Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ profile picture

Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~

I am here for Friends and Networking

About Me

Aku...

Aku hidup ber'garis-panduan'kan minda. Lahirnya aku ke dunia, kosong tak berwarna. Dilakar, dicorak, diwarnakan batinku dengan 1001 pengalaman. Contengan keras, alunan lembut, silih berganti.

Inilah aku sekarang. Bertuankan minda; idea gila. Positif, disulami negatif. Benakku kata iya, jiwaku kata 'never'. Hati kecilku kata perlu, mulutku kata pedulikan semua itu. Naluriku kata betul, perlakuanku... well, jelas menafikannya.

Aku tak percaya pada tanggungjawab. Bagiku tanggungjawab hanyalah daripada kita kepada tuhan, kerna Dia yang menciptanya. Untuk sesama manusia, ia hanyalah sekadar alasan; sebab-musibab untuk minda, lari dari kenyataan. Tinggalkan larangan-Nya, lakukan suruhan-Nya. Tak buat? Itu nanti 'belakang boleh kira'. Apa guna berdolak-dalih? Hakikatnya dah memang tersurat. Yang patuh tempatnya di syurga. Yang ingkar? Go to HELL!!!

Untuk apa kita menafikan sifat pentingkan diri dalam jiwa? Untuk mereka yang belum pun kita kenal hati budinya? Ahh, persetankan itu semua! Manusia dilahirkan dengan akal. Berakalkah kita, jika memimpin tangan mereka yang TAK MAHU menggunakan mata?

Setiap pagi hidup baru kita bermula. Dari setiap saat, minit dan jam dalam sehari, kita bentukkan kehidupan baru dengan acuan berbeza, hiasikan dengan keceriaan dalam jiwa. Ya, memang adakalanya tak selalu indah. Tidak pula bermakna, 'tiada beras, pasir pun boleh diguna'. Apa relevennya akal dikurniakan pada kita? Tidakkah ia, untuk mengawal tatasusila; maruah; adab sopan yang telah ditetapkan seperti sedia ada.

Manusia, boleh daki gunung-ganang, merentasi sungai dan rimba. Tetapi, tidaklah pula berdosa, hanya kerana memilih untuk menaiki kereta. Minda, ada batasannya. Selagi boleh diteroka, insentif tambahan, mungkin ada makna. Cuma bersyarat; tahukah anda, fahamkah anda di mana batasannya?

Aku lahir bukan untuk jadi hamba, pada akta yang tak berguna. Aku bebaskan minda aku, menjelajah setiap pelusuk yang ada. Bukan untuk sesiapa, sekadar menjalankan tanggungjawab yang aku mampu, dan mahu buat, untuk tuhan yang maha Esa. Orang lain? Huh, mereka hanya boleh beri pendapat, tapi aku yang akan 'decide'. Dengan bebasnya, tanda aku benar-benar merdeka, mindaku bergembira, bersorak ketawa. "MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!" Erti ke'merdeka'an ku yang sebenar.

..[if !IE] ..[endif]

Cool MySpace Layouts .

My Interests

NAMA PENUH : Azraii Bin Abdul Hamid

GELARAN : Dato’ A… muahaha acah jerr. Ajai (member2), Atan (orang rumah), Ascorp, Cheeqo, M-PoV (cyber nick)

BESDAY : Lime Feb Ektyfaii (’85 rawk! Wuuhuuu…)

ASAL : Lahir kat K.L, membesar kat Pahang, matang kat Kajang. Matang dari segi intelek tau, bukan fizikal. Lain maksud kedua2nya tuh.

FAVERET : Men SMS, isap Pall Mall merah dan teguk Neslo tarik


CITA-CITA : 8 tahun – nak jadi Ultraman Ace tapi nak pakai mantel merah cam Superman so lepas mengalahkan resakse leh terbang dengan machonye
11tahun – nak jadi bomba diinspirasikan dari sebuah cerita pengajaran cikgu aku mase tu. Die cakap bile kite nak target sesuatu, kite kene target lebih tinggi daripada ape yg kite nak, mcm bomba target nak padam api, faham? Entah nape tetiba mase tu aku terasa nak jadi bombe lak. 13 tahun – nak jadi artis/pelakon fofuler supaya leh ngorat Siti Nurhaliza (kui… kui… kui…)
15 tahun – selepas menyedari rupaku kurang komersial untuk bergelar artis, aku bercita-cita nak jadi penulis skrip (cubaan pertama aku Cinta Gengster) 17 tahun – nak jadi penulis novel cum sutradara filem
18 tahun – nak jadi perogol bersiri sebab time ni aku tgh menganggur dgn jayanya, kerja aku hari2 tgk citer blue. Muahahaha… 21 tahun – nak bukak bisnes sendiri sehingga mempunyai empayar mcm Lionel Luthor (tak knal? Tgk arr citer Smallville!)

KATA-KATA YANG MERANGSANG (?!!) : Mereka yang benar-benar berjaya tidak akan berkongsi rahsia kejayaannya. Sumber petikan – rahsia.

I'd like to meet:


Sesapa yang sporting... Aku tak kesah... Asalkan nak jadi member... Aku selambe...

