Rausyanfikir, bermakna Ahli Fikir didalam Bahasa Farsi, ditubuhkan pada 1992. Ia dianggotai oleh 3 orang pencinta seni- Mohd Khair Mohd Yasin (Khayas), Art Fazil dan Esham Jamil.Ketiga tiga mereka berkawan semasa menuntut diperingkat pra-universiti lagi diSingapura. Khayas dan Art Fazil memang telah terlebih dahulu dikenali didalam industri muzik Melayu sebagai penulis lagu untuk artis artis seperti Ramli Sarip, Khatijah Ibrahim, Lefthanded, Love Hunters dan Ella. Sementara Esham pula amat giat didalam kelompok puisi diSingapura bersama kumpulan Indra Kirana.Kumpulan Rausyanfikir telah ditubuhkan dengan visi untuk membuat muzik yang bukan sahaja lunak ditelinga tetapi juga berupaya untuk menggerakkan minda pendengar.Album 'self-titled' pertama mereka- Rausyanfikir, dirakamkan di Quad Studio diSingapura dibawah kelolaan penerbit dan bekas gitaris kumpulan The Flybaits- Eddie Marzuki. Ianya memuatkan 10 buah lagu karangan ketiga tiga anggota Rausyanfikir. Album sulung itu memuatkan lagu lagu yang memberikan warna identiti Rausyanfikir, seperti Satu Suara, Kaum Kanggaroo serta Malam dan Siang. Album ini diedarkan oleh Pony Canyon Records diSingapura dan Life Records diMalaysia.Rakaman kedua Rausyanfikir dirakamkan pada penghujung 1993 dan siap pada awal 1994. Kali ini mereka memilih Lion Studios diSingapura untuk membentuk karya karya mereka dengan bantuan produser Eddie Marzuki. Album yang diberi judul Rausyanfikir ll-Rusuhan Fikiran kali ini mendapat sentuhan 'engineering dan 'mixing' oleh Paul Edwards. Encik Edwards adalah seorang jurutera muzik dari London yang bekerja sebagai jurutera tetap Lion Studios pada waktu itu. Rusuhan Fikiran diterbitkan oleh syarikat Rausyanfikir sendiri- Sakina Productions yang mereka tubuhkan bersama Eddie Marzuki. Pengedar album ini adalah BMG Records (Singapore/Malaysia)Album Rusuhan Fikiran ini memuatkan 10 buah lagu- kesemuanya ditulis oleh ketiga-tiga anggota kumpulan ini. Lagu lagu seperti Dhikir Fikir Fikir, Pesta Perut serta Hari Ini Dan menjadi 'radio favourites' sehingga ke hari ini. lagu Dhikir Fikir Fikir karya Art Fazil juga mendapat anugerah COMPASS awards 1995 sebagai lagu Melayu yang mendapat royalti terbanyak pada tahun tersebut.Misteri Rausyanfikir- Apakah Yang Terjadi Pada Esham Jamil? (bersambung)
CLICK HERE TO GET A PRE-MADE MYSPACE LAYOUT