Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?... Ketika kita menangis?... Ketika kita membayangkan?... Inilah hal terindah di dunia yang TIDAK TERLIHAT. Kita semua agak aneh, dan kehidupan itu sendiri agak aneh. Ketika kita menemukan seseorang yang memiliki keunikannya SEJALAN SEIRINGAN dengan kita. KITA bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA. Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan. Ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan BUKAN lah bererti berakhirnya dunia, melainkan hanya awal bagi suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan sebenarnya menunggu untuk mereka yang menangis, mereka yang merintih, mereka yang telah lama mencari, dan mereka yang telah mencuba sedaya upaya sehabis usaha. MEREKALAH yang amat menghargai betapa pentingnya orang yang dapat menyentuh hati dalam kehidupan mereka. CINTA yang AGUNG??? Adalah ketika kita menitiskan air mata dan MASIH lagi memperduli, juga memikirkannya... Sedangkan ketika itu, dia tidak lagi mempedulikan kita. Kita MASIH lagi menunggunya dengan setia. Ketika dia mulai mencintai orang lain, kita MASIH boleh tersenyum sambil berkata: "Aku turut berbahagia untukmu" Apabila cinta tidak berhasil, Maka BEBASKAN lah diri kita. Biarkan hati kita kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam maya
bebas meneroka angkasa... INGATLAH bahawa kita mungkin
menemukan cinta dan akan kehilangan cinta buat kesekian kalinya. Tetapi ketika cinta itu lenyap bagaikan mati, kita TIDAK perlu merintih atau mati pada pengertian hakiki,
membawa hati jauh belari. Sesungguhnya orang yang gagah kuat, BUKAN mereka yang selalu menang, TETAPI mereka yang tetap teguh tabah ketika mereka jatuh dan bangkit dengan kekuatan jitu lagi padu. Bagaimana sebenarnya perjalanan kehidupan?. Kita belajar tentang diri kita sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada pada setiap diri pribadi... HANYALAH penghargaan dan pengharapan abadi atas pilihan pilihan kehidupan
yang telah kita sendiri memilih... TEMAN SEJATI, ia mengerti ketika kita berkata "Aku lupa" lalu menunggu selamanya ketika kita berkata "Tunggu sebentar"... Mereka tetap bersama kita ketika kita berkata" Tinggalkan aku sendiri" Mereka membukakan pintu lebih dulu, meski pun kita BELUM lagi mengetuk dan berkata: "Bolehkah saya masuk?". MENCINTAI BUKANlah bagaimana kita melupakan, melainkan bagaimana kita memaafkan. BUKANlah bagaimana kita mendengarkan melainkan bagaimana kita mengerti. BUKANlah apa yang kita lihat melainkan apa yang kita rasakan, BUKANlah bagaimana kita melepaskan.. melainkan bagaimana kita BERTAHAN. Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.Dalam urusan CINTA, kita JARANG menang. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kita TETAP MENANG hanya karena kita telus dan tulus mencintai seseorang, lebih dari kita mencintai diri kita sendiri. Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang. BUKAN kerana orang itu tidak lagi mencintai kita, MELAINKAN kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya... Apabila kita benar benar mencintai seseorang, jangan sewenang wenangnya melukakan hatinya sehingga dia melupakan kita dari hidupnya. Jangan pula terlalu percaya bahawa seseorang sudah teramat mencintai kita. Berlakulah ikhlas demi keluhuran cinta bersama. Itulah CINTA SEJATI... Lebih baik menunggu orang yang kita inginkan DARIPADA berjalan bersama orang "yang biasa dan tersedia" kerana mereka umpama saudara, adik adik dan kakak kakak kita.Lebih baik menunggu orang yang kita cintai DARIPADA orang yang berada disekeliling kita, kerana mereka teramat sukar memahami diri kita.... Lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk menumpukan perhatian pada "seseorang" semata mata. Kadang kala, orang yang kita cintai adalah orang yang PALING menyakiti hati kita. Kadang kala, teman yang membawa kita ke dalam pelukannya dan menangis bersama kita itu datangnya dari CINTA yang tidak kita sedari dan tidak pernah terlintas difikiran dan perasaan... And now find Ur Love ...
Mentari meniti alunan masa patuh dengan fitrah penciptaannya, berubah dan bertukar suasana buat menyempurnakan keperluan manusia... Manusia pula senantiasa sibuk mengikut dan mengejar waktu memenuhi keperluan diri... Tanpa disedari mungkin jua terlupa telah pun meningkat usia menjadi tua... Maka sayugialah manusia mengenal diri bersama putaran masa menginsafi diri dimana asal bermula dan bilakah akan pulang mengadap pencipta yang maha berkuasa...
Kawan sebenar benarnya di zaman ini payah untuk kita ketemui... Yang benar benar sibuk
dengan urusan memperbaiki diri nya, yang benar benar sibuk
untuk mengubah sikapnya kembali kepada fitrah diri bertemu Illahi Rabbi...
Yang ada kini hanyalah
sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia, walau di ketahui dunia ini hanya sementara sifatnya... Kawan di zaman ini payah untuk kita ketemui, yang bergelumang dengan majlis ilmu bermunafaat, yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah, yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta dalam mengejar dan memahami ilmu yang bermunafaat...
Yang ada kini hanyalah
berbangga dengan harta yang menimbun tetapi jiwanya masih kosong belaka... Kawan di zaman ini payah untuk kita ketemui, Ahli professional yang bertaqwa yang benar-benar melekat iman di jiwanya, mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat yang kekal selamanya...
Yang ada kini hanyalah ahli professional yang lalai dan leka. Hidup nya lebih barat dari barat... Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya Kawan di zaman ini
payah untuk kita ketemui, bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah, saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah...
Yang ada kini hanyalah, sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri, bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri...
Kawan di zaman ini payah untuk kita ketemui, yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri, yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Untuk kepentingan masyarakat Islam dan mensyiarkan Islam supaya dihormati...
Yang ada kini hanyalah
yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia, yang menghidupkan budaya barat sehingga melupakan kehidupan akhirat yang kekal abadi... Kawan di zaman ini
payah untuk kita ketemui, yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan, yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan.
Yang ada kini hanyalah
yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan usia, menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur... Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui, yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan,
menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman...
Yang ada kini hanyalah artis di jadikan bahan pujaan, nyanyian melalaikan di jadikan hiburan dianggap moden dan berketerampilan... Kawan di zaman ini payah untuk kita ketemui, yang sentiasa merasakan mati itu sangat hampir, yang sentiasa merasai jelingan Izrail,
yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian, yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri demi masa depan diakhirat...
Yang ada kini hanyalah yang panjang angan-angannya, yang sibuk dengan dunia kerja sehariannya, seolah olah kematian itu masih jauh, seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh...
***Akhir Zaman***
Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.
1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:
Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar kata Rasulullah.
2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.
3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.
4. Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.
5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.
6. Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.
7. Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..
...TANGISAN RASULULULLAH MENGONCANGKAN ARASH... Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang. "Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."...
SENTIMENTAL
MENYENTUH JIWA
ACTION THRILLER
LOVE STORY COMEDY
SEGMEN KEHIDUPAN
EHWAL SEMASA
UGAMA ISLAM DAN
FALSAFAH KEHIDUPAN
MUHAMMAD
RASULULLAH S.A.W.