Myspace Layouts - Myspace Editor - Hot Comments - Image Hosting
>> this is the story about a virtual indie band from MALAYSIA, tikafilamen.
formerly known as SweeT CaLeNDaR, tikafilamen has officially re-formed back with a new name, concept, vision and line up by September 2008.
at first, the band then continues their project with SweeT CaLeNDaR's previous bandmates, which are Daei Akhlakhen (vox/lead guitarist/keyboardist) , G-Hanz Hardy (bassist), Dray (rhythm guitarist) and Mi (drummer) with freelance musicians, Doaima Fukada (vox/synth) and Fa Mei (vox/lead guitarist).
two sweet girls, Nia (vox) and Duta Lara (vox) then joined the band and perform as their 'twin' vox from now on.
for your information, all tikafilamen's bandmates are involved with their own bands as well and consider tikafilamen as their PET PROJECT only.
for those who are not familiar with tikafilamen, most of tikafilamen's members perform as vox as well instead of playing instruments. consequently, there are variation of vox. different songs, different voice. you are recommended to preview our blog 'lirik tikafilamen' (just scroll up your mouse here) to get their lyrics.
furthermore, most of tikafilamen's songs and lyrics have been composed by Daei Akhlakhen except for 'Kebas' (Numb), 'Dia (Malam Buatku)' (She's My Night) (multi-composed together by Doaima Fukada and Daei Akhlakhen) and 'Bisik Waktu' (Time's Whisperer) (composed by Mi, Doaima Fukada and Daei Akhlakhen). all tikafilamen's ongs has been produced by Doaima Fukada. all copyrights reserved.
for your information, the band has been supported by Lee Trueno, an invidual who manage to illustrate and animate tika filamen's materials. Any further details or profesional discussion, just email him at [email protected]
tikafilamen also has been supported by Neo Akhlakhen (vox), Frankie (drummer) and Rico (flute / saxophone) as sessionists (all of them cannot give 100% commitment due to certain reasons)
why we chose the band's name? ‘tika’ means 'a moment' in our lingua franca, whilst filament is a thread of metal which is used to convert electricity into light in incandescent light bulbs. Even though the filament is miniature, it still can give us some light. Consequently, we hope you will love our materials either you are sad or in a good mood.
ATT: all tikafilamen' characters ARE NOT REAL and have been created for certain reasons. WE ARE NOT RESPONSIBLE for any circumstances occur due to the animated character thank you.
VERSI BAHASA IBUNDA
>> sahibul hikayat tikafilamen (terima kasih kerana membaca sambil bersyair)
alkisah, hatta tersebutlah kisah sebuah kugiran dari MALAYSIA yang suatu masa dahulu dikenali sebagai SweeT CaLeNDaR (2002-2005).
disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan rintik-rintik di tengah hari. hobi bereksprementasi bersama muzik ketika bersama-sama menuntut di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota [KPMIM] , Kuantan Pahang bagaimanapun terpaksa berkubur sebaik tamat pengajian apabila Daei Akhlakhen (vokal/gitar utama/keyboard) dan Dray (gitar irama) mahu bertatih membina kerjaya, sementara G-Hanz Hardy (bass) pula menamatkan zaman bujang manakala Mi (dram) melanjutkan pelajaran ke Australia. atas kata sepakat, SweeT CaLeNDaR dibubarkan dan mereka meneruskan haluan bersama kugiran baru masing-masing.
bertahun berlalu. Mi kembali ke tanah air tercinta. Daei Akhlakhen teruja. G-Hanz Hardy dan Dray juga gembira. nampak gayanya, ada sinar harapan betapa kugiran yang dibentuk dengan warna-warna persahabatan suatu masa dahulu bakal bergabung semula.
di sinilah segalanya bermula. Daei Akhlakhen yang ketika itu sering berkolaborasi bersama pemuzik bebas, Doaima Fukada (vokal/synth) dan Fa Mei (vokal/gitar utama) yang menggelarkan mereka berdua Tika Filamen serta menghiburkan mereka-mereka yang berada di lorong-lorong usang serta restoran mamak di satu lokasi di Malaysia percaya mereka semua masih mampu meneruskan langkah demi menongkah arus seni yang penuh pancaroba.
namun, mereka sedar bahawa mereka bukan lagi remaja belasan tahun. justeru, lahirlah tikafilamen generasi baru pada September 2008 sebagai medium untuk mereka berkongsi konsep dan minat yang sama semata-mata, di samping tetap meneruskan aktiviti muzik bersama kugiran masing-masing ketika ini.
mungkin, tikafilamen diklasifikasikan sebagai satu kugiran yang tidak mempunyai identiti gara-gara semua ahli bersepakat untuk tidak mendedahkan siapa mereka sebenarnya pada masa ini. namun pada masa sama, mungkin ramai yang tidak sedar itulah sebenarnya identiti mereka.
