Hayagriva (ASIA Sites) profile picture

Hayagriva (ASIA Sites)

Dapatkan Sekarang!!!...Album Terbaru, Red Heaven

About Me

MyGen Profile GeneratorDapatkan Album Terbaru HAYAGRIVA Berjudul RED HEAVEN Sekarang!!!Album terbaru Hayagriva diriliskan oleh Ultra Hingax Production. 12 lagu terbaru + 1 lagu bonus buat peminat-peminat setia Hayagriva. Album ini mula di keluarkan pada 1hb September 2007. Hanya dijual dalam bentuk CD sahaja.HAYAGRIVA adalah sebuah kugiran muzik ‘Dark Shadow Metal’ berasal daripada ibu negeri Perak iaitu Bandaraya Ipoh. Segalanya bermula pada penghujung tahun 1993, apabila Mantheravathee dan Nhajasakthee dikenalkan oleh seorang rakan di Studio SYJ (Bazaar Bulat) di Ipoh. Setelah itu, jamming menjadi rutin mingguan bagi mereka di studio tersebut. Mantheravathee sebagai pemain gitar dan Nhajasakthee diposisi drum sering berlatih dengan memainkan lagu-lagu cover sahaja pada waktu itu.Setelah menyedari kepincangan berlatih dengan hanya dua anggota, pada 1994, dua ahli penting iaitu Venkhateswehra pemain keyboard dan Aavimarga selaku penyanyi menyertai Hayagriva. Kemunculan Aria Sidharta sebagai penasihat artis, kemudian mencorakkan dasar-dasar utama yang mana masih lagi digunapakai oleh Hayagriva sehingga kini. Kebanyakkan lirik, lakaran seni, photografi dan konsep asas adalah daripada idea-idea bernas beliau. Bermain muzik pada awalnya hanya untuk memenuhi masa lapang kini bertukar menjadi serius dan lebih ekstrim!Hayagriva mula menulis lagu-lagu sendiri dan setelah hampir setahun berlatih bertungkus-lumus, pada 1 April 1995, dengan anggota Hayagriva yang hanya berumur belasan tahun ketika itu, telah berjaya merakam dan meriliskan 6 buah lagu yang dimuatkan didalam demo sulung yang berjudul ‘The Lord of Neverending Wrath’. Ia merupakan titik tolak permulaan kesungguhan dan iktizam Hayagriva memartabatkan ‘Dark Shadow Metal’ didalam arena muzik metal di tanahair.Kilauan api yang melakar ditengah-tengah pentas pada malam pertama Hayagriva beraksi di konsert “Wicthin’ Hour” pada 23 May 1995 di Dewan Dynasty Ipoh menandakan bermulalah rentak perjuangan ‘Dark Shadow Metal’ yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka yang telah menyaksikan dan mendengar kisahnya. Dibantu oleh Dark-E sebagai pemain gitar dan Azmaniarkh sebagai pemain bass pada malam itu.Dyoraktha pula kemudian menganggotai Hayagriva pada tahun 1996 dengan mengambil alih posisi bass. Ianya bagi memantapkan Hayagriva yang mula sibuk dengan konsert-konsert di seluruh tanah air. Dengan lengkapnya 5 ahli kumpulan ini, Hayagriva menampilkan kaset EP yang berjudul “Silverian's Art (Elergy Domain)”. Diriliskan tanggal 1 Disember 1997 oleh Ultra Hingax Production, menampilkan 6 buah lagu yang lebih mantap dengan kualiti audio yang lebih baik. Impaknya! Berjaya meraih minat ramai pendengar-pendengar muzik metal di tanahair mahupun diluar negara.Berita tersebar dengan pantas hingga ke negeri Temasik. Menarik minat kugiran As-Sahar yang sinonim dengan muzik Black Metal yang amat kuat pengaruhnya dikalangan peminat tempatan ketika itu. Kemudian bercadang mengeluarkan EP berkembar bersama Hayagriva. Pucuk di cita ulam mendatang… Terbitlah pada tanggal 8 November 1998, “Beyond Firmament” EP berkembar Hayagiva dan Assahar dikeluarkan oleh Memories Record. 4 buah lagu dari Hayagriva membuktikan bahawa aliran seperti ini juga mampu disaingi oleh pemuzik tempatan. EP berkembar ini telah mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Ipoh-Temasik yang sememangnya telah lama terjalin sebelum ini dipelopori oleh Necrotic Chaos dan Langsuyr.Kompilasi CD “Ipoh Metal Militant (Supremacist)” keluaran Ultra Hingax Production pada 1999 adalah antara rilisan klasik yang membanggakan Hayagriva. Menampilkan 2 buah lagu yang dirakamkan ketika konsert di Kuala Lumpur. Kompilasi ini membariskan keseluruhan kugiran terbaik tempatan yang mana kesemuanya adalah kugiran daripada Bandaraya Ipoh. Ini membuktikan Ipoh adalah Bandaraya muzik Metal tercanggih dan termaju di tanahair.Beberapa lagi kompilasi yang telah memuatkan Hayagriva didalamnya sebelum dan selepas itu seperti, ‘Hell Fire in Battle Storm’ 1998 oleh Physic Scream dan ‘Ultra Violance’ 2000 oleh Ultra Hingax Production mewarnai diskografi Hayagriva.Aavimarga kemudian meninggalkan Hayagriva pada tahun 2000. Dyoraktha mengambil alih selaku penyanyi dan pemain bass. Dibantu oleh Mantheravathe sebagai penyanyi latar dan pemain gitar selepas pemergian beliau.Namun Aavimarga kembali kepangkuan Hayagriva semula selang beberapa tahun selepas itu. Beliau menghilangkan diri sekali lagi pada 2005. Ketika itu, Hayagriva amat sibuk di dalam studio bagi merakaman album yang terbaru. Tidak putus asa! Hayagriva tetap meneruskan proses rakaman disamping mencari penganti Aavimarga yang amat dirindui oleh ahli yang lain. Kelewatan album ini dikeluarkan adalah kerana krisis transisi penyanyi yang melanda Hayagriva.1 Mac 2007 menjadi saksi kewujudan Hayagriva masih utuh dengan rilisnya “Jahanamiyun” Single 2007. Buat pertama kali menampilkan Solae Dradjun yang kini mengantikan Dyoraktha sebagai pemain bass dan Xamshakty selaku penyanyi utama yang akan mengemudi Hayagriva di alaf baru yang terbentang luas di hadapan.Untuk maklumat lanjut mengenai Hayagriva, layari laman web Rasmi Hayagriva di alamat:http://www.hayagriva.usE-mail: [email protected]
Hayagriva: Box of Agony (Live 2008 Kuala Lumpur)

