Tengku Adha @ Ku Alam profile picture

Tengku Adha @ Ku Alam

I am here for Friends and Networking

About Me

*** www.kualam-warisrawa.blogspot.com *** "Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada silaturahim” Menerusi Hadith:. Imam Tarmizi Ibnu Kathir vol 4, ms.218. *********************************************************** Gelaran Bukan Untuk Di Puja Puji, Sekadar Mengenal Asal Usul Jati Diri, Jangan Malukan Keturunan Sendiri, Amanah & Janji Harus Turuti, Bila Gelaran Sudah Di Beri, Laksanakan Tugas Seikhlas Hati. ***********************************************************k u bersusur galur Berdarah Rawa-Bugis.!Keturunan Bersusur Galur Daripada Sang Sapurba @ Sang Nila Utama @ Sang Teri Buana, Raja (3) Tiga Beradik yang Tuanya Ke Pagar Ruyung. Turun di Lereng Bukit Seguntang, Mahameru, Sumatera atau lebih tepat Palembang, berasalnya Raja Melayu dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great yang punyai hubungan dengan Nabi Sulaiman A.S.) Ku juga adalah Piut Almarhum DYMM Paduka Sri Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa) Apa yang dapat ku ceritakan tentang diri ku nie..! Ku Dilahirkan Pada 27 Disember 1982 bersamaan Hari Isnin, 12 Rabiul Awal 1403 (Hari Maulidur Rasul) Di Pendang, Kedah (Kampung Bonda Ku) merupakan anak kedua (2) dari Sembilan (9) orang adik-beradik dan merupakan anak lelaki pertama dalam keluarga. Selepas dilahirkan dan didalam usia beberapa hari ku di panggil dengan panggilan Nama Mat Desa (Pelikkan Nama Tue) tapi selepas Ayahanda ku pulang dari kerja..! Ayahanda ku terus menukarkan nama Ku dari panggilan Mat Desa ke Muhamad Adha (Tidak Menggunakan nama Tengku ataupun Raja) dan terus Membawa ku Di Gombak, Selangor. pasal tue nama aje lahir kat kedah tapi loghat kedah pun tak tahu dan tak faham. Ku Dibesarkan di sini (Gombak) sehingga kini, Ku dibesarkan dalam suasana keluarga yang amat Tegas, kerana ayahanda ku sukar untuk tersenyum. pasal tue ku tak sesuai untuk tersenyum... tetapi senyuman tue adalah sedekah....apa yang dapat ku ceritakan Tentang ayahanda ku, Di lahirkan di Olak Lempit, Banting, Selangor dan dibesarkan di Istana Alam Shah, Klang, Selangor (Dahulunya Dikenali sebagai Istana Mahkota Puri) dari kecil hingga Berusia 9 Tahun Sebelum Nenda Ku Yang Bernama Tengku Bairun @ Jamilah, (keturunan minang istana, ada yang mengatakan Bugis, kerna keturunan nenda ku semua duduk di istana sejak dari dulu lagi, musykil sungguh) membawa ayahanda ku ke Sungkai, Perak Atas Sebab-Sebab Pergelorakan Kekeluargaan yang ku tak harus menceritakan tentang perkara itu. Nenda ku punya Bonda adalah anak Angkat Kepada Al-Marhum Sultan Sir' Alauddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor Ke 5. Tetapi yang menjadikan kemusykilan ku 'kalau benar lah nenda ku punya bonda (Moyang ku) adalah anak angkat Kepada AlMarhum Sultan Sir' Alauddin Sulaiman Shah. kenapa Mak Ngah ku duduk di Istana Bukit Chandan Dengan Keluarga Diraja Perak (Anak Raja Bergelar) Dari Darjah 1 Hingga 3, Duduk bersama dengan ayahanda kepada Raja Perempuan Perak iaitu Almarhum Raja Dato' Sri Arif Shah Ibni Almarhum Raja Kechil Sulong Dato’ Sri Raja Haji Harun Al-Rashid Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatu'llah Ibni Al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah (Al-Marhum Kuala Teja) Ibni Al-Marhum Sultan 'Abdu'l-Malik Mu'azzam Shah Jamalu'llah Khalifat Ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu'llahi Fil-Alam Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Ud-Din Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Shah Aminu'llah [Al-Marhum Bongsu] Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah [Al-Marhum Raja Haji Allah] Ibni Al-Marhum Sultan Muzaffar Shah Ii Jalilu'llah Ibni Al-Marhum Raja Mahmud @ Ahmad Ibni Raja Asif [Ishak] Ibni Al-Marhum Sultan Khoja Ahmad [Al-Marhum Kasab] Ibni Al-Marhum Raja 'Abdu'llah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim [Megat Kudu] Ibni Maharaja Paramaswara Sri Iskander (Sultan Siak Sri Indrapura Ibni Sri Maharaja Jaya (Sultan Siak Sri Indrapura Anakanda Yang Dipertuan Pagar Ruyong) Ibni Seri Rana Wira Karma Raja Kecil Besar Ibni Sang Sapurba@Sang Nila Utama Ibni Nila Utama Ibni Raja Suran-Cucu Cicit Raja Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) DYMM Raja Mazwin (Merupakan Emak Suadara Dengan Ayahanda ku) Binti Almarhum Raja Dato' Sri Arif Shah. Isteri DYMM Sultan Perak Ke 33(Marhum Affifullah)(1963-1984) Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Shah II Al-Mutawakil Allahahi Afifu'llah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasu'llah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatu'llah Ibni Al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah (Al-Marhum Kuala Teja) Ibni Al-Marhum Sultan 'Abdu'l-Malik Mu'azzam Shah Jamalu'llah Khalifat Ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu'llahi Fil-Alam Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Ud-Din Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Shah Aminu'llah [Al-Marhum Bongsu] Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah [Al-Marhum Raja Haji Allah] Ibni Al-Marhum Sultan Muzaffar Shah Ii Jalilu'llah Ibni Al-Marhum Raja Mahmud @ Ahmad Ibni Raja Asif [Ishak] Ibni Al-Marhum Sultan Khoja Ahmad [Al-Marhum Kasab] Ibni Al-Marhum Raja 'Abdu'llah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim [Megat Kudu] Ibni Maharaja Paramaswara Sri Iskander (Sultan Siak Sri Indrapura Ibni Sri Maharaja Jaya (Sultan Siak Sri Indrapura Anakanda Yang Dipertuan Pagar Ruyong) Ibni Seri Rana Wira Karma Raja Kecil Besar Ibni Sang Sapurba@Sang Nila Utama Ibni Nila Utama Ibni Raja Suran-Cucu Cicit Raja Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great). (Bonda dan Nenda kepada DYTM Raja Zarith Sofiah Binti Al-Marhum Sultan Idris al-Mutawakil Allah Afifu'llah Shah juga merupakan Isteri DYTM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar) Dan Y.A.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato Seri’ Azizul Hassan Bin Hj Abdul Rani Bin Yeop Abdul Mutalib Bin Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Abdul Rani Bin Y. Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja VIII Ngah Lasam Bin Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Taarim Bin Y.D.H. Toh Seri Raja Uda Ngah Sudin Bin Y. Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja IV Toh Changkat Sega Bin Y. Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja II Toh Tambak Bin Y. Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja I Toh Chandang Bin Y. Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Bangsa Diraja Toh Changkat Piatu) yang juga adalah pangkat Bapa Saudara kepada Ayahanda Ku (Ayahanda kepada pelakon 60an Iaitu Noor Azizah, kini Datin) dan semasa majlis perkahwinan Datin Noor Azizah, hantaran kahwin dibuat oleh moyang ku dan Ayahanda Datin Noor Azizah memanggil moyang ku dengan panggilan Mak Su. banyak lagi lah kaum kerabat yang belum ku ketahui) Kerana Ayahanda berkata Pada Ku "Kalau Ku Ingin Mencari Saudara Mara Sebelah Ayahanda Ku...! Ku Harus Mencari Sendiri Bukan Dengan Panduan Dari Ayahanda Ku". ayahanda ku juga penah di tawarkan untuk menjadi Pemandu Raja Muda Selangor oleh Engku Maha Kurnia Bijaya Amar Diraja Iaitu YM Raja Dato' Haji Abd Hamid Bin Almarhum Ungku Panglima DiRaja, Raja Nong Bin Almarhum Raja Haji Husain Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibu'llah juga merupakan pangkat Bapa saudara kepada ayahanda ku. (Ketika itu Raja Muda adalah Raja Idris Shah kini dah jadi DMYM Paduka Sri Sultan Selangor). YM Raja Dato' Haji Abd Hamid Bin Almarhum Raja Nong adalah Bapa saudara kepada DYMM Paduka Sri Sultan Saraffuddin Idris Idris Shah, walaupun beliau masih lagi hidup dan merupakan Orang Besar di Istana Alam Shah lagi tetapi ayahanda ku tidak mahu membawa ku berjumpa mahupun mengenalkan ku dengan saudara mara beliau di sana. Pendek kata semua orang-orang yang terdapat didalam Istana Alam Shah adalah pangkat Atuk ku. Itu yang dimaklumkan oleh ayahanda ku kepada ku. kalau ku pergi Istana Alam Shah dan sebutkan saje nama Moyang ku, Insyallah orang kat Istana tahu... Tapi ku takut nanti orang kata jual nama ataupun kita nie orang susah mana layak nak berjumpa dengan saudara mara ku yang di atas (kesenangan). senang cakap semua anakanda kepada Alhmarhum Sultan Sir' Alauddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa (9 orang isteri dan 44 Orang Anak) Adalah Pangkat Bapa dan Atuk Saudara dengan Ayahanda Ku. Ku Mengetahui Perkara Ini Ketika Berusia 18 Tahun ketika itu ayahanda ku menceritakan sedikit demi sedikit, tetapi tidak semua kerana ayahanda ku pasti akan marah dan mengatakan yang beliau hanya kenalan sahaja dan kalau dengan nenda ku terus mengatakan yang Sultan sekarang tidak Berdaulat lagi. Ayahanda ku punya Bapa (Atuk Ku Sebelah Ayahanda) Adalah Berdarah RAWA-BUGIS dari Keturunan Raja Pagar Ruyung yang mana mempunyai DAULAT DAN SUMPAHAN yang tinggi dan merupakan dari keturunan Pawang Besar (berasal dari Batak Rabit dari keturunan Panglima Perang (JIN-JIN PERANG) yang berperang di Bidor) semasa hayatnya Moyang Nenda ku di TAPAH, Perak dan di pendekan Cerita, Diri Ku Banyak Pantang Larang Dan Sumpahan. Seperti Contoh:- Atuk Nenek (Keturunan) ku menyumpah 7 keturunan ku tidak boleh menghampiri kucing hitam, pakai serba hitam, buaiyan rotan, makan daging Kerbau Balau dll yang tidak ku ketahui. ku baru keturunan ke 6 dan keturunan ku hanya boleh mengenakan Pakaian Serba Kuning(Kuning DiRaja) dalam perkahwinan dan lain-lain lagi majlis. Atuk ku juga Cucu cicit PUTERI BUIH, semasa Perang Orang Rawa dengan Orang Perak dan berkaitan dengan TIANG BERTARAH., Nenda ku punya ayahanda, sebelah ayahanda ku (Moyang ku sebelah opah perempuan) semasa hayatnya selalu dan sering Layurkan Buluh Kuning (Buluh Kuning Kepunyaan Moyang Ku) dengan API tetapi buluh kuning tersebut tidak layu-layu walaupun dilayur seberapa lama dan semasa Moyang ku meninggal dunia..! Buluh Kuning tersebut yang tidak layu pun layu dengan tiba-tiba juga... pelikkan.... tapi itu lah realiti dan hakikatnya. Ayahanda ku tidak boleh menjejakkan kaki di Bukit