Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir MohamadSesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihinaAir mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakanBukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaanBiarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kitaTugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnyaLagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiriBukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsaraBangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniagaselain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri? Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayarTugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormatiRupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanyaHari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewaPerjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjayaDr. Mahathir Mohamad Mei 1996after i read this poem,i would say Dr. M of coursefrom 1 july to 31st august of 2008, persatuan lancang kuning nusantara will organised white ribbon campaign in (bantahan secara senyap terhadap Ahmad Badawi)if you would like to join,be free to wear white ribbon at ypur shirt or carry white flag at your car or bike, further information email [email protected],save Malaysia,no to pak lah