"Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail... hendaklah kamu mengambil ikan itu...Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu saja... Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia hidup.Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...Jika kamu menadah air biarlah berpada... Jangan terlalu mengharapkan pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...Begitu juga kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya... Jangan kamu terlalu mengaguminya dn janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplah dia manusia biasa Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus kekal hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang pasti baik untuk dirimu Mengenyangkan,berkhasiat... mengapa kamu berlengah,cubalah mencari makanan yang lain.. terlalu mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...kamu akan menyesal...Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa kebaikan pada dirimu... menyayangimu..mengasihimu...Mengapa kamu berlengah,terus mencuba membandingkannya dengan yang lain.. terlalu mengejar kesempurnaan...kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.."