Melawati, Kuala Selangor Kerana Telah Membuang Cindai (Benda Jahat) yang mana, Cindai ini dari gundik kepada Al-Marhum Sultan Sir' Alauddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa. Ketika Ayahanda Ku Kecil gundik tersebut telah memberi ayahanda ku makan sesuatu (benda kotor).. Kenapa Yea…? Banyak kemusykilan dalam diri ku nie… dan ku harap ku boleh jejakkan kaki ke Bukit Melawati tetapi takut kiranya terjadi sesuatu pulak kerna darah yang mengalir didalam diri adalah dari ayahanda ku juga... Bonda Ku…! Bonda Ku Cuma Orang biasa saja (Asal Usul Dari Pattani) Pasal Tue lah Nenda Ku (Sebelah Ayahanda Ku) Tidak berkenan dengan Bonda Ku tetapi kini Nenda ku telah pun menyukai bonda ku. Walau apa pun, ku akan terus mencari keturunan ku kerana ku adalah Anak Lelaki Sulung dan Cucu Lelaki Sulung dari Keturunan Ayahanda Ku (Pewaris Paling Kuat dalam Keturunan Ayahanda dan Nenda ku Anak Sulung Lelaki). Banyak Lagi Kisah Tentang Ayahanda Ku Dan Cerita Tentang Asal Usul Raja yang Ayahandak Ketahui dan ceritakan kepada ku. Seperti Keturunan Puteri Buih Dll. Hah....! Ayahanda Ku juga memanggil Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Nur Saidatul Ihsan Binti YAM Raja Bendahara Tengku Bahdar Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Bonda Kepada Sultan Idris Shah (Sultan Selangor kini) dengan panggilan Emak bukan emak engku pernah ayahanda ku memanggil dengan panggilan Emak Engku.! beliau terus marah dan katakan. adakah darah beliau berwarna putih, kalau darah beliau berdarah putih barulah layak dipanggil emak engku, kerna kata beliau cuma terdapat tiga (3) orang sahaja yang berdarah putih yang beliau ketahui iaitu Mahsuri, Puteri Saadong dan seorang lain puteri yang ku dah lupa siapa. Tujuan ku ceritakan dan menerangkan tentang Diri Ku di sini adalah untuk. rakan-rakan dan kenalan fahami tentang (KETURUNAN). Walaupun didalam Kad Pengenalan Nama Ku bukan tertulis Nama Tengku mahupun Raja Muhamad Adha Tetapi Muhamad Adha saja… Akan Tetapi Amat Penting Untuk Kita Mencari Dan Mengenali Salsiah Keturunan Kita...! Ku Boleh Mengunakan Nama Raja atau Tengku, itu yang ayahanda ku katakan semasa kekanda ku ingin berkahwin, (ketika itu ayahanda ku terlepas cakap), kerana setitik darah raja mengalir raja lah dia cuma yang berbezakan adalah Raja Berdaulat tau pun tidak Berdaulat………Walau Apa Pun, Seperti Kata Bonda Ku "APA ADA DENGAN NAMA" betul.! tetapi selagi hayat di kandung badan, masa itu lah kita harus mengenali dan mengetahui tentang Asal Usul Keturunan, agar ia terus dipelihara dan menjaga nama baik keturunan agar ia terus mekar di telan zaman… Kalau Ku Ceritakan Lagi Sampai 7 Hari 7 Malam Tak habis..... Sungguh Panjang Cerita Nie..... Tp Biar Lah Sampai Setakat Nie Sahaja... Sekian.... Wasalam... perkara yang lama tidak harus di ungkit tetapi cukup mencari kebenaran dalam kehidupan yang singkat atas Alam Maya yang serba indah.****************************************************** *****Kini Ku Senang Mengkaji Dan Mencari Asal Usul Keturunan Rawa @ Roa Yang Mana Kebanyakkan Orang Rawa Nie Berasal Tanjung Alai, Mapat Tunggal, Rao, Sumatera Barat. *****Penghijrahan Beramai-Ramai Suku Kaum Rao Ke Tanah Melayu.***************************************************** ***********Berlaku Semasa Perang Padri (1816-1833) Di Indonesia Semasa Zaman Pemerintahan Penjajah Belanda. Sebahagian Besarnya Terdiri Daripada Golongan Istana, Para Ulama, Cendekiawan, Panglima Dan Sebagainya.************************************************* ********** Berikut Ialah Proses Penghijrahan Rao Mengikut Negeri: • Negeri Sembilan • Penghijrahan Ke Seri Menanti Di Sekitar Tahun 1773 Dan Melalui Sungai Ujong (Seremban) Di Sekitar Tahun 1848******************************************************** *** • Negeri Pahang • Penghijrahan Melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) Sekitar Tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka Dll.******************************************************** ***• Negeri Selangor • Penghijrahan Melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) Dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) Sekitar Tahun 1867- 1873. Pelopornya Belum Lagi Dapat Dikenalpasti.*********************************************** ************• Negeri Perak • Penghijrahan Melalul Sungai Perak, Sungal Bidor Dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) Sekitar Tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih Dll.******************************************************** ***• Negeri Kelantan • Catatan Sejarah Juga Menunjukkan Bahawa Suku Kaum Rao Turut Berhijrah Ke Kelantan Melalul Pahang, Khususnya Di Jajahan Pasir Mas Melaiui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.**************************************************** *******Apa Bila Ku Mencari Dan Mengkaji Salsiah Dan Susur Raja-Raja Nusarantara Terdapat Beberapa Salasilah Kesultanan Adalah Ahlul Bait Rasaullulah Saw Di Alam Nusantara Melalui Sumber Yang Boleh Di Kenalpasti... Waullah Wuallam...* html td.text td.text table table td div img {width:80px

