*NIKKI* profile picture

*NIKKI*

I am here for Friends and Networking

About Me


MAHARANI Re-Issue merangkumi keseluruhan konsep pop disamping mengetengahkan keunikan vokal dimiliki bintang Malaysian Idol, Nicolette Palikat atau lebih manja dengan panggilan Nikki.
Pada awalnya album ini diedarkan pada 28 November 2005 oleh NAR Records. Namun dengan azam serta rangka promosi yang baru album ini dihasilkan kembali supaya lebih segar dan menepati selera peminat melalui edaran Sony BMG. Album ini diedarkan semula pada 28 November 2006 dengan konsep kulit album dan susunan trek lagu yang baru beserta 2 buah klip video.
Album ini menampilkan kekuatan muzik tersendiri dengan pelbagai rentak balada juga rancak. Tidak keterlaluan jika dikatakan MAHARANI memberi nafas baru dan kelainan berbanding muzik pop sedia ada dalam industri muzik tempatan. Jika sebelum ini sebanyak 25 buah lagu dimuatkan, kini ia tampil dengan 21 buah lagu termasuk lagu bonus berjudul ‘Drama’ yang mana Ning menampilkan Nikki & Yanie menyanyi bersamanya.
Tidak terhadap pada itu, mutu dan kekuatan vokal dimiliki Nikki seperti yang diketahui umum turut diuji menerusi lagu pelbagai genre. Tidak hairanlah jika Nikki juga turut memeriahkan majlis-majlis Anugerah dengan persembahannya seperti Anugerah Planet Music 06 di Singapura lagu ‘Caramu’ dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 06 dengan lagu ‘Diamonds Are Forever’ di Genting Highlands. Single pertama penyanyi berbintang scorpio ini berjudul ‘Pinta’ membawa peminat muzik balada di buai dengan kemerduan suaranya. Malah selepas mendengarnya pasti pendengar setuju dengan pendapat mengatakan lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri.
Lagu hit kedua pula berjudul ‘Caramu’ menampilkan Zahid sebagai rakan duet turut menjadi perhatian peminat apabila mereka tercalon bagi kategori Vokal Duo Pilihan Anugerah Era 06 dan Artis Duo/ Berkumpulan Popular ABPBH06. Lagu yang berentak Rap & Hio Hop ini benar-benar memberi impak kepada industri muzik tanahair. Selain itu, lagu ini juga layak hingga ke separuh separuh akhir Muzik-Muzik 06 bagi kategori Pop Rock dan mengungguli beberapa carta radio di seluruh tanahair.
‘Imaginasi’ merupakan single terbaru yang dijangka hit. Lagu ini adalah hasil ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Nur Fatima. Lagu berentak balada yang membawa mesej imaginasi cinta ini diserikan dengan susunan muzik yang turut ‘menjiwai’ melodi lagu tersebut. Malalui lagu ini Nikki bijak mengawal vokalnya bagi memberikan sedikit kelainan dalam penyampaian dan pastinya akan diminati ramai kelak.
Bagi memantapkan lagi rangka promosi MAHARANI, 2 buah klip video telah pun disiapkan. Klip video tersebut adalah ‘Caramu’ dan ‘Imaginasi’. Yang istimewanya, kedua-dua klip video ini juga turut dimuatkan di dalam album ‘re-issue’ ini dimana tidak boleh didapati di dalam album sebelumnya.
Lagu bonus dan sebagai penghormatan buat tanah kelahirannya, Nikki turut mendendangkan sebuah lagu dalam bahasa ibundanya iaitu bahasa Dusun berjudul Sunudai Oku yang membawa maksud ‘Ucapkan Pada Ku’. Lagu ini yang bertahan sebagai juara selama 3 bulan di Sabah fm memberi satu kenangan indah dan penghargaan buatnya sebagai anak seni.
MAHARANI dijual dengan harga RM15.90 bagi kaset. Bakal peminat turut memperoleh bukan satu sebaliknya 11 lagu bonus menampilkan susunan semula (re-mixes) dan minus one serta 2 klip video asal dalam setiap pembelian CD hanya dengan harga RM29.90.
HARAP MAKLUM
Akaun Myspace ini diselenggarakan oleh pihak pengurusan Nikki dan dibaca oleh Nikki apabila ada kesempatan waktu. Ia juga bertujuan untuk mengumpul peminat dan penggemar Nikki yang memiliki akaun Myspace.

