Myspace Layouts at Pimp-My-Profile.com / Totally emo
Myspace Layouts at Pimp-My-Profile.com / Totally emo
kepada dia yg aku cintai, sejak berkenalan dengan mu hingga kini, terdapat banyak kata-kata yang ingin ku lafazkan, namun... aku tidak dapat mencari titik permulaannya, perasaanku... diharap dapat terus sampai kepadamu... melalui hembusan angin ini, jiwamu sering tentu arah, kadangkala cerah;lemah lembut... kadangkala kacau dan sedih, sehingga akhirnya kembali ke asalinya, setiap satu ekspresi mu itu, sekaligus membuatkan, aku semakin jatuh cinta padamu... aku seringkali meneka hati mu untuk ku ketahui, adakah dikau lebih menyintaiku hari ini berbanding semalam, pada saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak secocok denganmu, kau hadir lalu berkata bahawa kau sukakan aku... namun tatkala aku ingin memeluk hatimu, kau menyimpannya dengan dalam lalu beralihkan diri... dikau telah menjadikan dirimu satu-satunya kehendakku, apabila dikau tiada di sisi, apakah makna diriku ini?... dengan jatuh cinta terhadap mu, aku telah menjadi seorang pengecut... dengan jatuh cinta terhadapmu, aku telah menjadi aku... tapi mengapa setelah kehilangan mu, baru ku sedar bahawa aku sebenarnya menyintai mu.. dikau telah membuatkan aku sukakan mu secara menyeluruh, termasuk jua diriku sendiri.. walaupun sering bertengkar, namun inilah satu-satunya faktor pengantaraan kita berdua... manusia lazimnya akan menjalani suatu perkara, tanpa mengikut harapannya sendiri... namun mengapa aku hanya tidak mahu menelan kebenaran ini apabila di belenggu kesedihan???... harap-harap dikau berada di salah satu sudut di dunia ini, menerima perasaan-perasaanku seadanya yang berterbangan di lagit.....I LOVE U.... Daripada aku yang mencintai mu...
sayang, cinta kita berputik diantara satu kekeliruaan, diantara cinta dan teman, didalam seraut rindu dan dendam, namun masih lagi aku sayang-sayang pada mu. sayang, tanggal 01.06.04 menjadi saksi, percantuman 2 jiwa menjadi 1 hati, namun ianya, ianya punah sama sekali, punah dalam sekelip mata, sayang, apakah dosaku pada dirimu, apakah salah ku pada mata mu, apakah silap ku pada hati mu, terangkanlah sayang, biar lega rasa hati ku. sayang, tak sanggup aku menati mu lagi, tak sanggup aku berputih mata lagi, tak sanggup aku menahan derita hati ini, kerana aku, aku teramat sayang pada diri mu, sayang, tak sanggup aku menunggu diri mu lagi, kini dikau pergi lagi, apakah masih ada lagi ruang untuk ku ini?, aku masih tak pasti, kerana aku adalah aku, dan kamu adalah kamu. sayang, sudikah kiranya dikau menerima ku kembali?, sudikah dikau menjadi puteri dihati ini?, sudikah dikau? walau apapun terjadi, aku akan tetap menanti, dan terus menanti, agar dikau kembali, kerana kehadiran mu sayang, bagaikan suria pagi, yg dinantikan setiap hari. sayang, apa masih adakah peluang untuk ku ini?