Whaffath diasaskan pada lewat tahun 1994 di Arau,Perlis Indera Kayangan oleh Lown(lead guitar),Yuss(bass/vocal) serta Man(drum) dan berinspirasikan band2 yg sedang menjadi kegilaan ketika itu seperti Sodom,Kreator,Death,Deicide,Mayhem,Burzum,Darkthrone,Immorta
l,Emperor,Satyricon,Enslaved,Dimmu Borgir,Old Man’s Child,Cradle of Filth,Rotting Christ,Varathron,Necromantia,Silkhannaz,As Sahar dan lain2 lagi.
Pada tahun 1995 ,Whaffath merakamkan personal rehearsal yang pertama dimana mengandungi 5 lagu.Oleh kerana kualiti bunyinya yang amat teruk,ianya hanya disebarkan pada member2 terdekat sahaja.
Kerana masing2 sibuk dgn kerja,study dan famili,Whaffath senyap seketika sehinggalah pd tahun 1998 dimana semua ahli berkumpul kembali di kampung halaman dan Whaffath mendapat ahli baru iaitu Rahymn bermain bass dan Yuss menggalas tugas guitar dan vocal.
Dengan keadaan masa yang terhad dan tergesa2,Whaffath merakamkan personal rehearsal mereka yang kedua dimana mengandungi 4 lagu.Seperti yg pertama,kualiti sound juga amatlah mengecewakan dan alatan di studio rakaman juga tidak lengkap dan amatlah tidak memuaskan hati.Untuk mencari studio yg betul2 bagus masa itu memang susah dan Whaffath hanya menggunakan apa saja yg ada pada masa itu.
Rakaman yg kedua ini juga tidak dihebahkan pada umum dan hanya diedarkan pada rakan2 terdekat serta cuma mempunyai satu mastercopy saja.Mujurlah mastercopy utk 2nd rehearsal ini masih elok manakala utk 1st rehearsal mmg tidak dpt dikesan lg.Sekali lg faktor kerja,famili dan lokasi menjadi penghalang dan Whaffath terus menyepi sehinggalah sekarang.
Namun,mungkin jika masa mengizinkan,Whaffath akan kembali dan SEMOGA DETIK ITU TIDAK AKAN MENJADI KEWAFATAN YANG ABADI……………