Versi Bahasa Melayu:
The Rhaman ditubuhkan pada awal tahun 2005. Secara asasnya, mereka terdiri 4 individu yang berkongsi minat pada muzik dan dunia mistik. Kesan daripada keinginan untuk bereksperimen dengan dengan gaya muzik tempatan, Hafidz dan Ewin telah mempelawa Hayan dan Adik bagi melengkapkan pemposisian instrumentasi pada pra-band mereka. Rentetan daripada itu maka bermulalah The Rhaman dengan Hafidz pada mikrofon dan gitar, Adik pada gitar, Hayan memainkan gitar bass secara dinamik bersama pukulan deram Ewin. Kemudiannya dituruti oleh penyertaan Abong pada sesi rakaman dan disusuli oleh Yuyun setahun kemudian.
Dengan berbekalkan inspirasi daripada bunyian 60an dan langgam tempatan beserta mood nyanyian emosional generasi bundle era 90an, The Rhaman mengaplikasikan sebaik mungkin pengamatan instrumen musikal dalam menghasilkan muzik gubahan mereka. Dan kini, The Rhaman terdiri daripada Hafidz, diposisi gitar irama, Adik, diposisi gitar utama, Hayan sebagai pemain gitar bass, Ewin sebagai pemain deram, Abong di posisi keyboard dan Yuyun di bahagian nyanyian.
Dalam arena muzik tempatan yang agak keliru dengan serbuan band-band asing dari seberang telah sedikit sebanyak membuka mata mereka untuk mengambil inisiatif bagi berkarya dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan di antara mereka, muzik binaan mereka, dan juga ANDA.
Versi Bahasa Inggeris:
The Rhaman was established in 2005. Initially they were 4 individuals who shared interest in music and the mystic world. With the desire to experiment with the local music style, Hafidz and Ewin invited Hayan and Adik to complete the lineup in their pre band setup. This lead to the start of The Rhaman with Hafidz on vocals and rhythm guitar, Adik on lead guitar, Hayan with his dynamic bass playing, and Ewin on the drums. In their recordings, they had Abong playing the keyboard and Yuyun on vocals.
Inspired by the 60s sound, local music and the vocal mood of the ever 90's emotional bundle generation, The Rhaman applied these characteristic in their composition.
In the opinion that the local music circuitry is overflowing with overseas influences, this had opened their eyes to take the initiative to use Bahasa Melayu to interact between The Rhaman, their music and YOU.
( Dialih bahasa oleh Encik Pojam )
DISKOGRAFI: :: The Rhaman Project
Demo 2005
- Introiklaneka
- Letak Balik Sayap
- Tahu Kau Tahu
- Tulisan Hati
- Tulisan Hati (Pretentious Version)
:: Set Induksi
Demo 2006
- Pandangan Orang Ke-3
- Encik Obsess
- Macam Bagus
:: Indie For Glory! (Kompilasi oleh A Glorious Day Recs)
2007
- Sekutu Kuat Berangan
KHABAR BERITA:
Jun 20 2008Slot "Generasi Y"- Kami akan menjalani rakaman RTM untuk rancangan "Generasi Y" di menara KBS presint 4,putrajaya pada 22 june.
Jun 12,13,14 2008The Hoppers & Ahli Muzik- Ewin & Hayyan baru sahaja menjalani rakaman movie bersiri untuk slot "The Hoppers & Ahli Muzik" di sekitar bandar melaka.Rancangan movie yang mempunyai 13 siri akan disiarkan pada bulan oktober di TV8.
May 11 2008Rakaman - Rakaman lagu baru bertajuk "Satu Tahun" telah siap sepenuhnya dan akan kami bawa dimana-mana persembahan.
April 10 2008The Rhaman@Suria fm- The Rhaman akan berada di Suria fm pada malam jumaat,25 april 2008.
Kami akan ditemubual tentang "GITAR KAREN fest" pada 27 april 2008. Sebarang pertanyaan layari http://www.myspace.com/nemesisism -Luna.
Jan 03 2008Rilisan Tees- boleh ajukan pertanyaan anda pada http://www.myspace.com/bimadagang atau terus kepada +6 012 235 8223 Encik Abi untuk urusan membeli tee.
Jan 03 2008Si Tikus Kemaluan- Beberapa aktiviti dikesan selama tempoh rehat selain daripada kerja-kerja akhir perilisan EP. Adik dikatakan sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama humor bertajuk "Malu-malu Si Tikus" yang bertempat di Taiping, Perak. Beliau memegang watak tambahan sebagai ahli kumpulan kugiran. Bakal ditayangkan di TV2 pada perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Jan 01 2008Selamat Tinggal 2007!- Selamat Tahun baru diucapkan kepada semua. Semoga 2008 membawa lebih kebahagiaan. Tahun baru ini kami mulakan dengan sesi rehat selama sebulan sepanjang Januari bagi memperhalusi kerja-kerja merilis EP. Baju tee Rhaman pula akan dirilis sekali dengan Pelancaran EP dan bakal di keluarkan oleh
Bima Clothing.