My Interests

Ahli Keluarga dan rakan-rakan ku alam

I'd like to meet:

************************************************************ ******** ************************************************************ ******** BADEK BERKAT DI BERI NAMA. INDAH UKIRAN HIASAN PURNAMA. WALAU PUN KECIL ANEH DI RUPA. RIBUT TAUFAN & BADAI BESAR. KU JADIKAN BAHAN KETAWA. ************************************************************ ******** TIDAK KU GENTAR TENTANG SEMUA. WALAU HALILINTAR MEMBELAH DUNIA. AKULAH PUSAKA SERBA GUNA. *********************************************************** ""Hidup seperti Anak Panah Yang Telah Mempunyai Sasaran Yang Tepat Tapi Apabila Anak Panah Tersebut Hendak Mencapai Sasaran Ianya tersasar dikala Ditiup Angin Dan Beralih Disasaran Yang Hendak Dituju... Dalam Setiap Matlamat Yang Di Impikan Dalam Kehidupan"".

Music:

************************************************************ **** FAQIH ALI AL-MALBARI MOYANG DAN ULAMA RAJA-RAJA MELAYU. ************************************************************ **** Faqih Ali al-Malbari Terdapat percanggahan pendapat mengenai negeri asalnya kerana ada pendapat mengatakan beliau berasal dari negeri Malabar (India) dan pendapat yang lain pula mengatakan berasal dari negeri Bugis (Sulawesi Selatan, Indonesia). ************************************************************ **** Dalam zaman yang sama, terdapat seorang lagi tokoh yang bernama Syeikh Faqih Ali yang berasal dari Patani yang dikatakan orang yang sama dengan Faqih Ali al-Malbari atau Andi’ Ali, kerana sama-sama menjalankan aktiviti di Sulawesi Selatan, Johor, Kelantan dan Patani.Namun demikian, penulis tidak dapat memastikan tentang perkara tersebut, apakah benar orang yang sama atau tokoh yang berlainan. Tetapi dapat dipastikan bahawa tokoh yang akan diperkenalkan ini adalah seorang tokoh besar dunia Melayu yang mempunyai zuriat yang ramai menjadi ulama dan raja dalam beberapa kerajaan di Patani dan Kelantan, bahkan terdapat juga di beberapa tempat-tempat lain dunia Melayu. ************************************************************ **** ASAL USUL ************************************************************ **** Dalam buku yang bertajuk Ringkasan Cetera Kelantan oleh Datuk Nik Mahmud, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, ada menyatakan seperti berikut, “Syahdan pada suatu masa, bulan sedang mengambang, di tepi langit, tersebutlah anak raja Bugis lari daripada saudaranya. Menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri di rumah Laksamana Kota Tinggi. Dipanggil orang ‘Andi’ Ali’. Tatkala Laksamana memandang kepadanya, berasa kasihan belas, dan dipeliharakannya sebagai anak sendiri. Tidak berapa tahun kemudian daripada itu, dijodohkan dengan anaknya yang bernama ‘Wan Tija’. Tidak berapa lama lepas itu, Andi’ Ali serta dengan isterinya pun beredar ke Patani. Menumpang di rumah Mekong Damit, Kampung Bira, pada tahun Hijrah 1049 (kira-kira 1640M). Maka kerana lemah lembut tingkah lakunya, dan berpelajaran, orang di Patani memanggilnya Faqih Ali. Di situ ia beristeri Cik Dewi anak Seri Biji Diraja. Faqih Ali beroleh beberapa anak laki-laki dan perempuan dengan kedua-dua isterinya (Wan Tija dan Cik Dewi)…” Dalam salah satu salasilah yang penulis peroleh dari Terengganu ada tertulis seperti berikut, “Faqih Ali Malbari, asal anak raja Bugis keluar daripada negerinya pergi ke Malabar kerana menuntut ilmu agama dan tinggal di sana dengan menyembunyikan bangsanya. Dan menamakan dirinya Faqih Ali, kemudian masuk ke Johor dan ke Patani. Anak cucunya di Patani, di Kelantan, di Terengganu, dan seluruh negeri Melayu.”Riwayat yang lain pula berdasarkan beberapa silsilah terutama yang ditulis oleh Haji Nik Ishak, Tingkat, Kelantan, yang menyatakan bahawa Andi’ Ali itu namanya juga ialah Syeikh Ali al-Malbari. Namun begitu, riwayat tokoh ini masih kabur kerana dalam versi yang lain dikatakan beliau berasal dari negeri Bugis dan ada pula yang menyebut dari Malabar. Malahan yang lebih menyukarkan apabila dikatakan salasilah yang ditemui di Patani menyebut bahawa Syeikh Shafiyuddin Datuk Pujuk Pemerintah Patani adalah anak Faqih Ali al-Malbari.Sekiranya Syeikh Shafiyuddin yang dimaksudkan adalah yang bergelar Tok Raja Faqih, maka cukup jelas bahawa ia tidak tepat. Namun jika yang dimaksudkan adalah orang lain, masih boleh diambil kira sebagai satu catatan salasilah yang betul.Adapun gelaran Tok Raja Faqih yang dimaksudkan tersebut adalah seorang tokoh Patani yang bernama Faqih Ali, iaitu putera Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Tarikh Patani dalam bahasa Melayu yang berdasarkan karya datuk/neneknya Syeikh Shafiyuddin yang ditulis dalam bahasa Arab. Faqih Ali ini adalah seorang pembesar Patani yang digelar Datuk Maharajalela. Beliaulah yang mencari bantuan kerajaan Bone di Sulawesi apabila terjadinya peperangan antara Patani dengan Siam tahun 1632 M.Diriwayatkan bahawa beliau wafat di Sulawesi dan juga dikatakan beliau pulang ke Semenanjung dengan menggunakan nama Faqih Ali al-Malbari atau Andi’ Ali itu. Namun, masih sukar untuk dipastikan apakah yang bernama Faqih Ali itu hanya seorang atau dua atau tiga orang yang bernama sama tetapi hidup sezaman. Oleh kerana Faqih Ali al-Malbari tidak diketahui nama orang tuanya, maka masih belum boleh disimpulkan pendapat bahawa tokoh yang dimaksudkan hanya seorang sahaja, iaitulah Faqih Ali, pembesar Patani tersebut. Nama orang tuanya ialah Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin, iaitu Tok Raja Faqih. ************************************************************ **** Terdapat pendapat yang lain pula, dikatakan bahawa Faqih al-Malbari adalah saudara kandung Ibrahim Datu Kelantan VI (1632-1637 M) yang digelar dengan Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrp yang menjadi raja di Campa tahun 1637 - 1648 M. Namun masih timbul keraguan kerana dikatakan bahawa ayah Faqih Ali dan Ibrahim bernama Mustafa Datu Jambu bergelar Sultan Abdul Hamid Syah atau Ong Tpouo atau Po Rome yang kemudiannya bergelar Raja Sri Sarvasades, iaitu raja Campa tahun 1577 - 1637 M.Ayahnya pula bernama Abdul Muzaffar Waliullah. Berpunca daripada Abdul Muzaffar inilah menurunkan ulama-ulama dan tokoh-tokoh besar Patani, Kelantan, Terengganu dan lain-lain termasuklah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani dan ramai lagi.Namun dalam penemuan penulis yang berdasarkan silsilah yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani di Makkah, nenek moyang mereka ialah Syeikh Ibrahim bin Abar al-Hadhrami. Perkara ini pertama kali penulis perkenalkan dalam Konvensyen Sejarah Kedah pada tahun 1996, dengan kertas kerja yang berjudul ‘Hubungan Ulama Patani dan Kedah: Kekeluargaan, Pertalian Ilmu dan Karya.’Apabila dibandingkan dengan catatan-catatan yang lain, beliau juga bernama Syeikh Ibrahim al-Hadhrami bin Saiyid Jamaluddin al-Kubra. Di Patani, beliau memperolehi lima orang anak yang menjadi tokoh dan ulama. Bermula kelima-lima anak beliau itu lahirnya ulama Patani dan Semenanjung