Virus Attack profile picture

Virus Attack

About Me

Myspace Layouts at Pimp-My-Profile.com / Hot Comments / Image Hosting

Bermula pada awal 2004,Virus_Attack telah di beri nama oleh Munex iaitu selaku voc n 1st gitar,nama ini diambil secara kebetulan sahaja,namun band ini hanyalah bermain untuk suka-suka,tidak terlintas di dalam kepala hotak untuk perform di mana-mana gig ini disebabkan kerana line up yang huru-hara(tidak menentu) telah membataskan pergerakan band ini untuk terus serius dalam band ini.Namun ketika itu hanyalah Munex yang kekal hingga sekarang,walaupun kami tidak marealish satu demo pun,dan juga perform di mana mana gig,namun lagu-lagu kami telah popular di kalangan bebudak Alor Star yang selalu follow ke jam session kami terutamanya pada hari minggu.Pada awalnya line up,Munex tetap dengan posisinya,Nong selaku basist dan Pa Din sebagai tonggak drum utama namun disebabkan kesibukan masing-masing dengan hal dunia telah membataskan kami utk terus memperjuangkan music yg kami cintai ini,dari hari ke hari,dan tahun ke tahun,masing masing mempunyai comitment,menyebabkan kami terpaksa berpisah,Munex ke K.Lumpur atas tiket student,Nong dan Pa Din masih di negeri Kedah tetapi berjauhan telah menyebabkan pergerakan Virus Attack lumpuh seketika.Pada tahun 2007,Munex telah bejumpa Sayoq dan Boy yg masing-masing dari negeri yang sama,Wlaupun kami berasal dari satu negeri yg sama,sebelum ini kami tidak pernah berjumpa dan berkenalan ini disebabkan Munex sering menghabiskan masanya dengan melepak di Alor Setar,manakala Boy yang berketurunan Thai dan tinggal di sempadan Malaysia Thai,Telah menyebabkan dia sering membuang masa bersama-sama scene punks di Thailand,Sayoq pula yang tinggal di bahagian Selatan Kedah iaitu Kulim yang bersempadan dengan negeri Pulau Pinang telah menyebabkan dia lebih selesa melepak di negeri terbabit,Detik perkenalan ini hanya terjadi dalam dalam sekelip mata dan tanpa diduga.Munex dan Sayoq telah berkenalan sewaktu berjumpa di salah satu gig Punks N Skins yg telah berlangsung di Jln klang Lama iaitu Paul Place,Yg telah diorgenizerkan oleh B,young pada ketika itu,Sayoq yg tinggal di K.Lumpur kerana berkerja sebagai salah seorang tecnician di salah satu Hotel terkemuka di ibu negara ini.Manakala Boy yang berkerja di Kota Maksiat iaitu Genting Highland,sebagai cashier di salah sebuah Casino telah merancang untuk pulang ke Kedah pada cuti bulananya,telah mengambil keputusan untuk menaiki bus di hentian Pudu Raya,telah berjumpa Munex pada ketika itu yang masing-masing dengan niat yang sama utk pulang ke Kedah,dan menaiki bus yang sama,telah menyebabkan kami sempat berkenalan dan berbual mesra,walaupun kami terpaksa menunggu kedatangan bus tambahan yang begitu lama,dan terpaksa menaiki bus sekolah yang agak usang yang telah dibekalkan oleh pihak pengusaha yang bangang.Dalam perjalanan yang agak jauh dan lama,sehingga kami terpaksa menaiki tiga buah bus dalam satu perjalanan yang dibekalkan oleh pengusaha yang bodoh itu,telah menyebabkan kami sempat berbual sehingga bosan,dan ini telah menyebab kami lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.Selepas masing-masing pulang ke k.Lumpur,Boy yang berkerja di Kota Maksiat tersebut sering datang ke K.Lumpur pada setiap cuti singkatnya,Dalam masa yang sama Munex telah memperkenalkkan Sayoq dan Boy.Boy juga pernah mempunyai band iaitu Street Sound juga di bawah genre punk,yang pernah perform di mini gig sepadan Thai,Dia selaku position Drummer,dan band ini telah berpecah,kerana masalah peribadi.Oleh sebab kami selalu berjumpa di K.Lumpur pada cuti-cuti tertentu Munex telah mengajak Boy dan Sayoq untuk jam session,pada awalnya hanyalah bermain lagu-lagu cover sahaja,selepas bosan dengan bermain lagu-lagu cover,Munex telah merancang utuk meneruskan perjuanganya yang terbengkalai dahulu,dan mengajar lyrics-lyrics dan chord-chord lagu lamanya itu,Semuanya berjalan lancar dan bermain dengan baik,selepas beberapa kali ke jamming,kami merancang untuk merekod,dan alhamdullilah...1st single telah dilahirkan,iaitu Huru-Hara pada 15th april yg lepas,untuk lagu-lagu lain masih lagi dalam project recording kebanyakkanya adalah dari HC sound punk.Sekarang kami telah merancang untuk menambah lagi line up kami untuk 2nd gitar,berkemungkinan Nong iaitu selaku basist lama Virus_Attack akan kembali bersama dalam masa terdekat...insyallah...

My Interests

Music:

Member Since: 4/15/2008
Band Website: www.myspace.com/virusattackchaos
Band Members: MUNEXCHAOS-VOC N 1ST GUITAR

SAYOQ-BASSIST

BOY4STREETPUNK-DRUM

Influences: sex pistols,the exploited,the casualties,the unseen,chaos uk,cheap sex,a global threat,conflict,subhumans,sham 69,rancid,misfits,the adicts,uk subs,one way system,total chaos,antidote,the virus,GBH,999,discharge,outlaw,bangkok alcohol,chaos of society,the unsensor,the cesspool,anti-system,defence and attack,bkk riot,sex street,the all dirty,the public oi!,kaab,obelisk of punk,acid rain,the pilgrims,generation against society,the revolt,no survivors,the bollocks n etc....
Sounds Like: hardcore punk,street punk,punk brit77
Record Label: d.i.y

My Blog

The item has been deleted


Posted by on