Dis 18 2007Berduet dan berKomplot- Pada 12 Dis yang lepas, Yuyun telah menyumbangkan suara untuk sebuah lagu
duet bersama saudara Zack (dari kugiran Komplot) yang berjudul HEY!.
Lagu tersebut bakal dimuatkan di dalam runut bunyi AKU, LUNA DAN LAMPU yang diusahakan oleh
Rodeoscape. Ia bakal menemui anda tidak lama lagi.
Dis 1 2007Klip Sekutu Siap!- Klip video 'Sekutu Kuat Berangan' telah siap di
upload. Pilih mana-mana
link di bawah untuk melihat;
myspace
amp channel v
Jun 3 2007EP dan Aidilfitri- Proses merakam
EP (edaran sebuah label indie yang dirahsiakan lagi namanya) yang bakal memuatkan 4 buah lagu sedang berjalan dengan jayanya. 2 buah lagu telah disiapkan sepenuhnya.
Kami juga dalam proses menyiapkan lagu raya untuk dimuatkan di dalam Kompilasi Raya di bawah Label yang masih juga dirahsiakan. Ianya bakal menemui anda di penghujung bulan puasa sekitar September nanti.
April 28 2007Gig, Klip dan . . .- Sejuta kemaafan di pohon diatas pembatalan di beberapa pertunjukan sebelum ini berikutan dari keadaan kami yang teramat sibuk. Terima kasih dan harap maaf di ucapkan kepada pihak penganjur, Apek
Ego, Faiz
Lunarawk,
Gegey Music dan beberapa pihak lain lagi serta yang mengharapkan kemunculan kami.
Klip "Sekutu Kuat Berangan" masih belum menampakkan tanda-tanda di
upload kerana "tukang buat" nya masih kebingungan mencari masa terluang untuk mennyiapkannya.
Dan kepada sesiapa yang sering bertanyakan kepada kami tentang
material,
T-Shirt dan sebagainya, rilisan yang sebelumnya sudah ditamatkan pengeluarannya untuk memberi laluan kepada
EP terbaru (masih belum diberi tajuk) yang mana ianya masih ditahap awal pembikinan. Rilisan
T-Shirt pula dijangka akan dikeluarkan semula dalam unit terhad sekitar Jun nanti.
Disember 13 2006Klip- Penggambaran untuk "Sekutu Kuat Berangan" telah berlangsung beberapa hari yang lepas dan dijangka berakhir di dalam tempoh 2 atau 3 minggu lagi. Set lokasinya adalah di sekitar Pekan Jasin dan Bandar Melaka.
November 02 2006Sekutu Kuat Berangan - Kami baru sahaja memuat atas lagu ini setelah sekian lama diperam. Lagu ini adalah diantara yang bakal memuatkan rilisan kami yang akan datang.
Julai 20 2006Set Induksi - Had penjualan demo kedua kami; Set Induksi telah diberhentikan bagi memberi laluan kepada rilisan akan datang iaitu Split Demo bersama KultusKabus. Namun begitu masih terdapat 10 unit lagi untuk dijual dan anda boleh dapatkan ia dengan menghubungi wakil penjual kami iaitu Encik Faiz/Lunarawk (MMU Melaka) dan Encik Arif (Cyberjaya/Kuantan: 012 632 73 69) pada harga RM5 per unit.
Julai 03 2006 Gig dan BBQ - Pada 1 Julai yang lepas kami telah beraksi di I-bands.net SHOWCASE yang bertempat di Tunestone Studio, Klang yang mana ianya telah dianjurkan secara koloborasi dengan jayanya oleh I-bands.net dan Tunestone Studio. Dan yang menariknya, acara gig ini disusuli dengan sesi beramah-mesra sambil menikmati hidangan BBQ yang lazat. Orang kuat di I-bands.net iaitu saudara Ajeep dan rakan-rakan juga telah merakam seluruh set persembahan untuk kugiran-kugiran pada hari itu termasuklah "Macam Bagus". Kepada pelawat yang ingin mendengar "Macam Bagus" nyanyian Yuyun,
anda boleh klik DISINI. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan kepada semua yang hadir.
Jun 24 2006 Ahli Baru - Kami baru saja menerima kemasukan ahli baru iaitu Puan Yuyun. Beliau adalah isteri kepada pemain papan kekunci kami iaitu Encik Abong. Segala tugas nyanyian akan diserahkan kepadanya.
