mad profile picture

mad

Together we stand in the eyes of the world!

About Me


Contact Box Generated from MyPimpSpace.com
Extended Network Banner @ MyPimpSpace.com
Assalamualaikum,salam perkenalan kepada semua kawan kawan.Saya mad,dari pulau pinang.terima kasih kerana sudi melawat myspace saya dan semoga persahabatan yang terjalin kekal selama lamanya.

My Interests

Menyentuh tentang hobi ni,pada masa lapang saya suka ziarah rumah atau bilik kawan kawan yang terdekat.Selain tu,saya juga suka berchatting dan .. untuk baca surat khabar,sebab malas nak pegi beli kat kedai.Di samping itu,saya juga gemar mengikuti program program anjuran universiti.

I'd like to meet:

Sebagai ummat Islam,sudah tentu impian saya hendak bertemu dengan Pencipta seluruh alam dan Nabi Muhammad S.A.W.Tapi itu adalah impian selepas saya meninggalkan dunia ini.Ketika di alam ini,saya ingin bertemu dengan sesiapa sahaja yang sudi menjadi sahabat saya dalam erti kata yang sebenar,yakni yang boleh membimbing saya ke jalan yang benar dan bersama-sama dalam menempuh ranjau dan kemanisan hidup di dunia ini.InsyaAllah.

Music:

Saya suka muzik yang berunsurkan alam,instrumental,sentimental,balada, irama malaysia, pop rock dan hip hop. Muzik rock,underground dan seangkatan dengannya tak dapat saya terima,entah la kenape,saya jadi pening bila mendengarnya.

Movies:

Ermm.... kalau tentang wayang memang jarang sangat saya pergi.Kali terakhir pegi wayang masa umur saya 20 tahun. Vcd pun jarang saya beli,selalunye pinjam daripada kawan kawan je.Saya suka cerita yang seram,aksi dan cinta.

Books:

Kalau buku ni memang banyak sangat kene baca untuk pengajian.Tapi buku yang saya seronok bila membacanya adalah berunsurkan motivasi dan psikologi,sebab bila baca buku-buku macam tu,diri saya menjadi bertambah semangat dan memahami cara pemikiran manusia dengan lebih baik.