My Interests

I'd like to meet:


Abang Mawi dan saya di Rumah Kaca saya semasa pelancaran album sulung saya, MAHARANI, 18 Disember 2005.

Kak Fara dan saya di AIM 13 (29 April 2006)

Kak Adibah dan saya di APM 2006 selepas show.

Big sis Jac dan saya! Malaysia Boleh! Anugerah Planet Muzik 2006 di Singapura.

Abang Hazami, pencipta lagu PINTA, single pertama saya. Dia juga merupakan guru vokal saya.

My Blog

More than just a pretty face (New Sabah Times, 29 May 2006)

  More than just a pretty face (and voice) By NAZRI NOOR, New Sabah Times, Monday 29 may 2006 Malaysian Idols Nicolette Palikat, or Nikki, gladly spills everything, and does so with a super-power...
Posted by on Tue, 30 May 2006 03:04:00 GMT

Some more pics...

  Penari penari latar MediaCorp Singapore. Kak Farah dan saya semasa Buka Puasa MELODI tahun lepas.   Abang Adam dan saya semasa Buka Puasa RED fm tahun lepas.   Bro Felix, orang...
Posted by on Sun, 28 May 2006 13:46:00 GMT

Some video clips...

Audition saya di Kuching untuk Malaysian Idol 2004 http://www.youtube.com/v/YUst4t-gwxM   Pelancaran album saya pada 15 Disember 2005 di Rumah Kaca, Bukit Bintang http://www.youtube.com/v/avtrD...
Posted by on Sun, 28 May 2006 13:16:00 GMT

MY MUSIC VIDEO SHOOT!

I shot my music video for CARAMU today!!! Yeay!!! Executive Producer: Ning Baizura Director: Andy Mak Director of Photography: Nick Lee Production House: Pegasus Films (Li Phin, Executive Producer) Po...
Posted by on Thu, 25 May 2006 13:36:00 GMT

More pics...

Last rehearsal before show...   Makan besar selepas rehearsal bersama Vince, Adam dan Mr. Manager...   Bersama Rafie, PA saya di Singapore   Bersama Sazzy live cross-over to Astro se...
Posted by on Wed, 17 May 2006 11:30:00 GMT

Nikki berlagak bagai DIVA?

  KENYATAAN NIKKINikki sebenarnya terkejut dengan apa kenyataan yang dikeluarkan yang mengatakan Nikki berlagak sebagai diva. Tidak pernah pun Nikki terasa diri Nikki ini yang sekadar pendatang ...
Posted by on Tue, 16 May 2006 13:38:00 GMT

My Idol performances

Nikki singing AGAINST ALL ODDS during Malaysian Idol http://www.youtube.com/v/hPMo3Bxn-5A Nikki singing Beyonce's CRAZY IN LOVE during Malaysian Idolhttp://www.youtube.com/v/wuwBB8jQQMk Nikki singing...
Posted by on Tue, 16 May 2006 13:24:00 GMT

Press Articles from The Glass House Project

Nikki's songs By RUBIN KHOO (The Star) Many tears were shed when Nicolette Palikat or better known as Nikki failed to make it past the halfway point during last years Malaysian Idol. Only 19 at the ...
Posted by on Sat, 13 May 2006 13:43:00 GMT

Adam Lopez - highest vocal note in history by a male singer

Adam Lopez the 7 octave phenomenon has been recognized TWICE by Guinness World Records in the category of:  Highest vocal note in history by a male singer! In 2003 Adam's record note was a high D...
Posted by on Mon, 08 May 2006 14:06:00 GMT

PENGORBANAN NIKKI (13 November Metro Ahad)

Pengorbanan NikkiOleh SHAKILAWATI ABD RAHMANMetro Ahad 13 November 2005 ISTILAH kesal tidak pernah bertandang di kamus hatinya, meskipun terpaksa mengorbankan pengajian demi memburu impian bergelar pe...
Posted by on Sat, 12 Nov 2005 14:13:00 GMT