BAKAL MUNCUL DI : :: lihat ::
7 June 2008Mohd Jayzuan @ A.B.M & Love-fi Tour,Taat House, Johor Bharu
25 May 2008Vain’s Hot Stage!,MCPA Hall,Maharajalela, Kuala Lumpur
10 May 2008Autoshow 2008, Perkarangan tempat letak kereta Pasar Raya Besar Giant Shah Alam, Shah Alam, Selangor
27 Apr 2008TBA, MCPA Hall, Maharajalela, Kuala Lumpur
26 Apr 2008Huru Hara GIG, One Cafe, Pasar Seni, Kuala Lumpur
29 Mac 2008Jangan Serius Sangat GIG, Pasar Seni, Kuala Lumpur
23 Mac 2008Plague Of Happiness Nationwide Tour, Stadium Mini Bestari, Ayer Keroh, Melaka
23 Feb 2008Slightmomellow, Taat House, Johor Bharu
23 Feb 2008Rock O Mania, MCPA Theater Hall, Kuala Lumpur
16 Feb 2008ARA Music Fest Vol. 01, Stadium Mini Bestari, Ayer Keroh, Melaka
2 Febuari 2008Almost Famous Gig, Taman Univesiti, Johor Bharu
31 Disember 2007 Melaka Riverside Countdown, Tebing Sungai Melaka, Pengkalan Rama, Melaka
29 Disember 2007 The Super Art & Music Festival, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Mont Kiara, KL
22 Disember 2007Gegeymusic Festival 2007, Dewan KOMBES, Kelantan
24 November 2007MYHC Festival 2007, MCPA Hall, Kuala Lumpur
17 November 2007Oh Chenta Ku (Mini Album Launching), KL Jam Asia, Sri Hartamas, Kuala Lumpur
18 Oktober 2007Night of A Living Homeless, KL Jam Asia, Sri Hartamas, Kuala Lumpur
02 September 2007House of Indie Festival 2007, Dataran Pahlawan, Melaka
26 Ogos 2007Vinyl DC Farewell Party, Vinyl DC, Melaka
22 Ogos 2007Hey, let's lalala, MMU Melaka, Bukit Beruang, Melaka
29 Julai 2007Bodysurf 10th Anniversary, Babyface, Ipoh
28 Julai 2007KL Indie Bands Festival, Artport, Shah Alam
26 Julai 2007Crossborders, Laundry, The Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur
23 Jun 2007Attack Of The Killer Malaysian Bands, KL Jam Asia, Kuala Lumpur
16 Jun 2007Chenta Itu Bhuta, KL Jam Asia, Kuala Lumpur
26 Mei 2007MELAKA TOURISM STREET FESTIVAL: Battle OF The Bands (Guest Band), Digital Mall (in front of Hang Tuah Mall), Melaka
26 Mei 2007Vinyl DC Festival, A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka
19 Mei 2007Republic Of Brickfield Ganjaran Album MELAKA TOUR, Vinyl DC, Jalan Melaka Raya 10, Melaka
12 Mei 2007Pre-Vinyl DC Festival, Vinyl DC, Jalan Melaka Raya 10, Melaka
27 April 2007Attack Of The Indie Kids, Little Havana,
no 2 & 4 Lorong Sahabat, off Changkat Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
21 April 2007Tribute To Zine??, Critz Club, Jalan Sultan Ismail, 50200 Kuala Lumpur
31 Mac 2007ROCK AGAINTS DRUGS! (An Indie Festival), MCPA Theater, Kuala Lumpur
17 Mac 2007Supporting Bittersweet's A PERFECT TOUR, Vinyl DC, Melaka
10 Mac 2007Rock O Mania Festival, Vinyl DC, Melaka
18 Febuari 2007Supporting Japenese HC acts; COMMUNITY TRUST & EVEN TODAY, Giggers Art Cafe, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
17 Febuari 2007Aksi pembukaan bagi Bittersweet's LIVE SHOW & ALBUM LAUNCHING, No Black Tie, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
27 Januari 2007PRIORITY EP's Launch, Vinyl DC, Melaka
20 Januari 2007BODYSURF TOUR, Vinyl DC, Melaka
20 Januari 2007HIT ME WITH YOUR MUSIC, Hotel Melia/New School, Jln Imbi, Kuala Lumpur
07 Januari 2007SUNDAY ROCK, Vinyl DC, Melaka
24 Disember 2006MYSPACE ROCK & ROLL SHOW, Paul's Place, Kuala Lumpur
22 Disember 2006POWER JIWA, Little Havana, Kuala Lumpur
09 Disember 2006ROCK o MANIA, Vinyl DC, Melaka Raya, Melaka
11 November 2006ROCK YOUR HEAD, Vinyl DC, Melaka Raya, Melaka
06 Ogos 2006SUNDAY ROCK LIVE, Vinyl DC, Melaka Raya, Melaka
19 Ogos 2006SMELL LIKE TEEN SPIRIT, KL JamAsia, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur
09 Julai 2006SUNDAY ROCK FEST, Vinyl DC, Melaka Raya, Melaka
01 Julai 2006I-Bands.Net SHOWCASE, Tunestone Studio, Klang, Selangor
:: lihat ::
PAUTAN BERKAIT :
:: Soalan Lazim
:: Gambar
:: GALERI
LAIN-LAIN :
:: www.i-bands.net
:: www.purevolume.com/therhaman
:: www.amp.channelv.com/therhaman
:: www.isound.com/rhaman
:: www.4th-monkey.com/therhaman
*sila hubungi kami untuk maklumat lanjut: + e-mail:
[email protected]+ ym: the_rhaman_project
+
Hayyan: 017-6241410