arif profile picture

arif

I am here for Dating, Serious Relationships, Friends and Networking

About Me

Myspace Layouts by Pimp-My-Profile.com

assalamualaikum..... my name mohd arif,u can call me watever u want here...im just simple guy,not like fight,hate criminal,war,sadness.... to u all there just add me if want 2 be my fren..anyone,anytime n any place..so dont forget me haa...hmm..just want 2 say tq 4 all my fren here now bcoz there all very special 4 me...SAYA NAK CARI KWN BARU YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI SAHABAT. TUJUANNYA ADALAH BERKONGSI MASAALAH DAN UNTUK TUJUAN BERDAKWAK SESAMA KITA. SELAIN ITU UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KITA SESAMA ISLAM DAN BERSATU PADU DEMI AGAMA DAN BANGSA KITA, APA PUN SEDAR SIAPA DIRI KITA SEBELUM MENILAI SESEORANG TU. SYA BUKANLAH ALIM SANGAT TAPI JANGAN LAH KITA JAHIL.....BE WHAT U WANT TO BE BUT, ALWAYS REMEMBER ALLAH, COS ALLAH CARE ABOUT U..........................................................U ntuk renungan bersama. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.Tanggungjawab Seorang Isteri Di Dalam Islam (c) 2002-2004 Farahtina1. Seorang isteri itu mestilah ada maruah terhadap suaminya. Ertinya, seorang isteri itu mesti menjaga adab sopan serta tata-tertibnya di hadapan suaminya. Dia tidak boleh menganggap suaminya macam kawan-kawannya sahaja dan "tidak boleh sama sekali mengecil-ngecil dan merendah-rendah martabat" suaminya.Ini sering berlaku di zaman ini kerana antara suami dan isteri kebanyakannya sudah kenal mengenal sebelum berkahwin. Perbuatan itu sangat dilarang oleh syariat dan hukumnya haram. Melalui pergaulan haram tadi iaitu sebelum berkahwin, apabila mereka sudah diijab kabulkan, masing-masing seperti dua orang kawan biasa. Jadi si isteri merasakan suaminya sebagai teman biasa sahaja hinggakan dalam panggilan pun, kedua-duanya hanya berbahasa "I" dan "You" sahaja.Padahal syariat menghendaki seorang isteri itu sentiasa rasa malu terhadap suami, segan dan rasa rendah diri terhadapnya. Isteri mestilah merasakan yang suami itu adalah orang yang berkewibawaan, yang dapat memimpin dan mendidiknya kepada jalan selamat samada di dunia mahu pun di akhirat.2. Seorang isteri mestilah menutup penglihatannya terhadap orang laki-laki yang bukan muhrimnya. Ertinya, seorang isteri tidak boleh memandang orang-orang lelaki lain melainkan suaminya dan lelaki yang sama muhramnya. Ini adalah kerana bagi mengelakkan para isteri terpengaruh atau tertarik kepada laki-laki lain.3. Seorang isteri itu mestilah patuh terhadap perintah suami kecuali arahan-arahan yang berlawanan dengan Al Quran dan sunnah. Umpamanya suami menghalang isterinya dari mengerjakan sembahyang. Isteri tidak boleh patuh kepada arahan itu.4. Seorang isteri mestilah diam ketika suaminya sedang bercakap. Syariat melarang para isteri menyampuk-nyampuk cakap suami. Umpamanya, ketika suami sedang bercakap, si isteri memotong cakap suami itu tadi kerana maklum sajalah isteri-isteri zaman ini kadang-kala memiliki keilmuan yang sama taraf dengan suami. Tentulah si isteri merasakan yang dia juga berhak memberi buah fikirannya. Dan tentulah dia tidak mahu menjadi 'Pak Turut' sahaja.Sebenarnya para isteri tidak boleh berbuat demikian, walaupun mungkin dia lebih pandai daripada suaminya. Dia mestilah diam dan mendengar saja setiap buah fikir percakapan suaminya. Kalau pun dia perlu bercakap, hendaklah dia menunggu sampai suami tidak lagi bercakap. Tetapi selagi suaminya sedang bercakap, dia mesti diam serta tunduk memberi penghormatan.5. Seorang isteri itu mestilah berdiri ketika suami datang