"*dreaming about when we'll be together again*"
"*dreaming about when we'll be together again*"
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkanTutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintihSelepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan makanan ulat Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke PusaraTangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’ Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergiBeristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki TuhanJusteru bila DIA menyeru, sambutlah seruan-NYA Sebelum DIA memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patok itik tak sudu Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikatLahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhiratSambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’ Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’ Jalan kemenangan akhirat dan duniaIngatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan ALLAH SWT... Pada hari itu tiada berguna Harta, takhta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia…
"Menanti penuh kerinduan....."
/p
Somebody once told me that, "Finding the right person
is very hard and very wrong . . . it is best to be the right person for the one you love and start from there . . . you'll always end up disappointed when you set standards and define a 'right person' for you . . . and don't rush things . . . 'coz somewhere somehow God is preparing somebody for you".
Music
manusia.. sering terleka.. ada yang mengingatkan... jangan buat camtu.. jangan buat camni.. tak baik..tapi.. yang memperingatkan juga buat apa yang dilarang begitulah hidup kita.. sering alpa dengan kenikmatan hidup yang hanya pinjaman dari Allah ini.. tidak bersyukur dengan apa yang ada.. iri hati dengan kelebihan orang lain.. apa yang hendak dikata.. tiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.. terimalah realiti dengan seadanya usah dikutuk.. usah dicaci.. usah dipersendakan apa yang benar. jangan gemar mengata.. kerana mungkin orang yang dikata lebih baik dari kita.. jangan gemar memanggil orang dengan panggilan yang ntah apa-apa kerana mungkin orang itu terasa atau tersinggung.. jangan gemar menyumpah.. kerana mungkin sumpah akan memakan diri.. jangan gemar menyalahkan orang lain.. kerana mungkin kita yang bersalah.. jangan gemar membanggakan diri. kerana ramai yang lebih baik dari kita.. beringatlah sahabat.. keredhaan Allah senang dicari.. kelaknatan juga mudah didapati.. sama-samala kita mengingat antara satu sama lain kerana sesungguhnya... syurga Allah impian kita...
Ku bersujud pada-Mu Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu Ku berlindung selalu pada dosa-dosa Dan setiap salahku Kau jagalah lindungilah cintailah aku *(Laaillahailallah)* Setiap detik yang berlalu Menghitung diriku Bertanya padaku Akankah sia-sia bila akhir waktu Datang memanggilku Kau jagalah lindungilah selamatkan akuAllah Allah AllahKau jagalah lindungilah selamatkan aku Allah *(Laaillahailallah)*Jagalah diriku jagalah diriku Lindungi lindungi lindungilah aku ini Jagalah cintai lindungi selamatkan Ya Allah(Laaillahailallah) Jagalah ya Allah Laaillahailallah