Kenapa Perlu Ada Kekasih????Tak salah kalau ade,..dan sebenarnya rugi klau takde,..antara maksud kekasih adalah seseorang yg kita boleh percayai,seorang teman dan kita sanjungi,...sebenarnya maksud kekasih terlalu umum,..tapi...konteks dalam artikel ini menekankan teman hidup.... kalau kita mempunyai kekasih, kita akan dapat kebahagiaan,..kerana hubungan antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang dituntut dalam islam melalui perkahwinan,...dan apabila berkasih maka ia adalah sesuatu langkah permulaan,...selagi tidak mempunyai ikatan yang sah maka haruslah mengikuti garis panduan dalam pergaulan. sebenarnya kekasih yang sejati adalah diri sendiri,....maka kasihlah diri itu supaya dapat mencipta kebahgiaan itu sendiri. Dalam penekanan artikel, kekasih adalah orang lain yang kita sanjungi,...maka carilah kekasih yang boleh menjadi diri kita, maksudnya akan fahami kehendak dan keperluan diri kita sendiri, dan sebagai balasannya kita perlu bahagiakan dirinya. Sesungguhnya membahagiakan orang lain adalah satu pahala. Dalam berkasih, sebenarnya tiada istilah kongkong mengongkong,...jika ia wujud, maka salah seorang pasangan sebenarnya masih tidak berpuas hati terhadap ciri yang ada pada pasangannya. Dalam erti kata lain, kekasih adalah suatu yang perlu, dan mencari kekasih bukanlah sesuatu yang mudah, dalam pencarian itu, tidak perlu berputus asa, dan hendaklah berterusan,...carilah kekasih yang sepadan dengan jiwa kita, pasti kita tidak rasa....terkongkong,..sunyi,...kesempitan wang,..dan sebagainya....