Music:

Aku ikut angin gak… Suka-suki aku je laa nak dengar lagu ape pon… Lagu Mesia boleh… Indon boleh… Omputih boleh… Dangdut kaa, rock kaa… Tapi group yang aku minat, Linkin Park, System of a Down, My Chemical Romance, Def Gab C… etc…

Movies:

Final Destination (part 1), Trilogy of Back To The Future, Swordfish, Trilogy of Stephen King's Rose Red, The Butterfly Effect, The Green Mile, Man On Fire, Batman Begins, Goal!, Fun With Dick & Jane, Inside Man, Lucky Number Slevin, Thank You For Smoking, Employee Of The Month...

Television:

Whose Line Is It Anyway, Late Show With David Letterman, The Simpson, Great Teacher Onizuka, Friends (starring Won Bin and Kyoko Fukada), Azumanga Daioh, Wonderfalls, South Park, The 4400, Death Note......

Books:

Komik Dragonball, Pilot Cafe - by Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman, & Anak Dara Menteri - by Matt Romeo

Heroes:

Tun Dr. Mahathir tetap di hatiku...

"Kau pengingat bangsamu yang sering benar pelupa; penyedar satu perjuangan yang belum selesai; juga penghayat tanah airmu yang sungguh damai. Kau sempat menjadikan ramai manusia gigih, di alaf damai, mereka menyemai benih ilmu; di musim permai, mereka membisik kasih syahdu. Kau gelorakan kejutan yang sebesar-besarnya dan mendorong rakyat menjerit "boleh" segalanya! Kutahu, kau sentiasa benci kerja yang bebal, lebih kau sanjung tiap pencapaian yang global"

- Dirgahayu Dr. Mahathir nukilan A. Samad Said -

My Blog

My Celebrity Look-alikes

MyHeritage: Celebrity Collage - Free family history - Geneology software...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Wed, 16 Apr 2008 05:03:00 PST

Pedap already...

tau laa aku tak hensem... muahahahaha... poyo lak tu... emo tak tentu pasal... aku lahir bujang, aku hidup bujang, dan biarlah aku mati bujang... moga aku tak memerlukan cintamu dalam hidupku, sebagai...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Sun, 25 Feb 2007 12:24:00 PST

Selamat Pengantin Lama Ye...

Berikut adalah maklum balas selepas majlisperkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamad JiwaRosyam Nor:"Saya minta maaf banyak banyak pada Siti keranatak dapatmenghadiri jemputan Siti sebab RT...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Mon, 19 Feb 2007 05:41:00 PST

PERASAAN ke PERASAN???

"Manusia dipandang pada rupa, harta, dan ilmu yang mereka miliki. Andaikata kamu tidak memiliki barang satu pun daripadanya, maka satu-satunya pertaruhan yang kamu ada; cumalah hati&" : Encik Ajai Pe...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Fri, 16 Feb 2007 02:47:00 PST

KISAH DUA HATI

Bedah, Inginku perdengarkan kepadamu, Sebuah cerita mengenai realiti kehidupan. Di suatu hari, seekor anak pipit bertanya pada ibunya, "Ibu, bolehkah saya terbang bersama Si Enggang?" Lantas jawab ib...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Sun, 21 Jan 2007 12:53:00 PST

PENGUNDURAN (Namun Ku Punya Hati)

Hitam, putih, langsung tak berwarna, Apa lagi yang mampu ku corakkan? Berlari, berjalan, merangkak, meniarap, Aku tersungkur di titi kegagalan&   Kendatipun angin bersorak, langit berteriak, Tiad...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Sun, 21 Jan 2007 12:51:00 PST

Konflik Romantika

Cinta bersemi, tiada yang pasti, Adakah insan membuta berseni, Tanpa mengenal jati diri? Dua insan, dua jiwa, Saling bergelodak, dikikis rosak, Wajarkah pasangan dipahat retak? Bermain air, jangan s...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Sun, 21 Jan 2007 12:49:00 PST

Titian Asal

Berarak mega mendung kelabu, Inikah yang aku mahu? Inikah yang aku perlu? Bukan ini yang aku seru, Cuma sekadar ku ingin tahu. Panjat tali buaian, Menanti sinar di hujung sana, Sampaikah aku? B...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Sun, 21 Jan 2007 12:46:00 PST

Liku  Liku Yang Indah

Ku takrifkan dunia sebagai syurga, Namun, apa pula yang menantiku di sana? Ku takrifkan dunia sebagai neraka, Siapa diriku untuk mencela anugerah-Nya? Di atas, di bawah, Mindaku mula goyah, Apakah y...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Sun, 21 Jan 2007 12:33:00 PST

Garis atau Baris

Garis atau baris, Tidak mudah dihalusi, Tidak sukar difahami, Biar seribu yang menghiasi, Hanya satu mampu diselami. Lurus atau telus, Dihimpit sempadan pasti, Melemaskan, menggundahkan, Namun penti...
Posted by Mr. Äjåï... ~PaPa SeLamBa~ on Sun, 21 Jan 2007 12:31:00 PST