Advertisement:
General:
Technology:
Foods:
NGO Involvements:
Kawan... Sahabat....
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kala terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberikan dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan. Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan, dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumnya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan; di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu… tetapi jika kita CUBA jadi sahabat dia, mungkin kita akan tahu dia dalam keadaan yang sebenarnya.
Salam hormat,
-WiS-