~GmanZ~ profile picture

~GmanZ~

Hidup dan matiku hanya untuk mu Ya Allah...

About Me

Lebih kurang 1350 tahun dahulu, sewaktu dunia sedang tenggelam dalam kegelapan kekufuran, kesesatan dan kejahilan, telah zahir sinar hidayat dan petunjuk dari bukit2 gersang Batha (di kota mekah) lalu menyinari timur dan barat, utara dan selatan. Pendek kata seluruh penjuru dunia telah disinari dengan cahayanya. Dalam tempoh yg singkat (23 tahun) kelompok manusia telah dibawa ke satu puncak kemajuan sehingga sejarah dunia tidak mampu untuk mendatangkan contoh seumpamanya.
Di tangan orang Islam (pada zaman itu) telah diberikan cahaya petunjuk dan hidayat serta kebaikan dan kejayaan. Dengan sinar cahaya ini mereka sentiasa bergerak laju di landasan kemajuan dan berkurun2 lamanya mereka dapat memerintah dunia dengan gilang gemilang sehingga setiap kekuatan yg cuba menentang terpaksa menerima kehancuran.Perkara ini adalah satu hakikat yg tidak mungkin dapat disangkal tetapi kemudiannya kegemilangan itu menjadi tinggalan sejarah silam. Sekiranya kisah2 sejarah tersebut diulang berkali2 pun, ini masih tidak dapat menenangkan jiwa sedikit pun dan tidak ada gunanya serta tidak berfaedah kerana peristiwa2 dan perkara2 yg dapat disaksikan dewasa ini sendiri telah menconteng arang kepada kehidupan orang Islam dan merosakkan usaha2 cemerlang salafussolehin2 kita yg lalu.
Apabila kita melihat kembali lembaran2 sejarah kehidupan orang Islam selama 1350 tahun yg lalu maka dapat diketahui bahawa orang Islam adalah pemilik tunggal kemuliaan, keagungan, kegemilangan kebesaran dan kehebatan. Walau bagaimanapun, apabila kita mengalihkan pandangan daripada lembaran2 tersebut dan cuba memerhatikan keadaan orang Islam dewasa ini maka kita akan nampak bahawa kita berada dalam keadaan yg sangat hina, lemah dan tidak mengetahui apa2 tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta dan benda, tanpa ketinggian dan kemuliaan, tiada lagi perasaan persaudaraan dan kemesraan. Perangai dan budi pekerti kita tidak baik, akhlak juga tidak baik,amalan kita pun tidak baik malah perwatakan pun tidak lagi baik. Segala keburukkan wujud pada kita dan diri kita tersangat jauh daripada segala kebaikan.
Orang asing (bukan Islam) bergembira melihat kita dalam keadaan yg serba lemah ini. Mereka menghebohkan kelemahan kita dan mentertawakan kita. Bahkan pemuda pemudi yg kita sayangi yg tergila2kan budaya moden telah mempersendakan prisip agama kita yg suci. Sehingga mereka berkata bahawa syariat yg suci itu tidak lagi sesuai untuk diamalkan dan tidak berguna pada pandangan mereka.
Sungguh menghairankan, satu kaum yg dahulunya telah menyirami dunia mengapa pada hari ini mereka sendiri kedahagaan?Kaum yg dahulunya pernah mengajar dunia dengan tamadun dan peraturan hidup, mengapa pada hari ini mereka sendiri hidup tanpa tamadun dan peraturan?Kita mendakwa bahawa syariat kita adalah undang2 Allah S.W.T yg sempurna yg menjamin kejayaan dan kesejahteraan urusan dunia dan agama kita sehingga ke hari kiamat. Oleh itu, tiada alasan untuk kita mengenal pasti penyakit kita dengan akal dan fikiran sendiri serta mula mengubati penyakit itu. Sebaliknya, kita perlu mengenal pasti penyakit tersebut berpandukan al-Quran-Karim dan mengetahui cara rawatan daripada sumber petunjuk dan hidayat yg sama, kemudian terus melaksanakan rawatan tersebut. Apabila al-Quran-Karim sendiri merupakan perlembagaan hidup kita yg sempurna hingga ke hari kiamat maka tiada alasan untuk mengatakan al-Quran tidak mampu memberi pimpinan kepada kita dalam masalah yg genting ini.
Satu janji yg benar daripada Pemilik langit dan bumi yg Maha Tinggi lagi Maha Agung bahawa pemerintahan dan khalifah di muka bumi ini adalah sebenarnya untuk orang mukmin, sebagaimana yg dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam ayat dibawah:
"Allah menjanjikan orang yg beriman dan beramal soleh di kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah2 yg memegang kuasa pemerintahan dibumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah2 yg berkuasa..."(an-Nur : 55)
Allah S.W.T juga telah meyakinkan kita bahawa orang mukmin sentiasa akan menguasai orang kafir dan mereka (orang kafir) tidak akan mempunyai sebarang penolong dan pembantu sebagaimana dinyatakan dalam ayat dibawah ini:
"Dan sekiranya orang kafir memerangi kamu tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan, kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapa pun yg menjadi pelindung atau pemberi pertolongan” (al-Fath : 22)
Pertolongan dan bantuan kepada orang mukmin adalah dalam tanggungjawab Allah S.W.T dan merekalah yg sentiasa tinggi dan mulia di dunia ini. Firman Allah S.W.T. :
“Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yg beriman” (Rum : 47)
“Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam), dan janganlah kamu berduka cita (terhadap apa-apa yg akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yg tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yg (benar-benar) beriman.” (Ali’Imran : 139)
“padahal bagi Allah S.W.T jualah kemulian dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang yg beriman akan tetapi golongan yg munafik itu tidak mengetahui (hakikat yg sebenar).” (al-Munafiqun : 8)
Sekarang, perkara yg paling penting untuk direnungi ialah, jika memang kita telah kehilangan hakikat Islam, yg merupakan sumber kejayaan dan kebaikan kita dunia dan akhirat maka kita harus mengetahui punca-punca yg menyebabkan roh Islam tersebut telah terkeluar daripada diri kita. Lalu menjadikan kita bagaikan satu jasad yg tidak bernyawa. Kita juga harus mengetahui cara-cara agar nikmat yg sudah hilang itu dapat di kembalikan.
Apabila kita membaca al-Quran, kitab yg diturunkan dari langit dan kita meneliti sebab-sebab kelebihan dan keutamaan umat Muhammad S.A.W. ini maka kita akan mendapati bahawa umat ini telah diberikan satu tugas yg tinggi lagi mulia. Tugas ini menyebabkan umat Muhammad S.A.W. dikurniakan dengan gelaran yg mulia iaitu sebagai sebaik-baik umat.Maksud sebenar daripada ciptaan dunia ini adalah supaya manusia mengenali zat Allah S.W.T. yg Maha Esa dan sifat-sifatNya. Maksud tersebut tidak mungkin akan tercapai sehinggalah keturunan manusia dibersihkan daripada segala kekotoran dan kekejian, kemudian dihiasi dengan sifat-sifat yg baik lagi mulia. Untuk maksud inilah ribuan Nabi dan Rasul telah diutuskan oleh Allah S.W.T. Akhirnya untuk menyempurnakan maksud tersebut Sayyidul Anbia Wal – Mursalin ra. telah diutuskan dan berita gembira telah diperdengarkan seperti firman Allah S.W.T. di bawah ini :
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu dan Aku telah reda bahawa Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (al –Maidah : 3)
Jadi, oleh kerana maksud tersebut telah disempurnakan, setiap kebaikan dan keburukan juga telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya serta satu peraturan hidup yg lengkap telah diberikan kepada kita maka salasilah kenabian dan kerasulan telah ditamatkan. Sehubungan dengan itu, tugas yg dulunya dilaksanakan oleh para Rasul dan Nabi telah diserahkan kepada umat Muhammad S.A.W. sehingga ke hari kiamat. Firman Allah S.W.T.
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yg telah dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yg baik dan melarang daripada segala perkara yg salah (buruk dan keji).” (Ali-‘Imran : 110)

My Blog

Usaha atas iman

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh& Bismillaahirrahmaanirrahiim Apa yang terjadi ketika air di letakkan di dalam freezer yang bersuhu 0 darjah celcius, tentu air akan membeku, begitu juga apa...
Posted by on Sun, 04 Jan 2009 04:26:00 GMT

Hakikat iman & Ilmu iman

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh& BismillaahirrahmaanirrahiimBahwasanya kebahagiaan ,  kejayaan dan nasib seluruh makhluk ada didalam genggaman Allah swt,  kerana Allah swt AL-KHALIK (Yang ...
Posted by on Wed, 18 Jun 2008 23:57:00 GMT

Tabligh

Orang Tabligh,Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,Yg td segar bugar dah tido terlentang,Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,Heh..betul la kata ...
Posted by on Fri, 26 Dec 2008 14:01:00 GMT

Dakwah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh& BismillaahirrahmaanirrahiimSedarkah kita bahwa alam semesta Allah swt ciptakan untuk manusia sebagai ujian, sedangkan manusia Allah swt ciptakan untuk nege...
Posted by on Wed, 18 Jun 2008 23:45:00 GMT