arakian proses rakaman di Bilik Tidur Studio (studio maya persendirian milik Doaima Fukada) bagaimanapun dilihat tidak sempurna gara-gara vokal Daei Akhlakhen selaku komposer utama sering diganggu oleh ternakan lemak-lemak di perutnya (dalam erti kata lain suaranya rabak) sehingga menyebabkan rakan-rakan lain berlinangan air mata gara-gara menderita kesakitan gegendang telinga yang teramat sangat.
mujurlah sahabat baik Daei Akhlakhen, Nia (vokal) dan Duta Lara (vokal) yang menyukai konsep tikafilamen sebagai sebuah band projek akhirnya menyertai kugiran tersebut tidak berapa lama kemudian lalu berjaya menterjemahkan sesuatu ilham menjadi satu ekspresi yang indah.
bagi yang belum mengenali tikafilamen sepenuhnya, majoriti ahli kugiran tikafilamen juga merupakan vokalis selain bermain instrumen masing-masing. justeru, terdapat variasi vokal di dalam setiap material-material yang kami hasilkan.anda boleh merujuk blog kami 'lirik tikafilamen' di atas bagi mendapatkan lirik-lirik lagu kami yea!
maaf sekiranya proses rakaman dilihat kurang memberangsangkan lantaran ia cuma dirakam di studio sendiri secara maya (online), iaitu setiap lapisan (layer) direkod satu demi satu sebelum kesemua layer yang telah diemel oleh setiap ahli kugiran digabungkan menjadi sebuah lagu lalu dimuatnaik di myspace tikafilamen. seandainya ada rezeki, proses rakaman yang sempurna bakal dilaksanakan oleh ahli kugiran selepas ini, terpulang kepada sejauh mana hasil ciptaan mereka mampu menarik perhatian khalayak ataupun tidak, selain kelapangan masa setiap ahli tikafilamen yang ketika ini terikat dengan komitmen masing-masing.
hampir keseluruhan lagu dan lirik tikafilamen adalah ciptaan Daei Akhlakhen sepenuhnya kecuali 'Kebas', 'Dia (Malam Buatku)' (kedua-duanya ciptaan bersama Doaima Fukada dan Daei Akhlakhen) dan 'Bisik Waktu' (ciptaan bersama Mi, Doaima Fukada dan Daei Akhlakhen). Kesemua lagu juga diterbitkan oleh Doaima Fukada. hak cipta terpelihara.
selain itu, tikafilamen juga mendapat sokongan daripada Lee Trueno yang bertindak selaku pelukis ilustrasi dan animasi tikafilamen. sebarang maklum balas dan urusan profesional bolehlah menghubungi beliau di [email protected]
Malah, tikafilamen juga dibantu oleh Neo Akhlakhen (vokal), Frankie (dram) dan Rico (seruling / saksofon) sebagai sesionis tetap (ketiga-tiganya tidak dapat memberikan 100% komitmen atas sebab peribadi)
kenapa tikafilamen? tika adalah detik, saat atau masa, manakala filamen pula adalah unsur metal di dalam mentol lampu yang menukar arus elektrik bagi membentuk cahaya. Meskipun ia kecil, filamen berupaya memberi cahaya di saat-saat yang memerlukan. justeru, kami harap dapat menerangi hidup kamu dengan lagu-lagu kami seadanya, tidak kira semasa kamu sedih ataupun tertawa. wah!!
tanpa kamu pengikut TF, kami tiada di sini. tanpa kamu pengikut TF, harapan kami untuk bereksperimentasi dengan muzik hanya satu mimpi yang tidak pasti.
NOTA: wajah setiap ahli kugiran tikafilamen adalah sekadar ILUSTRASI semata-mata dan setiap watak DIREKA bagi mewakili setiap ahli kugiran tikafilamen atas sebab tertentu. pihak kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang kesulitan yang timbul berhubung perkara itu harap maklum.
SELAIN lagu-lagu yang dimuatnaik di myspace, lagu-lagu kami yang lain juga boleh didengari di / Our songs are also uploaded on:
Copy this code to your website to display this banner!
Make your own banner at MyBannerMaker.com! TAG kami gambar wajah anda yang akan diletakkan di dalam album kami supaya semua orang tahu bahawa anda menyokong kami! hehe / tagged us your own photo to show your support. thanks! VIDEOKAN semula mana-mana lagu kami yang anda minat giler mengikut kreativiti anda dan beritahu kami sebaik sahaja anda telah muatnaik video itu di youtube. mana-mana COVER terbaik akan diletakkan di sini sebagai tanda penghargaan kami kepada anda yea! / cover any of our songs and upload the video on youtube. the best cover will be uploaded here okies! SEBARANG maklumat lanjut mengenai tikafilamen bolehlah emel kami di / Any futher details please email us at: [email protected] or [email protected]