My Interests

Music:

Member Since: 11/21/2006
Band Website: hayagriva.us
Band Members:
Influences:
Red Hot Chilli Pepper
System Of A Down
Joget Mak Yong
Ozzy Osbourne
Sweet Charity
Nobat Di Raja
The Beattles
Iron Maiden
Scorpion
Alleycat
Search
Kitaro
Oasis
S.Y.J.
Enya
BPR
U2

Sounds Like:
Absu
Therion
Moonspell
Rotting Christ
Cradle of Filth
Dimmu Borgir
Hayagriva: Soul Seed Sold (Live 2008 Kuala Lumpur) Hayagriva: Gates of Eternity (Live 2008 Kuala Lumpur)Hayagriva: Thy Lord of Oneness (Live 2008 Kuala Lumpur)
Record Label: Rockband Entertainment
Type of Label: Indie

My Blog

Video (Terkini: 6 Lagu Live Jan 2008 Kuala Lumpur)

Hayagriva - VideoTerkini: 6 Lagu Live Jan 2008 Kuala LumpurDeskripsi:Hayagriva Live Video dirakam di 'The Artificial Steel Showcase', MCPA Hall, Kuala Lumpur, Malaysia. 12hb January 2008 ...
Posted by Hayagriva (ASIA Sites) on Sat, 26 Jan 2008 06:30:00 PST

Album Terbaru Hayagriva: Red Heaven (Cara-Cara Mendapatkannya)

Album Terbaru Hayagriva bertajuk Red Heaven Dibawah terdapat maklumat-maklumat penting untuk kamu mendapatkan album terbaru Hayagriva. Disenaraikan kesemua agen, pengedar dan kedai-kedai yang menjual ...
Posted by Hayagriva (ASIA Sites) on Tue, 21 Aug 2007 02:15:00 PST

Merchandise (Terkini: T-Shirt Horned)

Hayagriva - Merchandise T-Shirt Terbaru Hayagriva Dijual Sekarang Nama Item: Hayagriva Horned T-Shirt Dijual oleht: KAZ PRODUCTION No 16, Medan Selera Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar, 32600 Seri I...
Posted by Hayagriva (ASIA Sites) on Sat, 26 Jan 2008 06:26:00 PST

Rebiu: Red Heaven (Bahasa Malaysia) +3

Rebiu: Red Heaven (Bahasa Malaysia) +3 Taken From Metal Terus FORUM: by Ea, lord of the depths on Sun Sep 30, 2007 2:55 pm memang beshhh hayagriva..aku dah bosan dengar band blackmetal internati...
Posted by Hayagriva (ASIA Sites) on Wed, 07 Nov 2007 12:52:00 PST