kami adalah The NaBsides. and boleh pronounce kami Na-B-saids, atau Nab-Saids, atau nabs atau ape2 yang anda suka. Kami adalah watak2 2 dimensi yang diereject atau di-doodle secara tak sengaja semasa cakap telefon, atau masa lecture, atau masa bosan. jadi kami pun terlahir. maka, kami pun decide nak buat band tanpa instruments. mungkin kami malas nak cari kot. bukan. ini bukan cliche, nak buat mcm kumpulan2 fantasi seperti gorillaz atau Tyco. ini juga merupakan salah satu idea reject yang secara tak sengaja jadi kebetulan. secara tak sengajanya, terciptalah kami dan myspace kami ini. konsep tak sengaja inilah yang diterapkan dalam muzik kami. semua muzik kami diilham secara tak sengaja, atau kadang2 rejected, dan kami rasa tak mampu dijual di pasaran komersil, lebih2 lagi di negara Malaysia. tapi kami nak share jugak lagu2 kami secara tak sengaja. lagu2 kami juga tak semestinya dalam bahasa yang perlu difahami, kerana ada ketikanya lagu2 yang dicipta secara tak sengaja tercipta didalam bahasa mengarut yang turut tak disengajakan. semoga anda terhibur.
::sorry tak sengaja::
Apa Kau Ingat Kau Dah Bagus Sangat? is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-Share Alike 2.5 Malaysia License .