abcdeath profile picture

abcdeath

I am here for Friends

About Me

Hobbies and Interests: something stupid Favorite Books: panduan belajar memandu Favorite Movies: Voltron - Defenders Of The Universe Favorite Music: nature sound Favorite TV Shows: 2000+GMT About Me: Apa khabar pada penonton sekalian.. Berjumpa kita kali ini di dalam rancangan Mari Mengenal Diri. Nama saya Hadzrul Adzar Asrizul. Disebabkan nama saya yang susah hendak di sebut, pada usia saya 8 tahun.. saya telah mencipta satu nama singkatan bagi memudahkan orang/kawan-kawan menyebutnya, iaitu aza. Dilahirkan pada hari Jumaat 15 Feb. di Muar, Johor Darul Takzim. OK... walaupun saya dilahirkan di Muar, tetapi segala tumbesaran berlaku di dalam daerah Gombak. Mendapat pendidikan seawal 5 tahun di Sekolah Tadika U Ai E selama 2 tahun kemudian memasuki darjah satu di SK Taman Seri Gombak. Saya berjaya menamatkan sesi sekolah rendah dan memasuki era menengah di SM Hillcrest juga didalam jajahan Taman Seri Gombak. Pada tahun 1994, saya telah ditukarkan ke SM Tinggi Muar, Johor. Disebabkan susah hendak dikawal disana, saya telah dikembalikan ke pangkuan SM Hillcrest pada tahun berikutnya. Pada masa ini, pengaruh muzik amat kuat sehinggakan tertubuhnya sebuah band Grunge yang diberi nama DUSTY. Saya bermain bass dan kami berjaya menghasilkan album Demo bertajuk "Grunge Will Never Die!". Pada Bulan Mac 1996, saya ditawarkan ke sekolah SMT Muadzam Shah, Pahang di dalam jurusan Binaan Bangunan. Segala aktiviti muzik di hentikan seketika demi masa depan di bidang akademik. Berjaya mengharungi SPM dan kemudian mengikuti pembelajaran di UTM. Tidaklah lama di UTM hanya 3 bulan dan memperolehi Sijil AutoCAD & 3D Studio MAX. Melanjutkan pengajian di dalam jurusan Diploma Graphic Design & Multimedia di kolej swasta EDI di melawati yang kini telah ditukarkan menjadi Kolej Stratigik. Menamatkan pengajian pada Feb 2001 dan memulakan zaman berkerjaya sebulan selepasnya. Dan sekarang, mempunyai pengalaman berkerja selama 5 tahun. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Kini saya bertugas di sebuah syarikat membina badan bas di Kinrara, Puchong sebagai Industrial Designer. Masih bujang dan memperolehi pendapatan sekitar RM30,000 setahun. Baiklah, kita berhenti rehat sebentar bagi memberi laluan kepada iklan. Kita jumpa selepas ini. Jangan kemana-mana.

My Interests

Bila memperkatakan pasal hobi, dulu saya mempunyai hobi melukis. Tapi, sekarang ini saya lebih cenderung kepada mengeksplotasi rekaan-rekaan grafik terkini serta mempunyi minat didalam mengumpul harta atau aset persendirian. Saya mempunyai minat didalam bidang IT, bidang perlancongan, aktiviti lasak, serta berminat memperolehi ramai rakan. Saya juga berkeinginan menanam minat didalam bidang permotoran. Saya berharap ianya tidak setakat minat sahaja akan tetapi menjadi sesuatu yang bernilai dimasa kelak. Bila bab sukan diperkatakan, saya lebih cenderung bermain tennis, akan tetapi saya tetap mengikuti perkembangan suka bola sepak serta sukan-sukan yang lain.

I'd like to meet:

Saya berkeinginan berjumpa kembali rakan-rakan sepejuanan saya dari zaman tadika sehinggalah kini. Tidak lupa juga guru-guru yang telah mencurahkan ilmunya yang tidak ternilai dengan wang ringgit mahupun dollar amarika sehingga saya memperbolehi kejayaan yang boleh dibanggakan pada masa sekarang ini. Saya juga mempunyai keinginan berjumpa diri saya yang amat berjaya didalam hidup serta kerjaya kelak. Oleh itu, Sehingga kita berjumpa lagi dilain rancangan, salam mesra dari saya dah seluruh krew penerbitan untuk semua warga-warga diluar sana. Akhir kata, Majukan diri demi Malaysia. Assalammulaikum.

Music:

Muzik... erm... sesuatu yang amat luas dan tidak dapat dispeasifikasikan. Saya lebih suka mendengar muzik yang unik lain dari yang lain. Baik dari segi liriknya, gubahan muziknya, sehinggalah cara penyampaiannya serta persembahannya bila membuat sesuatu secara live. Mereka-mereka ini memang genius!

Movies:

Bila ditanya tentang filem, saya gemar menonton lakonan Jim Carey, Sandra Bullock, Adam Statler, Liv Taylor dan tidak lupa juga Tom Hanks. Mereka-mereka ini memang menjadi kegemaran saya. Meraka ini amat hebat membawakan watak di dalam filem. Disebabkan mereka inilah, saya menjadi pengompol DVD cerita-cerita lakonan mereka dan juga cerita-cerita lain.

Books:

Didalam konteks buku ini, saya sangat berminat membaca karya JRR Tolken. Cara dia berfantasi bersama watak-watak ciptaannya membuatkan saya teruja. Jikalau magazine pula, IDN (International Design Network) menjadi pilihan saya.