Akma profile picture

Akma

TETAP MENANTI

About Me

LATEST NEWS! SEPTEMBER 2007.
Single Akma 'Tetap Menanti' telah keudara di Radio Muzik.fm. Kepada peminat Akma, anda boleh membuat permintaan lagu melalui rancangan Pilihan Bersama di Muzik.fm yg keudara pada setiap hari pada 8.00 p.m - 12.00 a.m. cara untuk membuat permintaan, taip NAMA LOKASI TETAP MENANTI - AKMA LAGU TEMPATAN LAGU ANTARABANGSA. hantarkan permintaan anda ke 32770. frekuensi muzik.fm di lembah klang 88.5 atau 95.3
Menjelajah seluruh Malaysia untuk Marhaban anjuran Astro. Akma mengucapkan Selamat berpuasa. Semoga Amalan anda diberkatiNYA.
JUNE 2007
Baru selesai shooting untuk telefilem yang bertajuk Daun Kesum Daun Kari arahan AZMI di bawah produksi Suar Chanel SDN BHD yang akan ditayangkan di saluran RTM. nantikan kemunculan akma dalam DKDK.
13 MEI 2007.
Bermula Mei ini, Akma akan memulakan penggambaran untuk satu drama sitcom arahan Rashid Sibir. Penggambaran akan dilakukan di sekitar Pulau Pangkor. Dalam drama ini, Akma akan membawa watak sebagai Linda, anak kepada tauke kedai kopi yg manja dan peramah. Drama OTAI ini akan mula disiarkan pada 17 Aug, 2007 di ASTRO PRIMA. Drama ini akan turut dibintangi oleh Sabri Yunus, Ifa Raziah, Pak Hamid Gurkha dan Pak Busu.
25 MAC 2007.
DAPATKAN SINGLE TERBARU AKMA BERJUDUL "TETAP MENANTI". TEMPAH SEKARANG DI [email protected].
17 MAC 2007.
WEBSITE AKMA BERWAJAH BARU. LAYARI LAMAN WEB AKMA DI www.akmafc.net sekarang.
ABOUT AKMA Semasa Akma dalam kandungan, ibu Akma (Khairon bt Tan) mengidamkan beras mentah dan abu rokok.Semasa Akma berumur 6 tahun Akma selalu pergi menonton kakaknya, Sofia bt Abdullah membuat persembahan di RTM. Ketika itu kakaknya memasuki Kelab Kanak-kanak Angkasapuri. Sejak itu, mula timbul rasa amat minat di hati Akma terhadap bidang nyanyian dan menjadikan nyanyian itu sebagai hobi utamanya. Akma mula membuat persembahan yang pertama semasa beliau berada di Sekolah Tadika Sri Sentosa. Akma serta rakan-rakan yang lain membuat persembahan nasyid yang diketuai olehnya. Ketika itu Akma menangis di pentas kerana takut dan gementar apabila melihat penonton yang ramai. Selepas itu, Akma mula berasa yakin dan mencuba nasib dalam bidang pertandingan nyanyian di Sekolah Rendah Kebangsaan Petaling. Akma telah menyanyikan lagu Ziana Zain pada umur 9 tahun. Semasa Akma berusia 10 tahun, beliau mula menyanyi di majlis-majlis perkahwinan. Lagu kegemarannya ketika itu adalah lagu Ukiran Jiwa – Awie. Pertama kali Akma mula memasuki pertandingan di luar ialah pertandingan Poltera, anjuran Polis dan Angkatan Tentera pada tahun 1997, pada ketika Akma berumur 12 tahun. Akma menjadi naib juara di dalam pertandingan itu, dan dengan itu, Akma mula berasa ingin menceburi bidang nyanyian dengan lebih serius. Akma mula memasuki pelbagai pertandingan nyanyian seperti di Bukit Jalil (Naib Johan), pertandingan lagu-lagu asli sebagai wakil Wilayah (tempat ke 4 dan penyanyi berpotensi), pertandingan lagu Irama Malaysia di Morib (Johan), Pertandingan Lagu Sudirman (Naib Johan). Selepas banyak menimba ilmu pengalaman melalui pertandingan nyanyian di luar, Akma mula memasuki pertandingan nyanyian besar di stesen-stesen tv seperti Suara Jati Malaysia (NTV7), Who Will Win (NTV7) dan Akademi Fantasia (Astro).

My Interests

Music:

Member Since: 7/20/2006
Band Website: akmafc.net
Influences: MUSIC
2007
APR-Single Album 'Tetap Menanti'
2005
6th Runner Up Akademi Fantasia Season 3.
EVO 05/02 - Percaya Pada Cinta (single).
EVO 05/03 - Medley Bertakhta Dihati/Antara Matamu & Mataku.

FILM / THEATER / DRAMA
2007
OCT - Telefilem DaunKesum Daun Kari
2007
AUG-Drama Komedi Bersiri 'OTAI'
2006
DEC-Teater Batu Belah Arahan Kamarul A.R 2005
NOV-Drama Rumah Terbuka Akademi Fantasia

Record Label: akma konnichiwa music
Type of Label: Indie