yang sangat ramai. Beliau pergi pula ke Kemboja dan memperolehi beberapa orang anak, salah seorang daripadanya ialah Raden Rahmatullah atau Raden Rahmat yang kemudiannya lebih masyhur dengan gelaran ‘Sunan Ampel’, iaitu salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan di Jawa. ************************************************************ **** Adapun Abdul Muzaffar Waliullah pula adalah bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah atau lebih terkenal dengan gelaran Sunan Gunung Jati yang menyebarkan Islam di Jawa Barat. Melalui beliaulah berkembangnya ulama-ulama dan sultan-sultan Banten. Beliau juga adalah termasuk salah seorang dalam Wali Songo atau Wali Sembilan. Saudaranya pula ialah Sultan Babullah (Sultan Ternate). Ayah Abdul Muzaffar Waliullah, juga ayah kepada Sunan Gunung Jati dan Sultan Babullah ialah Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau Wan Abu atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau Maulana Israil iaitulah raja Campa tahun 1471 M. Manakala ayahnya pula ialah Saiyid Ali Nur Alam. ************************************************************ **** TERDAPAT DUA KERAJAAN PATANI ************************************************************ **** Yang dimaksudkan “terdapat dua kerajaan Patani” ialah sebuah Kerajaan Patani terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu (sudah diketahui ramai) dan sebuah lagi yang terletak di Pulau Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia. Sekiranya benar Sultan Babullah (Sultan Ternate) adalah putera Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin (Cam) yang asal usulnya dari Patani maka tidaklah mustahil bahawa kerabat Diraja Patani di utara Semenanjung Tanah Melayulah yang mengasaskan Kerajaan Patani di Ternate (Halmahera). Dengan informasi di atas dapat dipastikan bahawa sejak lama ada hubungan antara Patani, Cam/Campa/Kemboja, Jawa, Ternate, dan tempat-tempat lainnya. Sehubungan dengan wujudnya dua Kerajaan Patani (di Segenting Kera dan Ternate) telah disebut mengenainya oleh Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi di dalam Pendidikan Islam di Malaysia (manuskrip) katanya, “…sebuah negeri bernama Patani di Halmahera, dalam daerah Tidore, di Timur Laut Semenanjung Halmahera berbatasan dengan daerah Maba dan Weda…” dan juga telah disebut oleh Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama(Dr.) Haji Awang Muhammad Jamil Al-Sufri di dalam bukunya Tarsilah Brunei tertulis …” Sheikh Amin dan Sheikh Umar menyebarkan agama Islam di Halmahera Belakang, Maba, Patani dan sekitarnya…”. ************************************************************ **** Dengan terdapatnya informasi ini maka masih dapat diambil kira bahawa ada hubungan antara Patani (Segenting Kera) dengan Patani di (Ternate), dan dapat diterima akal bahawa melalui jalur dari Patani ke Cam sehingga melahirkan sekurang-kurangnya tiga orang bersaudara, iaitu: Abdul Muzaffar Waliyullah, Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) dan Sultan Babullah (Sultan Ternate). Ketiga-tiganya adalah cucu Saiyid Ali Nur Alam, yang dibesarkan di Patani dan ramai keturunannya di sana. Baik salasilah Faqih Ali mahu pun salasilah Saiyid Ali nur Alam yang menurunkan tokoh-tokoh yang tersebut bercampur aduk dan membaur, masih sukar mencari titik temu secara pasti. Salasilah pila terdiri berbagai-bagai versi ada yang sama dan ada yang sangat jauh perbezaan antara satu dengan lainnya. Banyak faktor yang menyebabkan demikian di antaranya ialah kadang-kadang seorang tokoh mempunyai dua nama atau tiga nama gelar.****************************************************** ********** KETURUNAN FAQIH ALI AL-MALBARI ************************************************************ **** Menurut Datuk Nik Mahmud dalam buku Ringkasan Cetera Kelantan, bahawa Faqih Ali/Andi’ Ali mempunyai anak yang ramai tetapi yang dijelaskan namanya dalam salasilah ialah: ************************************************************ **** 1. Wan Derahman 2. Wan Namah 3. Wan Nik (Datuk Wan) 4. Wan Siti ************************************************************ **** Salasilah versi Patani pula menyebut anak-anak Faqih Ali al-Malbari seperti berikut : * Syeikh Shafiyuddin (Datuk Pujuk Pemerintah Patani) * Nik Din Menteri Lagi Pahlawan Bagi Datuk Pujuk 1 * Wan Ismail Tok Kaya Pandak/Pendek * Tok Kaya Rakna Diraja * Wan Faqih Husein * Wan Nguk (isteri Tok Kaya Banggul) ************************************************************ **** Salasilah versi Terengganu pula adalah sama dengan versi Patani, tetapi tiada dinyatakan dua nama iaitu Syeikh Shafiuddin dan Nik Din. Manakala Wan Nguk pula ditambah namanya juga Wan Ngah, isteri Tok Kaya Banggul, anak cucunya keturunan kepada Wan Ahmad di Perlis. Silsilah keturunan tokoh ini jika dijabarkan keseluruhannya memerlukan keterangan yang panjang dalam sebuah buku. Oleh itu, penulis dapat nyatakan beberapa keturunan beliau yang menjadi tokoh dan ulama penting dunia Melayu, antaranya adalah: Syeikh Abdul Qadir al-Fathani, seorang ulama yang mendidik ramai ulama Terengganu. Salasilahnya : Syeikh Abdul Qadir al-Fatani Bukit Bayas bin Tok Wan Abdur Rahim bin Tok Wan Deraman bin Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/Pendek.********************************************** ****************** Syeikh Nik Mat Kecil al-Fathani, penyusun Matla’ al-Badrain yang terkenal. Silsilahnya : Syeikh Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Haji Wan Tih, ibunya Wan Nik/Tok Wan Ti suaminya Wan Zubeid/Tok Wan Dahit, Wan Nik binti Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/Pendek. ************************************************************ **** Long Yunus. Silsilahnya : Long Yunus bin Long, Sulaiman bin Tuan Besar (Long Baha) Datuk Kelantan bin Wan Daim (Datu Pangkalan Tua) Raja Patani bin Wan Nik (Datuk Wan). Datuk Nik Mahmud, Datuk’ Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan menulis bahawa tiga anak Datuk Pangkalan Tua Raja Patani (Wan Daim) telah menghadap Raja Umar Jembal dan ketiga-tiganya berkahwin di Kelantan. Mereka adalah: * Tuan Sulung dikahwinkan dengan Cik Biru anak Penghulu Hitam Kampung Laut. * Tuan Besar dikahwinkan dengan Raja Pah puteri Raja Umar. * Tuan Senik dikahwinkan dengan Cik Seku anak Penghulu Deramat Kampung Geting, menjadi Raja di negeri Bukit Jarum Legih, kotanya bernama Kota Pasir Mas. ************************************************************ **** Huraian susur galur salasilah yang dinyatakan dalam rencana ini hanya sebahagian sahaja, ini kerana keturunan beliau sangat ramai yang menjadi tokoh sama ada yang menjadi ulama mahupun menjadi sultan. Tetapi penulis tidak dapat menyenaraikan kesemuanya sekali, hanyalah sebagai pengenalan ringkas mengenainya. Sebagai penutupnya, penulis menyimpulkan bahawa sekiranya ditulis salasilah yang lengkap, boleh dikatakan kebanyakan golongan raja-raja Melayu mempunyai kaitan sebagai keturunan Faqih Ali al-Malbari, baik dari pihak sebelah lelaki mahupun dari pihak sebelah perempuan.

