakan: "Dia macam ensaiklopedia lagu bergerak!"
Oleh kerana minat juga, Yanie menyertai Mentor tahun lalu. Bertuahnya badan apabila Ning menjadi mentornya. Biarpun gagal ke final, namanya mula terukir di persada seni. Tidak besar, tetapi cukup orang mengenalinya sebagai Yanie Mentor.
Biarpun awalnya kelihatan malu-malu, di dalam Yanie sebenarnya penuh dengan keyakinan. Dalam usianya yang bakal mencecah 21 tahun pada November depan, gadis ini sudah tahu hala tujunya dan bersedia dengan kemungkinan yang bakal mencabar.
Sebab itu juga dia memberanikan diri menerima tawaran Artistes United Records di bawah pengurusan Ning & Associates.
"Siapa yang mahu melepaskan peluang sebesar ini. Pertama saya berterima kasih kepada Kak Ning yang bukan saja ambil saya sebagai protegenya, malah membantu membina karier saya hingga ke hari ini. Bersyukur kerana orang melihat bakat saya."
"Pihak pengurusan tidak mahu saya menjadi artis mi segera. Biar perlahan, jangan terlalu drastik dan saya ikut saja kerana saya yakin dengan apa yang cuba mereka aturkan untuk saya. Ikut perancangan, album saya akan keluar Julai ini," katanya yang baru merakam lagu Sharon Paul, Kala Hati Cintai.
Ceritanya, biarpun baru bernyawa di dalam industri hiburan, Yanie mula terasa bahangnya. Sangkanya dulu, menjadi artis sesenang menyanyi di atas pentas, bergambar dalam majalah atau temubual dengan media.
Semua laluan itu dilihatnya sebagai keseronokan tambahan untuk remaja sepertinya yang melihat kerlipan bintang. Namun kini dia mula mengerti yang sebenarnya dunia artis tidak berwarna ceria sepanjang hari.
"Saya terkejut juga bila bergaul dengan orang seni. Baru tahu susah payahnya mereka berdepan pelbagai dugaan. Hanya Allah yang tahu," katanya.
Namun itu bukan pemusnah hajatnya untuk bergelar penyanyi besar seperti Ning. Malah, dia menghayati naik turun perjalanan karier Ning sebagai teladan. Jadi katanya, banyak perlu diambil kira untuk bergelar penyanyi. Bukan saja suara, malah penampilan diri.
Ning turut menegurnya dalam soal pemakanan. Tidak hanya untuk kelihatan langsing, malah keseimbangan yang menjurus kepada stamina sebagai penyanyi.
Enam kilogram berjaya dikurangkan dan masih banyak lagi untuk dilakukan sesuai dengan ketinggiannya yang hanya lima kaki tiga inci.
Yanie meletakkan Ning sebagai role modelnya. Untungnya dia sebab Ning sering di depan mata, secara berdepan menegur mana yang tak kena.
"Sekarang saya banyak melihat Kak Ning, bukan mudah untuk menjadi penyanyi. Bukan setakat bakat atau ada suara, tetapi kekuatan mental perlu diambil kira kerana kita bakal berdepan pelbagai jenis manusia."
"Bukan yang kebanyakan orang fikir. Menyanyi naik pentas, dapat duit dan balik rumah tidur, lepas itu terus jadi kaya raya," katanya sambil ketawa.
Sebagai penyanyi, Yanie sedar kehidupan peribadinya turut diperhatikan. Gosip paling dibimbangkan, tetapi perlu akur dengan laluan itu. Diharapnya melalui tunjuk ajar pihak pengurusan, dia lebih berhati-hati menjaga ketrampilan dan disiplin.
Mengimbas kembali kehidupannya di Kota Kinabalu, Yanie berkata, ibunya banyak mempengaruhinya dalam menyanyi. Ibu banyak beri galakan, menemaninya berlatih menyanyi dan ketika usianya lima tahun, Yanie menunjukkan bakat di beberapa pertandingan.
"Dulu saya fikir, kalau tidak menjadi penyanyi, saya ingin jadi polis kerana ketika zaman sekolah saya tidak begitu menonjol daripada segi nyanyian. Sebab itu kawan terkejut melihat saya hari ini yang memilih nyanyian sebagai karier."
"Nampaknya saya terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi polis kerana saya tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menjadi penyanyi," katanya yang mempunyai empat beradik.
Dan hari ini, Yanie terus melangkah biarpun sedar akan kehadiran ramai bakat baru melalui musim baru beberapa program realiti. Anak campuran daripada keluarga Pakistan-Bajau-Suluk ini tidak gusar kerana yakin dengan apa yang dianugerah Tuhan kepadanya.
HARAP MAKLUM
Akaun Myspace ini diselenggarakan oleh pihak pengurusan Yanie dan dibaca oleh Yanie apabila ada kesempatan waktu. Ia juga bertujuan untuk mengumpul peminat dan penggemar Yanie yang memiliki akaun Myspace.

My Interests

I'd like to meet:

Kris Dayanti

Jaclyn Victor

Hady Mirza (2nd season Singapore Idol)

Syed Azmir dan Diddy

Irwansyah dan Acha

My Blog

The item has been deleted


Posted by on