SKY. Nama yang senang diingat. Mudah disebut. Itu saja. Lahir di sekitar pertengahan bulan Jun 2007 di Ampang. Ketika itu Ijal pemuzik sepenuh masa mendapat jemputan untuk memenuhi ruangan
‘Breakthhrough’ Muzik-Muzik TV3. Lantas Ijal merekrut rakan-rakannya GG (bass), Boy (drums) dan Raja Azri {ex-PreMelodic} (vokal) untuk menubuhkan band ini. Ya, pada awalnya SKY berkonsepkan Pop Rock.
Raja kemudian menarik diri kerana komitmennya pada kerjaya peniagaan. Sesi ujibakat pun mula dilakukan beberapa kali sehinggalah rakan mereka sendiri, Ajam (First Edition-Gangstarz) menyertai band sebagai vokalis baru (dan tetap hingga kini) dengan sukacitanya.
Selepas Muzik-Muzik, SKY hanya bermain di majlis2 hotel, majlis2 rasmi+tidak rasmi+parti2 sehinggalah SKY mendapat jemputan dari
Bor’Gal Community (terima kasih Aly!!) bermain gig pertama iaitu
Indie Fest ’08 @ Ruums,KL (7 Jun ‘08). Kebetulan pada ketika itu pula Boy mahu mendirikan rumahtangga dan tempat drums perlu diisi. Shiz {Pledging New Foundation} yang tinggal di Shah Alam dipanggil bagi menggantikan tempat Boy selaku drummer.
Di sinilah kelahiran semula SKY yang baru setelah mendapat suntikan aliran muzik dari L’Arc~En~Ciel, Glay, Gazette dsb, Kembali aktif, SKY memilih untuk beranjak kepada aliran muzik
Japanese-Rock {J-Rocks}. !!Gambatte!! Dan sehingga kini barisan ahli SKY yang tetap adalah:
Khairil Azam @ Ajam – Vocal
Rizal @ Ijal – Gitar
Radzzi @ Gg – Bass
Shiz – Drums
SKY menjuarai kategori
Best Indie/Newsound @ Discovery Stage band competition anjuran Nightwish Communication,C18 Bangsar KL (2 Ogos'08). Malangnya semua band yang terlibat telah ditipu oleh pihak penganjur. Kesal dengan sikap penganjur yang tidak bertanggungjawab, SKY teruskan semangat (Chaiyok!!) dengan jemputan2 persembahan di sekitar kelab2, hotel2 dan majlis2. Tidak dilupakan juga rancangan television seperti
‘Backup band’ REEF gameshow 1..2..Jus..@ntv7 (7 Ogos'08) juga gig2 seperti
RANtAi Merdeka Art Event @ Jaya One, Petaling Jaya (31 Ogos'08). Seterusnya SKY bermain di
Moto GP @ Sepang International Circuit, Sepang (19 Okt '08).
Didorong permintaan pendengar2 muzik tanah air dan beberapa pihak, Alhamdulillah sehingga kini SKY masih lagi teguh berdiri dan dipanggil untuk membuat persembahan. Masih 'jamming around' di
AMP Jamm Studio, Shah Alam terus memperkemaskan mutu permainan+menghasilkan lagu2 baru. Pada masa ini juga sedang dalam proses menyiapkan material untuk penerbitan demo SKY pada November ini (InsyaAllah).
Terima kasih pada semua yang telah mendengar SKY, mengenali SKY dan berkongsi apa2 saja bersama SKY. Kami akan terus hargai anda. Teruskan bersama kami sampai bila2. Kami perlukan hati anda (ya anda!) untuk mendengar muzik kami.
Anda terkinja, Kami teruja!!
!!Gambatte!!
Sebarang pertanyaan+jemputan, sila hubungi :
RizaL, 017-6891934
Radzzi, 012-2681532
@
[email protected]
Show terdekat