Aku mengendalikan blog ini:KRENMAUT blog Krenmaut asalnya adalah sebuah printed zine yang aktif pada tahun 1991-1993 dahulu yang dibuat bersama oleh aku, Ajak Dethkren, Bearkey dan Rizal Hafez yang bertahan 2 isu. Aku meneruskan minat menulis dengan Metal Terus fanzine dari sekitar 1998-2000 yang berjaya menghasilkan 5 isu (fotokopi) dan 2 isu (pro-printed). Metal Terus seterusnya diteruskan oleh pewaris dalam bentuk fanzine (1 isu pro-printed) dan kemudiannya beralih ke alam cyber (www.metalterus.com.my).Otak serabut dan tangan gatal menyebabkan aku kembali menghidupkan Krenmaut dalam bentuk blog. Kerana dengan bentuk blog, tiada lagi dateline hahaha...
WAYANG GAMBAR blog Satu lagi kegemaranku, menonton DVD...======================================================
================================Assalamualaikum!
Tanggal May 1991 merupakan detik yang bersejarah bagi kami kerana itulah
permulaannya band ini. Dianggotai oleh tiga rakan sepermainan, Azlanthor,
Azmaniac dan Bentara yang ketika itu masih berada di bangku sekolah.
LANGSUYR dipilih sebagai nama band yang bermotifkan muzik Death Metal ini
atas sebab keunikan nama tersebut sedangkan tatkala itu band yang seiringan
dengannya masih sibuk dengan elemen kebaratan.
Tahun 1993, LANGSUYR mencuba pasaran Death Metal tempatan dengan rilisan
demo OCCULTUS MYSTICISM. Ianya mendapat sambutan yang amat luas dalam scene
tempatan. Asalnya tape dubbing sendiri itu telah dibantu rilisnya oleh East
Gothic Production dengan produksi kilang yang lebih bermutu. Semuanya habis
disapu bersih. Kalau anda mempunya kaset asal tersebut, sesungguhnya anda
telah memiliki salah satu khazanah negara!
Berbekalkan dengan sambutan dan semangat yang semakin giat, mereka masuk
kembali ke studio, kali ini dengan sokongan Nebiula Production untuk rilisan
mini album THE EASTERN CRUELTY pada tahun 1996. Lahirnya mini album ini menyaksikan
perubahan paradigma yang berlaku pada scene Death Metal tempatan yang mana
munculnya istilah Eastern Metal selepas rilisan tersebut. LANGSUYR telah
menjadi satu nama sebutan di bibir peminat muzik sebegini, bahkan telah menerobos
ke scene antarabangsa.
Tahun-tahun yang berikutnya menjadi kelam kerana penggiatnya telah mula sibuk
dengan kehidupan masing-masing. Album yang dijanjikan akan keluar selepas
THE EASTERN CRUELTY tidak kunjung tiba tetapi sebaliknya disambut dengan
rilisan dua lagu baru di dalam kompilasi IPOH METAL MILITANT SUPREMACIST
pada tahun 1998. Akhirnya, LANGSUYR telah dikuburkan pada tahun 2000.
Alhamdulillah… akhirnya album pertama LANGSUYR berjaya diriliskan tahun 2005
sebagai menunaikan janji kami 10 tahun yang lampau. Hampir sedekad lamanya
untuk merealisasikan ‘Awaiting The Malay Album’ ini dan keinginan mencetuskan
keghairahan kepada peminat Death Metal tempatan seperti dulu-dulu hampir
berjaya kali ini.
Sekali lagi anjakan paradigma dilakukan. Usia yang semakin meningkat telah
memberi kesan dalam pembikinan lagu, penampilan dan gaya. Asalnya LANGSUYR
dianggap sebagai band Black Metal akan dikikiskan. Persepsi masyarakat tentang
peminat Death/Black Metal sebagai penyembah syaitan dan pembenci tuhan diharap
dapat dibuang jauh-jauh. MANA MUNGKIN KERANA MUZIK perkara ini boleh berlaku?
Sungguh tidak berasas dan kurang ajar. Persepsi yang salah dan tidak tepat
ini diharapkan dijawab dengan rilisan ini.
Muzik Barat yang terkenal dengan gaya hedonism (tidak apa jenisnya; pop,
rock, jazz, blues, hip hop etc), telah diolah mengikut kesesuaian orang timur.
Penerapan yang tidak sesuai dengan gaya hidup rantau ini telah dikikis jauh
dari pandangan. Death Metal yang asalnya dari barat tidak semestinya kekal
barat. Ianya bukanlah satu undang-undang yang mana semua peminatnya mesti
akur. Sebaliknya, ia menawarkan ruang untuk dimanipulasi mengikut kesesuaian
penggiatnya. Itulah yang akan anda dapati dalam album ini.
ASYIK nama diberi.
Mutakhir Death Metal acuan timur.