Mediazoom iaitu nama yang mewakili saya adalah seorang daripada ribuan malahan jutaan pengguna internet di alam maya ini. Dan tujuan saya hari ini membina profail di dalam MySpace adalah untuk bersama-sama anda sahabat yang lain di dalam dunia MySpace.
Perkataan Mediazoom mengambil nama sebuah blog yang pernah saya bina beberapa bulan yang lepas. Ianya tidak membawa apa-apa maksud selain hanyalah menggambarkan minat saya kepada aktiviti menonton video, tv dan mendengar muzik secara online.
Salah satu laman web video yang sering saya layari adalah YouTube. Saya percaya semua pengguna internet hari ini tahu apa itu YouTube. YouTube Inc. telah diasaskan oleh Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim pada 14 Februari 2005. Laman web YouTube telah menarik minat seramai hampir 4 million pengunjung hanya dalam masa 3 bulan selepas dilancarkan dan terus berkembang sehingga kini. Syarikat YouTube seterusnya telah dibeli oleh Google pada bulan Oktober 2006, kira-kira 20 bulan selepas dilancarkan dengan harga $1.65 Billion. Begitulah hebatnya pengaruh YouTube yang telah mewujudkan satu revolusi baru. Dan menurut statistik terkini sebanyak lebih kurang 65,000 video baru telah dimuatnaik (upload) di YouTube setiap hari.
Video-video yang terdapat dalam YouTube termasuklah video muzik, filem, tv shows, iklan komersil dan juga video-video hasil rakaman amatur.
Oleh itu tidak hairanlah menonton video secara online merupakan aktiviti yang paling digemari oleh pelayar-pelayar internet masa ini termasuklah saya sendiri. Selain dari YouTube banyak lagi pelayan internet yang menyediakan perkhidmatan menonton video secara online termasuklah DailyMotion, VSocial, Guba, Break dan Metacafe.