kepadanya.6. Seorang isteri itu mestilah mengundurkan diri ketika suami hendak tidur.7. Si isteri hendaklah sentiasa memakai bau-bauan untuk suami mereka agar dia dapat menarik kasih sayang suaminya. Yang menjadi satu keanehan ialah para isteri zaman sekarang, hanya akan berhias dan berwangi-wangian ketika hendak pergi ke majlis-majlis. Apabila di depan suaminya, dia tidak kesah tentang dirinya."Sedangkan perempuan dilarang oleh syariat untuk memakai bau-bauan ketika keluar rumah hingga dihidu oleh orang lain".8. Seorang isteri mesti menjauhkan badannya daripada berbau busuk. Dia mestilah sentiasa menjaga kebersihan badannya supaya dapat memikat keinginan para suami. hal ini tidak payah sangat hendak kita sebutkan pada para perempuan zaman ini kerana sudah memang trend kaum wanita zaman ini sentiasa menjaga badannya.Kadang-kadang ada yang menahan dari makan dan minum kerana hendak menjaga badan supaya sentiasa ada 'potongan'. Sampai kadang-kadang para suami pun naik bingung melihat isterinya memelihara badan sebegitu rupa.Padahal kalau difikir-fikirkan, berapa lamalah sangat tahannya badan kita ini. Paling maksima, 50 tahun. Lepas itu badan pun entah ke mana. Sepatutnya yang mesti dijaga sungguh-sungguh ialah ruh badan kerana yang akan berhadapan dengan pertanyaan Allah ialah ruh. Ruh jugalah yang akan merasai azab.9. Seorang isteri wajib berhias di hadapan suami. Di belakang suami isteri tidak wajib berhias, lebih-lebih lagi jika boleh mendatangkan fitnah.10. Isteri dilarang berhias ketika suaminya tiada.11. Si isteri jangan berkhianat kepada suaminya ketika suaminya tiada di rumah. Juga tidak berkhianat terhadap harta-harta suaminya. malah jika ada orang datang ke rumah, tidak boleh dibenarkan masuk sekiranya tidak mendapat keizinan suaminya.12. Si isteri mestilah merasa puas jika sedikit diberikan suaminya. Ertinya, penghargaan yang besar haruslah diberi terhadap pemberian yang kecil oleh suami.13. Isteri tidak boleh menolak sekiranya suaminya berkeinginan terhadapnya. Dalam hal ini, Rasulullah sendiri ada menyebutkan betapa pelawaan suami itu mesti ditunaikan oleh isteri-isteri walaupun di atas bonggol unta.Kata Rasulullah lagi,"kalau seorang isteri itu menolak pelawaan suaminya bila tidur malam dan suaminya terus tidur dalam keadaan marah, sepanjang malam itulah si isteri dilaknat para malaikat".14."Seorang isteri tidak boleh keluar rumahnya tanpa izin dari suaminya. Sekiranya dia keluar juga tanpa izin suaminya, seluruh makhluk di dunia termasuk para malaikat akan melaknatinya sehinggalah dia bertaubat dan kembali kepada suaminya".Demikianlah di antara tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Dan kalaulah para isteri dapat memikul tanggungjawab tersebut, dia akan menjadi isteri yang solehah. Dan di sini juga, para suami akan dapat menyuluh para isteri masing-masing sejauh manakah isteri-isteri mereka telah dapat dididik dan memikul tanggungjawab tersebut."Adapun perempuan-perempuan yang soleh itu, mereka yang taat kepada Allah dan suaminya dan memelihara hak suaminya sewaktu suaminya tidak ada."

My Interests

I'd like to meet:

I like to:Khutbah Nabi Mengenai DajjalDari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.""Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. "Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

My Blog

islam di hati

http://krdb-islamdihati.blogspot.com/I think you'll find this site interesting... come and visit my side,
Posted by on Fri, 27 Feb 2009 03:33:00 GMT

hallo

i like to know u all. let join me.i like to know what u think about lebonon?????  
Posted by on Mon, 12 Jun 2006 10:50:00 GMT