About Me
Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz Lailahaillallah Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka
keluarlah dari
mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia
itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik
ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi
dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang
menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-
burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh
mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak
dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap
Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah
memerintahkan malaikat tersebut supaya
memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila
perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka
berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang
menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri
kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya
malaikat "Apakah permintaan
itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan
dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah
Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku
akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat
itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".
Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan
disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah
yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima
permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa
dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa
Allah telah menerima permintaan mereka. Maka
dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir
dan memohon keampunan untuk orang yang
mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan
peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya
mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka
balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.