Movies:

.. GALERI DIRAJA

Television:

OST korea dan Japan Drama serta lain-lain cerita yang ditayangkan di tv mengikut keadaan dan keselesaan.

Books:

*********************************************************** MENCINTAI KELUARGA RASULULLAH SAW. *********************************************************** Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani). *********************************************************** Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad) *********************************************************** *********************************************************** AHLIL-BAIT (Bahasa Arab) adalah istilah yang berarti "ORANG RUMAH" atau KELUARGA. Dalam tradisi Islam istilah itu mengarah kepada keluarga Muhammad. Terjadi perbedaan dalam penafsiran baik Muslim Syi'ah maupun Sunni. Syi'ah berpendapat bahawa Ahlul Bait mencakup lima orang yaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Husain sebagai ANGGOTA AHLUL-BAIT(di samping Muhammad). *********************************************************** Sementara Sunni berpendapat bahwa Ahlul Bait adalah keluarga Muhammad dalam arti luas, meliputi ISTERI-ISTERI dan CUCU-CUCUNYA, hingga terkadang ada yang memasukkan MERTUA-MERTUA dan MENANTU-MENANTUNYA.. *********************************************************** Kaum Syi’ah lebih mengkhususkan istilah Ahlul Bait Muhammad yang hanya mencakup Ali dan istrinya Fatimah, putri Muhammad beserta putra-putra mereka yaitu Al-Hasan dan Al-Husain (4 orang ini bersama Muhammad juga disebut Ahlul Kisa atau yang berada dalam satu selimut) dan keturunan mereka. *********************************************************** Makna “Ahl” dan “Ahlul Bait” dalam pengertian leksikal berarti penghuni rumah, termasuk isteri dan anak-anak. Pengertian ini dianut sebagian kalangan Sunni dan Salafi, yang menyatakan bahwa ahlul bait Muhammad mencakup pula istri-istri, mertua-mertua, juga menantu-menantu dan cucu-cucunya. *********************************************************** Hal ini diperkuat pula dengan hadits-hadits seperti contoh berikut:- Aisyah menyatakan bahawa pada suatu pagi, Rasulullah keluar dengan mengenakan kain bulu hitam yang berhias. Lalu, datanglah Hasan bin Ali, maka Rasulullah menyuruhnya masuk. Kemudian datang pula Husain lalu beliau masuk bersamanya. Datang juga Fathimah, kemudian beliau menyuruhnya masuk. Kemudian datang pula Ali, maka beliau menyuruhnya masuk, lalu beliau membaca ayat 33 surah al-Ahzab, ""Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya””************************************ *********************** SALASILAH BEBERAPA KESULTANAN AHLUL BAIT *********************************************************** DI ALAM NUSANTARA *********************************************************** ***********************************************************P ENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI BRUNEI *********************************************************** Syarif ‘Ali Ibn Syarif Ajlan Ibn Syarif Rumaithah Ibn Sharif Muhammad Abu Nu’may Ibnu Syarif Abu Sa’ad Al-Hassan Ibnu Syarif ‘Ali Al-Akbar Ibnu Syarif Qitadah Ibnu Syarif Idris Ibnu Syarif Muta’in Ibnu Syarif Abdul Karim Ibnu Syarif Isa Ibnu Syarif Al-Hussein Ibnu Syarif Sulaiman Ibnu Syarif ‘Ali Ibnu Syarif Abdullah Ibnu Syarif Abu Ja’afar Muhammad Ibnu Syarif Abdullah Al-Akbar Ibnu Syarif Muhammad At-Thaer Ibnu Syarif Musa Ath-Thani Ibnu Syarif Abdullah Asy-Saleh Ibnu Musa Al-Jaun Abdul Hasan Ibnu Abdullah Al-Muhudh Ibnu Syarif Hassan Al-Muthanna Ibnu Sayyidina Hassan As-Sibti Ibnu Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW . *********************************************************** PENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI PERLIS *********************************************************** Sayyid Ahmad Ibni Sayyid Hussin Ibni Sayyid Abdullah Ibni Sayyid Aqil Ibni Sayyid Abdullah Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Salim Ibni Sayyid Ahmad Ibni Sayyid Abdul Rahman Ibni Sayyid Ali Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Hassan Al-Muallim Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Hassan Ibni Sayyid Ali Ibni Muhammad Fakeh Al- Maqdam Ibni Ali Ibni Muhammad Sahib Mirbath Ibni ‘Ali Khali’ Qasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawi Ibni Al-Syeikh Ubaidillah Ibni Ahmad Muhajirullah Ibni ‘Isa Al-Rumi Ibni Muhammad Al-Naqib Ibni ‘Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar As-Sadiq Ibni Muhammad Al-Baqir Ibni ‘Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW *********************************************************** PENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI PONTIANAK *********************************************************** Sayyid Abdul Rahman Al-Qadri Ibni Sayyid Hussin Ibni Sayyid Ahmad Ibni Sayyid Hussein Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Salim Ibni Sayyid Aqil Ibni Sayyid Abdullah Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Salim Ibni Sayyid Ahmad Ibni Sayyid Abdul Rahman Ibni Sayyid Ali Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Hassanal-Muallim Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Hassan Ibni Sayyid Ali Ibni Muhammad Fakeh Al-Maqdam Ibni Ali Ibni Muhammad Sahib Mirbath Ibni ‘Ali Khali’ Qasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawi Ibni Al-Syeikh Ubaidillah Ibni Ahmad Muhajirullah Ibni ‘Isa Al-Rumi Ibni Muhammad Al-Naqib Ibni Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar As-Sadiq Ibni Muhammadbaqir Ibni Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW. *********************************************************** PENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI KELANTAN DAN PATTANI (SIAM) LAMA *********************************************************** Sultan Adiluddin Ibni Nik Jamaluddin Ibni Wan Abul Muzaffar Ibni Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) Ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) Ibni Jamaluddin Al-Husain (Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) Ibni Ahmad Syah Jalal Ibni Abdullah Ibni Abdul Malik Ibni Alawi Amal Al-Faqih Ibni Muhammad Syahib Mirbath Ibni ‘Ali Khali’ Qasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawi Ibni Al-Syeikh Ubaidillah Ibni Ahmad Muhajirullah Ibni ‘Isa Al-Rumi Ibni Muhammad Naqib Ibni Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar As-Sadiq Ibni Muhammad Al-Baqir Ibni ‘Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW . *********************************************************** PENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI KELANTAN MODEN *********************************************************** Long Baha Ibni Wan Daim Ibni Nik Mustapha (Po Rome) Ibni Wan Abul Muzaffar Ibni Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) Ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) Ibni Jamaluddin Al-Husain ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) Ibni Ahmad Syah Jalal Ibni Abdullah Ibni Abdul Malik Ibni Alawi Amal Al-Faqi H Ibni Muhammad Syahib Mirbath Ibni ‘Ali Khali’ Qasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawi Ibni