Kelmarin adalah kenangan, Hari ini adalah perjuangan, Esok..bukanlah satu kepastian Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani, renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar. Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan. Teruskan perjuangan dalam bidang yang diminati walau, sebesarmanapun gelombang yang menghalang. Usah kembali berpatah ke Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah Pulau Impian. Persahabatan yang telah terbina ibarat dua buah jambatan yang menghubungkan antara dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak. Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan. Ramai orang lebih mengenali orang lain, Tapi...tidak mengenali diri sendiri. Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri. Pentingkan diri sendiri amat penting dalam hidup kita, tetapi....pentingkan diri orang yang di sekeliling kita juga amat penting untuk kesejahteraan...