Zubir Ali profile picture

Zubir Ali

Penyanyi, Komposer & Penyajak, Zubir Ali

About Me

Pementasan Teater Eksperimen 'Monolog Sang Serigala' (berdasarkan sajak karya Zubir Ali) akan diadakan di Blackbox, Dewan Bahasa & Pustaka pada 20, 21 & 22 April, jam 8.30 malam.
Semua dijemput hadir.
Terima kasih,
Zubir Ali
Dewan Bahasa & Pustaka
Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur
Tel 03-2148 1011
Zubir Ali muncul dengan CD solonya 'Zubir Ali '06' setelah begitu lama tidak muncul dengan sebarang rakaman album.
Ini merupakan satu jawapan yang sungguh bermakna kepada 'penantian' begitu lama peminat serta pendengar muzik Zubir Ali.
Kali terakhir beliau muncul dalam rakaman album ialah dalam tahun 1996 tatkala berada di bawah naungan Roslan Aziz Productions. Ketika itu, album kompilasi 'RAP '96' ada menampilkan sebuah lagu karya dan nyanyian Zubir, 'Siapakah Memberi Khabar' dengan susunan muzik menarik oleh Mac Chew dan diproduksikan Roslan Aziz, Terdahulu, dalam tahun 1991, album kompilasi RAP yang meletup, 'Ikhlas Tapi Jauh' menampilkan sebuah lagu menarik nyanyian Zubir 'Harga Diri'. Kepada para peminat muzik tanahair pasti masih ingat kepada geng RAP yang popular zaman awal hingga pertengahan 90'an seperti Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Azman Warren, Afdlin Shauki serta Zubir Ali. Kesemuanya di bawah naungan dan bimbingan Roslan Aziz yang bisa mengutarakan beberapa projek muzik yang penuh kualiti seperti cd - cd solo Sheila, Zainal, Konsert Ikhlas di Stadium Merdeka dan banyak lagi. Zubir mungkin dianggap setengah pihak 'the odd man out' dalam geng RAP ini kerana beliau merupakan artis yang paling veteran dalam kumpulan ini serta pengkhususannya dalam genre muzik puitis yang didasarkan oleh sajak-sajak yang puitis. Tetapi hakikatnya, keistimewaan Zubir inilah yang membuatnya ditarik oleh Roslan Aziz ke dalam lingkungan keluarga RAP.
Masa berlalu, Zubir terus bergiat dengan caranya dalam arena seni dan kini, 25 tahun selepas Malaysia dipegunkan dengan kepuitisan melodi lagu 'Penantian' oleh Kumpulan Harmoni yang diketuai Zubir, Zubir Ali kini muncul dengan CD solonya yang sungguh sesuai sekali dinamakan 'Zubir Ali '06'
Dengarkan 12 buah lagu irama puisi dengan lirik - lirik penuh makna dari Zubir Ali. Juga dimuatkan dalam CD ini ialah beberapa lagu 'penting' Zubir seperti 'Balada Seorang Gadis Kecil' yang memenangkan Zubir sebuah anugerah penciptaan lagu tanahair, Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia 1983, 'Siapakah Memberi Khabar' yang dilirikkan oleh Latif Mohideen, satu nama seni yang besar, dan 2 lagu bonus berupa rakaman asal 'Balada Anak Desa' & 'Doa' ketika bersama Kumpulan Harmoni dulu.

My Interests

Music:

Member Since: 7/21/2006
Band Members:

VCD MTV Karaoke Zubir Ali '06 kini telah muncul di pasaran. 10 video muzik eksklusif yang telah divideokan di Indonesia kini dapat anda saksikan.

Influences: Karaoke Music Video "Penantian" (Kumpulan Harmoni)

Muzik Video "Siapa Yang Tak Pernah Menangis" (Zubir Ali)

Muzik Video "Ikhlas Tapi Jauh" (Artis - Artis RAP termasuk Zubir Ali)

Get Your Own! | View Slideshow
Sounds Like: Akan muncul di pasaran November 2006 : Greatest Hits Zubir Ali/Kumpulan Harmoni. Nantikan! Terima kasih kerana membaca pesanan ini.

Record Label: Millenium Art/Life Records
Type of Label: None

My Blog

Ulasan oleh Wanda Idris di Utusan Online

Zubir Ali rakam lagu puisi lagi Oleh WANDA IDRIS SETELAH 23 tahun menyepi tanpa sebarang album, kini Zubir Ali hadir dengan sebuah album solo baru yang diberi nama Zubir Ali 06. Menghimpunkan 12 lagu,...
Posted by Zubir Ali on Fri, 21 Jul 2006 06:48:00 PST

Lirik lagu 'Balada Seorang Gadis Kecil'

BALADA SEORANG GADIS KECIL.Gadis kecil itu telah bertahun, dikecam derita,Di khemah pelarian, yang menjanjikan dukacita.Munir tak mengenal erti cinta, telah kering airmata,menangisi kematian, ayah bon...
Posted by Zubir Ali on Fri, 21 Jul 2006 06:30:00 PST

Ulasan album Zubir di www.sinar.fm

  Zubir Ali kembali dengan album lagu-lagu puisi terbaru! Album 'Zubir Ali 06' satu usaha muzik memperkenalkan puisi kepada khalayak umum sebagai alternatif kepada pelbagai jenis muzik yang sedia...
Posted by Zubir Ali on Fri, 21 Jul 2006 05:54:00 PST

Ulasan CD 'Zubir Ali '06' oleh Suzan Ahmad di Bintang Popular, Jun 2006

  Taring Zubir masih runcing SUDAH terlalu lama komposer dan penyajak ini tidak tampil menerbitkan album lagu puisi. Kali terakhir kalau tidak silap saya, Nyanyian Ombak 1982 dan album sebelumnya...
Posted by Zubir Ali on Fri, 21 Jul 2006 05:39:00 PST