Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Segamat (STS) pada peringkat awalnya dikenali sebagai Government English School dan kemudiannya sebagai Sekolah Inggeris Segamat. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1926 dengan Guru Besar pertamanya ialah En. J. C. Mc. Heyzer dan Penolong Kanannya ialah En. V. A. Mathew. Bilangan pelajar pada ketika itu seramai 50 orang.
Pada Tahun 30'an, dunia mengalami kemelesetan, usaha pembinaan bangunan baru sekolah ini tetap diteruskan. Pada masa itu, bangunan utama sekolah ini mengandungi 12 bilik darjah, sebuah kantin, dewan dan ruang pejabat telah dapat disiapkan. Pelajar telah mula dapat menggunakan bilik darjah dibangunan tersebut pada pertengahan tahun 1930. Para pelajar sekolah ini telah mengambil Junior Cambrige pada tahun 1934 dan peperiksaan O. S.C pada tahun 1935.
Pada zaman pendudukan Jepun di tanah Melayu, sistem pendidikan di negara ini telah terganggu dan tidak terlepas juga kepada sekolah ini. Pada masa inilah buat pertama kalinya sekolah ini telah ditadbir oleh seorang Guru Besar bangsa Asia iaitu En. Gurdial Singh. Bahasa Jepun telah dijadikan sebagai bahasa pengantar pembelajaran di sekolah ini pada masa tersebut. Para pelajar diasuh dan diajar menyanyikan lagu-lagu Jepun. Bilangan pelajar di sekolah ini pada masa itu juga turut merosot sehinggakan padang besar sekolah ini telah dijadikan sebagai kawasa pertanian. Bangunan sekolah ini juga telah dijadikan sebagai Pusat Perkhidmatan Tentera Jepun.
Selepas perang, terdapat banyak perubahan dan bangunan baru telah didirikan untuk menempatkan pelajar seramai 400 orang dan bilangan pelajar semakin meningkat pada setiap tahun.Pada tahun 1949, tentera British telah mendirikan 3 buah khemah di hadapn sekolah ini untuk dijadikan sebagai bilik-bilik darjah.Sekolah ini telah dipecahkan kepada dua sistem pentadbirannya iaitu Peringkat Rendah dan juga Peringkat Menengah.Peringkat Rendah dikenali sebagai Sekolah Bukit Hampar.Sekolah ini menjadi sebagai sekolah Menengah........LOVEMYFLASH CODE
/LOVEMYFLASH CODE