"Bukan siapa yang berkata tapi apa yang diperkatakan"
[update]
28 Julai 2006
Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,
Apa khabar semua geng-geng 5forty2?moga semua dalam keadaan baik, sihat, ceria, comel dan diredhai Allah (tu yang penting tu hehe). Alhamdulillah ramai dari kalangan anda geng-geng sekalian message kitorang tanya bila agakanya EP atau album nak keluar. Rancang hari tu pertengahan 2006, ni dah nak tergelincir ke hujung tak jugak nampak-nampak. Boleh kata bila album keluar adalah soalan paling femes kalau mengikut kiraan survey. Ambil kesempatan ni kitorang nak susun sepuluh jari tangan (kalau tak cukup jari kaki sekali) maaf sebab tak dapat tunaikan planning untuk settlekan EP pada pertengahan 2006 atas banyak faktor yang tak dapat dielakkan.
Perkembangan kitorang...Alhamdulillah dua lagi adik kitorang dah lanjutkan pelajaran. Seorang kat Malaysia Institute of Integrative Media (broadcasting) dan seorang lagi di Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (law). Seorang lagi pula akan berpindah ke Penang untuk berkhidmat di USM. Seorang lagi masih di UIA Gombak (economic), seorang lagi dah tamatkan kursus dia dan seorang lagi masih di Multimedia University (creative multimedia). Dalam keadaan kebanyakkan ahli 5forty2 dah melanjutkan pelajaran ke IPT dan berpindah kerana kerja makin susah kitorang nak berkumpul. Jadi kitorang tak boleh bagi kata putus bila akan siapkan. Tapi insyaAllah kitorang akan cuba hasilkan lagu-lagu baru (macam kami masa mula-mula ditubuhkan) untuk internet release sementara tunggu album siap . Rasanya itu lebih simple (record pakai PC cabuk je) dan kitorang pun niat nak sampaikan messaage bukan nak jual lagu atau menang anugerah ke huhu.
Terima kasih sebab walaupun tak aktif mana pun, tak femes mana pun, tak hebat pun dan takla best sangat tapi geng-geng tetap terus sokong kami, hantar comment kat myspace, hantar message (kadang-kadang sampai tak sempat balas) dan berikan macam-macam cadangan bernas.Allah saja mampu balas jasa anda semua. Doakan kejayaan kitorang dalam pelajaran dan perjuangan. salam ukhwah daripada 5forty2 ;)
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[al-Baqarah 2:216]
-5forty2-
www.myspace.com/5forty2music
[update]
29 Januari 2006
Download it @ http://www.myspace.com/roguesquad
Title: Random Love Song
Produced and Arranged by The HQA
Mixed by MicWrecka
Verse 1: WordsManifest, Familboy, Proximas & HQA
Verse 2: 5Forty2
Verse 3: Phalanx
pz.
lagi satu nak disampaikan dan ditekankan adalah lagu bertajuk MINAH TUDUNG bukanlah lagu kitorang. tak mungkin kitorang sanggup mencarut dalam lagu sebab ianya bertentangan dengan ajaran Islam. terima kasih atas sokongan anda semua. jangan tinggalkan solat dan ingat Allah selalu:) sekian...