Fees Freezer (Rest for making V.clip & New Son profile picture

Fees Freezer (Rest for making V.clip & New Son

About Me


FEES FREEZER BAND BIOGRAPHY :Fees Freezer adalah sebuah band yang berasal dari Shah Alam,Selangor. Memperjuangkan muzik indiependant di Malaysia dengan menghasilkan lagu-lagu berkonsepkan ‘modern grunge rock’ dalam bahasa melayu. Fees Freezer menjadikan band-band seperti Foo Fighters, Motorhead, Feeder, Silverchair,Nirvana, dan Smashing Pumkins sebagai ‘influence’ muzik kami. Dianggotai oleh 4 anak muda iaitu Ahmed Fabley di posisi vocal dan gitar,Fizzy diposisi drum, Nuar diposisi gitar kedua, dan Bob diposisi bass. Masing-masing rata-ratanya dah bekerja dan tinggal di Shah alam.FEES FREEZER ditubuhkan pada tahun 2005,pada mulanya kami sekadar jammnig bersama secara suka-suka sahaja dan lebih serius berkarya dan menghasilkan lagu pada tahun 2006. Nama Fees Freezer tercetus daripada ‘frontman’ dalam band ni iaitu Fabley dan Fizzy yang begitu ‘fanatik’ dengan benda-benda yang sejuk. Fees Freezer wujud dengan line-up terawal iaitu Ahmed Fabley sebagai gitar utama, Fizzy sebagai bassist dan halim sebagai drummer. Pada pertengahan tahun 2006 Fees Freezer telah berjaya mengeluarkan demo pertamanya berjudul ‘High’ressive'. Selepas 1 tahun bersama, Halim selaku drummer terpaksa menarik diri dari band ini disebabkan komitmen kerja dan masalah peribadi. Pada tahun pertengahan 2007, Ebal pula telah menggantikan tempat Halim selaku drummer untuk Feees Freezer. Malangnya Ebal juga mempunyai masalah yang sama iaitu tidak dapat fokus dan memberi komitmen pada band. Fizzy pula telah mengambil alih tempat Ebal selaku pemain drum dan kekal sehingga kini. Dengan Line-Up terkini pada tahun 2009, iaitu Ahmed Fabley diposisi Vocal dan Guitar utama, Fizzy diposisi drum, Nuar diposisi gitar kedua, dandan Nuar diposisi guitar kedua, Fees Freezer sekali lagi berjaya melangkah setapak kehadapan dengan kejayaannya menghasilkan E.P pertamanya yang berjudul : DATANG, PERGI, DAN KEMBALI, yang telah dikeluarkan pada awal January 2009 yang lalu.FEES FREEZER juga setakat ini aktif bermain gig-gig di sekitar K.L, Melaka,dan Johor Bahru. Dan selain itu, juga pernah beraksi di pentas ‘The Road To ROTTW Soundstage 2008’ anjuran majalah ROTTW, Pernah membuat persembahan di ‘Karnival Rakan Muda 2008’ di Stadium Putra Bukit Jalil, pernah beraksi di Little Havana, One Cafe Jalan Silang,K.L , K.L Jam Asia, MCPA Kuala Lumpur,show di Laman Budaya,Shah Alam, Tunestone,Klang, Giggers@Pauls Place, Vinyl D.C Melaka, Asia Village,Melaka, dan banyak lagi. Terlibat secara langsung dalam setiap gig-gig yang dianjurkan oleh label Happy Community Records dari Melaka, kerap membuat showcase di Cantumas Cafe Setiawangsa, Kuala Lumpur, dan juga menyertai beberapa sirkit ‘battle of the bands di Selangor.Bagi kami,dalam banyak-banyak band dekat Malaysia ni,kami jadikan band seperti Meet Uncle Hussain, Estranged dan Hujan sebagai idiola dan band yang kami‘respect’.Ini kerana merekalah yang telah menaikkan muzik indiependant di Malaysia. Tanpa kehadiran mereka dalam arena muzik Malaysia,mungkin muzik Malaysia masih lagi ditakuk lama. Mereka telah membuat satu evolusi besar dalam muzik Malaysia.Mereka telah membuktikan bahawa sebenarnya muzik underground dan indiependant yang pada satu ketika dahulu di salah tafsir dan dianggap elemen negatif sebenarnya tidaklah seperti apa yang di katakan. Banyak lagi band-band yang ada bakat dan boleh pergi jauh,cuma mereka tak ada duit nak buat album dan ‘promote’ band mereka.Buat masa ini FEES FREEZER mendapat ‘support’ dari label Happy Community Records dari Melaka dan sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah album yang pertama, Kami ada juga bercadang didalamm album kami nanti, kami ingin mengundang beberapa band terkenal tanah air untuk ‘feat’ dengan band kami.Insyaallah, kalau ada rezeki,semuanya akan berjalan dengan lancar. Apa yang membataskan kami adalah masa dan jadual kerja yang amat padat, disamping ada urusan-urusann luar yang perlu diselesaikan. Dan pada waktu ini juga kami sedang ‘design’ t-shirt kami sendiri yang mungkin akan siap dalam jangka masa sebulan atau dua bulan lagi Fees Freezer,amat-amat berharap scene indiependant Malaysia akan terus kekal sampai bila-bila begitu juga industri muzik Malaysia akan terus maju!! Bagi sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan Fees Freezer bolehlah melayari myspace kami di alamat http://www.myspace.com/freezertank. ataupun send komen atau mesej anda di e-mel kami iaitui [email protected]. For all da’ Indiependant Band and music lovers, thank you so much for supported Malaysian Music scene!!ANY EVENT & SHOW DO INVITE US @017-3822670 (FIZZY) OR 013-2690257 (FAB)....Fees Freezer-Lebih Baik Begini-Live@MCPA GRAND HALL, K.LFees Freezer-"Tak Menentu-Live@ RTM 1 Acoustic Showcase 4July 2009Fees Freezer-Tak Menentu Live@Stadium Bukit jalil (Outdoor)Fees Freezer-Highressive- Live@ K.L Jam AsiaFees Freezer-"High"ressive-Live@Pauls Place,K.LTak Menentu-Live@ Cantumas Cafe,Setiawangsa.K.LFees Freezer-Cover My Hero (Foo Fighters)YANG MANE SATU PALING CANTEK EK?? HEHEHE.. You guys now can download our Fees Freezer CMT (Call Me Tones - Celcom) with Fees Freezer top song included: Short code for CELCOM CMT TITLE CODEHighresive (verse) Song Code : 64782 Kembali (verse 1) Song Code : 64783 Kembali (Verse 2) Song Code : 64784 Tak menentu (Verse 1) Song Code : 64785 Tak menentu (verse 2) Song Code : 64786 Celcom. 1. Celcom CMT DOWNLOAD1.1 Non CMT registered, type CMT ON & send 22990 1.2 Existing CMT customer, type CMT.... & send to 22990 2. FULLSONG & TRUETONE DOWNLOAD (THROUGH Celcom Channel X web only) 2.1 Just click ‘Download’ to start downloading. 2.2 You will get an SMS with the WAP link shortly to complete download.

