L|O|T|F|I|..... profile picture

L|O|T|F|I|.....

oldscoot

About Me

I edited my profile with Thomas' Myspace Editor V4.4 MyGen Profile Generator
Myspace Glitter Graphics

My Interests


I'd like to meet:

"MODS MAY DAY"'s Blurbs About me: Nama scooterist mula muncul pada awal tahun-tahun 1980an di mana para pemilik skuter itu agak pelbagai perwatakan mereka berbanding pada tahun-tahun 1960an yang pada ketika itu secara majoritinya hanya membawa imej dan identiti 'mod'. Satu perkara penting yang perlu ditekankan di sini adalah kebangkitan semula golongan mod yang pada ketika itu dipanggil 'mod revivalist' yang menampilkan keanggunan berpakaian ala mod dan kehidupan remaja berskuter pada lewat tahun 1970an sebenarnya banyak membantu dalam mengembalikan kegemilangan skuter sehinggalah ke hari ini. Namun, pada ketika itu, keadaan di Britain adalah 'kelam kabut' dengan kepelbagaian genre muzik dan ledakan sub budaya dikalangan remaja yang lebih meluaskan skop dalam pemilihan corak kehidupan mereka. Misalnya, setelah lebih 10 tahun remaja mod, skinhead , rudeboy dan sebagainya mengalami satu zaman suram atas ketibaan budaya hippie yang digilai oleh kebanyakan remaja pada tahun-tahun 1970an bersama budaya disko, yang kurang digemari oleh golongan berskuter, sekelompok remaja yang lebih bersifat rebel, menggelarkan mereka sebagai 'punk' , mula menyedarkan para remaja dari sub budaya 1960an tersebut untuk kembali mencabar populariti budaya disko. Mereka mengadaptasi muzik 'punk rock' kedalam muzik mereka, sebagai contoh terbaik muzik ska yang menjadi muzik tema kepada sub budaya rudeboy telah berevolusi kepada 2-tone, yang masih mempunyai asas 'up stroke' bunyian ska, cuma kali ini muncul lebih agresif. Begitu juga dengan kebangkitan muzik mod revival seperti The Jam, The Lambrettas, Buzzcocks, Spencer Davis Group dan juga kemunculan lebih banyak pengaruh muzik Northern Soul di kelab-kelab malam telah mengembalikan nostalgia mod kedalam jiwa sesetengah remaja. Selepas itu, kugiran yang mempunyai pengaruh terbesar keatas remaja mod pada tahun kegemilangannya, The Who, menerbitkan sebuah filem mengenai sub budaya mod era 1960an, Quadrophenia yang ditayangkan secara meluas pada tahun 1979 (kisah tersebut difilemkan sekitar 1975). Ini telah menyebabkan kembalinya remaja mod dijalanan, bersama skuter-skuter mereka. Acara-acara berskuter juga turut menjadi semakin meriah saban tahun. Namun, atas kecelaruan sub budaya yang begitu banyak, fesyen remaja berskuter telah berubah dan bercampur aduk. Kemudian, mereka yang lebih obses dengan kegiatan berskuter ini telah menggelarkan diri mereka sebagai 'scooter boy' . Walaupun masih enjoy dengan muzik northern soul, mereka turut menggemari muzik 2Tone dan fesyen pakaian mereka jelas berbeza berbanding masyarakat modernis. Dengan berseluar cargo celoreng ala tentera, but Dr Martens dan jaket jeans yang kebanyakan bertampal sticker kelab-kelab skuter, mereka tetap bersama-sama remaja mod dalam apa-apa juga kegiatan berskuter. Mereka inilah yang seterusnya mengilhamkan nama 'SCOOTERIST' yang diguna pakai oleh mana-mana pengguna skuter. MyGen Profile Generator

Music:



I made this music player at MyFlashFetish .com. More colors .