Al-Syeikh Ubaidillah Ibni Ahmad Muhajirullah Ibni ‘Isa Al-Rumi Ibni Muhammad Naqib Ibni ‘Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar As-Sadiq Ibni Muhammad Al-Baqir Ibni ‘Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW. *********************************************************** PENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI CHAMPA *********************************************************** Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) Ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) Ibni Jamaluddin Al-Husain ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) Ibni Ahmad Syah Jalal Ibni Abdullah Ibni Abdul Malik Ibni Alawi Amal Al-Faqih Ibni Muhammas Syahib Mirbath Ibni ‘Ali Khali’ Qasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawi Ibni Al-Syeikh Ubaidillah Ibni Ahmad Muhajirullah Ibni ‘Isa Al-Rumi Ibni Muhammad Naqib Ibni ‘Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar As-Sadiq Ibni Muhammad Al-Baqir Ibni ‘Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW . *********************************************************** PENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI MAGUINDANAO *********************************************************** Syarif Muhammad Kebungsuwan Ibni Syarif Ali Zainal Abidin Ibni Sayyid Abdullah Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Ali Ibni Sayyid Abdullah Ibni Sayyid Alawi Amal Al-Faqih Ibni Sayyid Muhammad Shahib Mirbath Ibni Ali Khali’ Qasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawi Ibni Ubaidillah Ibni Ahmad Muhajirullah Ibni Isa Al-Rumi Ibni Muhammad Naqib Ibni Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar As-Sadiq Ibni Muhammad Al-Baqir Ibni Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW. *********************************************************** PENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI SULU *********************************************************** Sayyid Abu Bakar Ibni Syarif Ali Zainal Abidin Ibni Sayyid Muhammad Ibni Sayyid Ali Ibni Sayyid Abdullah Ibni Sayyid Alwi Ibni Sayid Muhammad Shahib Mirbath Ibni Ali Khali’ Qasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawi Ibni Ubaidillah Ibni Ahmad Muhajirullah Ibni Isa Al-Rumi Ibni Muhammad Naqib Ibni Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar As-Sadiq Ibni Muhammad Al-Baqir Ibni Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW. *********************************************************** PENGASAS KESULTANAN AHLUL BAIT DI BANTEN DAN CIREBON *********************************************************** Syarif Hidayatullah Ibni Abdullah (Umdatuddin) Ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) Ibni Jamaluddin Al-Hussein ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) Ibni Ahmad Syah Jalal Ibni Abdullah Ibni Abdul Malik Ibni Alawi Amal Al-Faqih Ibni Muhammad Shahib Mirbath Ibni Ali Khali’ Qasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawi Ibni Ubaidillah Ibni Ahmad Muhajirullah Ibni Isa Al-Rumi Ibni Muhammad Naqib Ibni Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar As-Sadiq Ibni Muhammad Al-Baqir Ibni Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW *********************************************************** Salasilah Tun Habib Abdul Majid, Bapa Kesultanan PAHANG, TERENGGANU & JOHOR (serta RIAU dan SELANGOR Dari Sebelah Cucundanya Tengku Mandak Binti Almarhum Sultan Abdul Djalil IV Riayat Shah Ibni Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Majid Ibni Bendahara Maharaja Sri Diraja Ibni Syed Ali Zainal Abidin Ibni Abdullah Ibni Syeikh Ibni Abdullah Ibni Syeikh Ibni Abdullah Ibni Abu Bakar As-Syukran Ibni Abdul Rahman As Saqaf Ibni Muhammad Mauli Ad Dawilah Ibni Ali Ibni Alwi Ibni Muhammad Faqih Al Muqaddam Ibni Ali Ibni Sayyid Muhammad Mirbath Ibni Ali Khlaiq Khasam Ibni Alawi Ibni Muhammad Ibni Alawiy Ibni Ubaidillah Ibni Ahmad Al-Muhajir Ibni Isa Ar-Rumi Ibni Muhammad An-Naqib Ibni Ali Al-Uraidhi Ibni Jaafar Sadiq Ibni Muhammad Baqir Ibni Ali Zainal Abidin Ibni Sayyidina Al-Hussein Ibni Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW. . *********************************************************** KESIMPULAN *********************************************************** Pembentukan Dinasti-Dinasti Quraisy Jurai Bani Hasyim Di Alam Melayu Telah Menyumbang Ke Arah Menjadikan Agama Islam Sebagai Salah Satu Daripada Ciri-Ciri Utama Dan Terpenting Bagi Bangsa Melayu Tersebut. Begitu Sebati Identiti Ini Sehingga Pepatah ‘Melayu Itu Islam’ Menjadi Ungkapan Yang Lazim. Bukti Kukuh Akan Peranan Dan Pengaruh Dinasti-Dinasti Quraisy Ini Juga Boleh Didapati Dengan Memerhatikan Bahawa Mazhab Syafiee Merupakan Aliran Feqah Alam Melayu. Ini Adalah Kerana Pengasas Mazhab Syafiee, Iaitu Imam Syafiee Merupakan Seorang Ahlul Bait Rasulullah SAW Sendiri, Iaitu Seorang Arab Quraisy Dari Jurai Bani Hasyim. Oleh Itu Tidaklah Menghairankan Bahawa Aliran Mazhab Imam Syafiee Menjadi Aliran Feqah Rasmi Semenjak Awal Kedatangan Islam Di Dunia Sebelah Sini. *********************************************************** Dinasti-Dinasti Quraisy Telah Membuktikan Keunggulan Mereka Dalam Menangani Kuasa-Kuasa Penjajah. Walaupun Tujuh Kuasa Penjajah Seperti Siam, Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, Perancis Dan Amerika Syarikat Secara Bersambung-Sambung Telah Menggempur Alam Nusantara, Namun Dinasti-Dinasti Quraisy Seperti Kesultanan-Kesultanan ACHEH, DEMAK, JOHOR, TERENGGANU, KEDAH, BANTEN, BRUNEI, TERNATE, PATANI, SULU Dan MAGUINDANAO Telah Mampu Membuktikan Ketokohan Dan Wibawa Mereka Sebagai Pejuang Dan Pahlawan Yang Menerajui Gerakan Jihad Islami, Gigih Mempertahankan Daulah-Daulah Islamiyyah Mereka Dari Dikeronyok Oleh Bangsa-Bangsa Penjajah Ini . Dalam Konteks Ini, Prof. Ismail Faruqi Menggelar Umat Melayu Sebagai: “One Of The Oldest And Bloodiest Struggle The Muslims Have Waged Against Christian-Colonialist Aggression. (Terjemahan : “Salah Satu Perjuangan (Melayu) Islam Yang Paling Lama Dan Sengit Dalam Menentang Keganasan Penjajahan Kristian.”) Sehingga Hari Ini Masih Banyak Lagi Kedapatan Dinasti-Dinasti Quraisy Di Alam Melayu Yang Teguh Berdiri Seperti “Kesultanan PERLIS, KELANTAN, TERENGGANU, SELANGOR, PAHANG, JOHOR Dan BRUNEI. Bagi Beberapa Kesultanan Ahlul Bait Rasulullah SAW Yang Telah Tumbang Akibat Siasah Penjajah, Cucu Cicit Kepada Raja-Raja Quraisy Dari Ahlul Bait ‘Gelombang Pertama’ Di Rantau Ini Masih Meneruskan Penentangan Mereka Melalui Gerakan-Gerakan Pemisah Seperti Di Acheh, Patani Dan Mindanao. Bandingkan Fakta Ini Dengan Raja-Raja Islam Asal Yang Lainnya Di Dunia, Yang Mana Kesultanan-Kesultanan Mereka Yang Telah Terlupus Kini Hanya Merupakan Sejarah Kegemilangan Daulah Kesultanan Nenek-Moyang Mereka Yang Tinggal Sebagai Suatu Nostalgia Manis Kenangan Silam Bangsanya. Hakikatnya, Dinasti-Dinasti Quraisy Jurai Bani Hasyim Alam Nusantara Telah Mampu Menyumbang Kepada Bangsa Melayu Akan Jati Dirinya Serta Pegangan Agamanya, Dan Segala Jasa Dinasti-Dinasti Ahlul Bait Tersebut Adalah Terlalu Besar Untuk Dinilai. ***********************************************************