My Interests

Music:

Member Since: 15/05/2006
Band Members: AHMED FABLEY NOOR - (Vocal & Guitar)FIZZY- (Drummer)NUAR@OSHIN - (2ndGuitar)Bob-(Bassist)We are also support by:
Influences: Foo Fighters, Pearl Jam, Alice in Chain, Feeder, Soungarden, Butterfingers, Motorhead - Motorhead 4 Life!!! , Led Zeppelin, Madhouse, Nervedeless, Silverchair, Search, Muse, weezer, Green Day, Mettalica, Probot,Soundgarden, Dead Mushroom, Dewa 19.
Sounds Like: Modern Grunge Rock, Post Mellow Grunge, Hard Rock,FEES FREEZER PADA TAHUN 2007 TELAH MENGELUARKAN DEMO PERTAMANYA BERJUDUL 'HIGH'RESSIVE :1)LONG TIME GONE 2)KEMBALI 3)'HIGH'RESSIVE 4)TAK MENENTU.PADA TAHUN 2008,FEES FREEZER TELAH BERJAYA MERAKAMKAN E.P YANG PERTAMANYA BERJUDUL ' DATANG,PERGI,DAN KEMBALI.ANTARA LAGU YANG TERKANDUNG DALAM E.P INI ADALAH:1)TAK MENENTU(New Record!) 2)'HIGH'RESSIVE 3)ALASAN 4)KEMBALI 5)KAULAH YANG TERBAIK 6)LONG TIME GONE
Record Label: Happy Community Records
Type of Label: Indie

My Blog

80pcs sold out!! Do Support Malaysian Music Scene!!

80pcs cd's sold out!!but we hav not enough money to makes pretty good quality E.P's cover,only print out from own printer lah!!haha!sedey2..do support the indiependant band in malaysia ya!! in fact, e...
Posted by on Sun, 22 Feb 2009 03:09:00 GMT

Fees Freezer Latest Info For all Friend Out There!!

Buat masa ni kami sedang sibuk menyiapkan E.P kami yang berbaki dua lagubaru lagi untuk direkod iaitu 'lebih baik kau pergi' dan 'bersamamu'.Dalam e.p ni kamilebih menekankan unsur-unsur 'modern grung...
Posted by on Tue, 03 Feb 2009 07:40:00 GMT