(A)llure,(N)otwithstanding,(I)Intent,(T)alented,(A)ccomplish
ed
Anita Sarawak merupakan seorang penyanyi Malaysia yang pernah menerima anugerah dari "Asian Entertainment Establishment" kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia.
Dilahirkan kepada seorang penerbit filem dan ibunda yang merupakan seniwati filem yang mashyur, memang sudah menjadi takdir Anita bahawa dia akan menjadi bintang.
Anita bermula kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu dia berumur lima belas di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya. Dia telah banyak kali menerima anugerah piring emas.
Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, Anita menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar's Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas.
Kepopularannya disebabkan oleh usaha-usaha sentiasa mengubah gaya persembahannya. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa sentiasa menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya, American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain yang terbaik dalam dunia muzik.
Selepas hampir 20 tahun di luar negeri, Anita kemudian memutuskan balik ke Malaysia. Bila ditanyai saatnya yang amat berbangga, Anita telah menujukan kepada empat peristiwa dalam kehidupannya, iaitu:
Sewaktu dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia;
sewaktu menerima anugerah dari Asian Entertainment Establishment kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan;
mengendalikan rancangan temu bualnya di Astro; serta
kontrak perakamannya dengan KRU.
Kini, Anita mempunyai sitcom sendiri dan ingin menumpukan masanya dalam bidang filem. Selain daripada persembahan-persembahannya di hadapan penonton, dia amat sibuk dengan kerja amal. Bagaimanapun, Anita juga telah melancarkan barang kemas sendiri yang digelarkan "Anita Sarawak, Koleksi Cinta".
.