Heroes:

*********************************************************** ALLAH SWT, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, Ahli keluarga, Para Rasul, Para Nabi, Para sahabat Baginda, para Ulama dan para Tabiin, Ayahanda Ku, Bonda Ku Dan Keturunan Ku :- *********************************************************** .-:Dari Tuhfat Al-Nafis, Raja Bugis Berasal Dari Puteri Balkis + Nabi Sulaiman AS, Zuriat Nabi Daud AS:- . *********************************************************** *********************************************************** ***Opu La Madusalat (La Madu Saleh)(Datu’ Of LUWU’ La Patiware’ Daeng Parebung), Towappangewa-Ruler Of Tanete (Mangkat 1611), Keluarga Petama Memeluk Islam*** . *********************************************************** *********************************************************** Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Sir Abd Samad Ibni Almarhum Ungku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Shah (Raja Lumu) Ibni Almarhum Opu Daing Pali, Raja Tua, Paduka Sri Raja Chelak, 2nd Yang di-Pertuan Muda of Riau Ibni Opu Ten-Ri Burang Daeng Rilaga Ibni Opu La Madusalat (La Madu Saleh) (‘Datu Of LUWU’ La Patiware’ Daeng Parebung) Ibni Letta Lenderang @ Lenderang Letok Bin Paduka Sawari Gading, Datu Of Luwu, Opunna Ware [Yang Dipertuan Diware] Bin Batara Lettu Ibni Batara Guru I.

My Blog

SUMPAHAN KETURUNAN YANG TIDAK BOLEH MAKAN DAGING KERBAU BALAU.

Cerita-Cerita Asal Usul Nama Tempat Atau Kejadian Pada zaman dahulu orang bangsa Pasai datang berkampung di tebing Sungai Perak. Mereka memelihara kerbau dan bercucuk tanam. Salah satu tanaman yang ...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Thu, 01 May 2008 03:16:00 PST

AHLUL BAIT RASULLULLAH SAW MEMERINTAH LIBYA

LIBYA The Sanussi Dynasty GENEALOGY  The Prophet Muhammad (praise be upon him) | Fatima az-Zahra (may God be pleased with her) m A...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Sat, 01 Mar 2008 10:03:00 PST

SEJARAH KAJANG

Jajahan-jajahan tersebut ialah Johor yang ditadbirkan oleh Datuk Nenek Kerbau, Jelebu pula diperintah oleh Datuk Jelondang dan Sungai Ujung yang diperintah oleh Batin Bercanggai Besi. Mengikut cerita ...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Sat, 23 Feb 2008 07:31:00 PST

FAQIH ALI AL-MALBARI MOYANG DAN ULAMA RAJA-RAJA MELAYU.

TOKOH yang diperkenalkan ini berbeza dengan beberapa tokoh bernama Ali yang pernah dibicarakan sebelum ini, iaitu Syeikh Wan Ali bin Ishaq al-Fathani, Syarif Ali Brunei dan Syeikh Ali bin Faqih al-Fat...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Sat, 23 Feb 2008 05:23:00 PST

BENDERA TENTERA CHINA ISLAM

BENDERA TENTERA CHINA ISLAMMe Rong - Naga Laut, Maha - Pembesar-, Wang Ser -puak tentera (bangsa harimau). Bendera ini dijumpai dalam website Maharaja China semenjak tahun 1996 lagi. Sekarang bendera ...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Thu, 31 Jan 2008 09:38:00 PST

LAKSEMANA CHENG HO @ SYED AJJAL

Menyelia wilayah Maharaja China Dinasti Ming di Selat Melaka dan Nusantara kerana berada dibawah naungan Maharaja Islam itu. Lihat gambar Naga pada baju baginda. Ayah dan datuk Cheng Ho turut pernah m...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Thu, 31 Jan 2008 09:35:00 PST

MAKAM DAENG PERANI

..> ..> DI MANA MAKAM DAENG PERANI Terdapat makam yang tidak bernama di dalam Makam Diraja Langgar. Mungkinkah salah satu milik Daeng Perani kerana dia adalah menantu Sultan Kedah ketika itu. ...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Wed, 05 Dec 2007 01:45:00 PST

SINOPSIS RAO (Rawa).

SINOPSIS RAO Pengenalan Rumpun Melayu ialah suatu bangsa yang amat kaya dengan kepelbagaian suku kaum; antaranya Jawa, Mandailing, Minang, Banjar, Acheh, Bugis dan sebagainya. Namun terdapat suatu s...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Sun, 14 Oct 2007 03:04:00 PST

Sumpahan KETURUNAN RAJA RAWA

Sumpahan KETURUNAN RAJA RAWASumpahan bermula berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari pengganti raja yang mangkat. Yang menjadi masalah dua putera almarhum te...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Sat, 04 Aug 2007 05:57:00 PST

PENGENALAN SEJARAH MUAR

PENGENALAN SEJARAH MUARPENGENALAN Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat ...
Posted by Tengku Adha @ Ku Alam on Sat, 28 Jul 2007 12:49:00 PST