it's all about drum!pada tahun 1987, tanggal 13 April, tepat jam 12:45 tengahari kedengaran tangisan seorang bayi di bucu katil usang HUSM Kubang Kerian.Diberi gelaran Dzul, aku membesar dengan penuh kasih sayang disamping ibu dan ayah serta saudara kandungku.Setelah beberapa tahun berlalu...Aku mula kenal muzik ketika aku berumur 12tahun.Apabila umurku meningkat ke 14 tahun,aku mula berkecimpung dalam muzik.Aku mula belajar untuk menjadi seorang gitaris.Dalam masa yang sama aku telah mengadakan satu persembahan untuk Persatuan Kumpulan Pengakap Pasir Mas,di busu 40 Pasir Mas..Selepas aku turun dari pentas aku dipanggil oleh pihak belakang tabir,disitu aku dikenalkan dengan orang yang akan menjadi mahaguru gitar&drum aku yang sempoi gile orangnya.Tok guru aku tu tok imam masa berkhelah ari tu dan salah seorang pakar motivasi dalam Persatuan Pengakap dan dia juga salah seorang yang banyak berjasa dalam sejarah metal melayu.Dia ialah sanadee atau nama gelaranya dee ex-SUFFERCATION..Aku mula rapat denganya dan mintak nk belajar gitar.So,aku mula belajar di E-MAN STUDIO di Pasir Mas milik vocal kumpulan KULIT&POSITIF..Selepas beberapa bulan aku belajar gitar...Minatku mula beralih kepada drum.Mula dari situlah,aku dilatih oleh abe Dee ex-SUFFERCATION untuk menjadi seorang drummer metal.Aku mula main lagu cover METALLICA&SEPULTURA.Aku di latih dengan penuh semangat dan ikhlas dari abe Dee.hehehe.Aku mula kenal Wan Slaughter and the geng masa aku tranning drum sorang2 kat studio tu.Aku diminta main drum untuk mereka..Masa tu drummer diaorang jauh dari diaorang (belajar)drummer mereka ialah Mak Aid(INCARCERATE,IN TORMENT)sekarang.First song we played is Seek And Destroy and Master Of Puppet.Dari situ kami mula kenal dan rapat.Setelah beberapa lama kemudian, aku di ajak oleh Wan-slaughter untuk buat band projek Trash..Tp masa tu aku masih belum bersedia untuk menjadi seorang drummer.Byk benda lg yang perlu aku belajar dalam ilmu drum.Tetapi kami tetap jamming bersama.Cover song yang kami bawak jam ialah METALLICA,SEPULTURA,SODOM,KREATOR,SLAYER dan beberape lagu dari dalam Negara kita.Aku mula kenal Port Joe (SACRED IMPERIUM) selepas dia balik cuti dari belajar kat Melaka..Selepas umurku meningkat ke 16 tahun.Aku mula ada band aku sendiri iaitu thrill.Aku dan thrill hidup selama 2 tahun.Dalam pada masa yang sama aku bermain dengan kumpulan POSMOTHEM yang terdiri dari aku,dee-suffercation,Cradle joe dan fareed..Selepas itu aku ke Indonesia untuk belajar.Selepas sebulan lebih di sana aku diminta untuk bermain dalam band VILLA.Band kami berlandaskan pop alternative.Kami sempat mengeluarkan demo yang bertajuk The Dreams Never True.Lagu2 kami di ke udarakan oleh radio Tasik Malaya.Bahagian Jawa Barat Indonesia.Tak sempat seminggu lagu2 kami di keudarakan,aku kantoi dengan bapak aku.Aku di suruh balik ke Malaysia dan terpaksa ke Republic of Yemen.Dan sekarang aku hanya bisa menanggung kesedihan..kuikuikui.Peluang untuk menjadi drummer metal yang berjaya sangat tipis sekali di sini.Aku masih menunggu peluang untuk menjadi drummer metal yang berjaya.Akan sampaikah hajatku ini?soalan ini hanya tuhan sahaja yang dapat menjawabnya.Semoga para pembaca2 dapat memberi semangat kepada aku agar aku tidak terasa sendiri dalam mengharungi dunia metal ni....Jutaan terima kaseh kepada abg2 yg pernah beri tunjuk ajar kepadaku;dee_ex SUFFERCATION,SUAT and the gangs,PORT JOE and the gang,PENDY,KERRY,JIEME,FAREED,MUMU,ENKURT,DAKRNESSFALL,MR.LE
E,MR.CHENG,WAWI,CES,TES,dan kpd yg pernah bg semangat kepada aku.tanpa mereka xtau lah aku........
Free black metal layouts at SatanSpace.com