Akademi Fantasia (atau AF) adalah antara rancangan realiti televisyen Malaysia yang pertama. Rancangan ini membawa perubahan yang mendadak kepada persada hiburan tanah air sejak tahun 2003. Format rancangan ini sama seperti format rancangan La Academia di Mexico yang diedar ke seluruh dunia melalui francais yang dipegang oleh Endemol. AF disiarkan melalui rangkaian TV berbayar tempatan Astro melalui saluran Astro Ria, dan diacarakan oleh Aznil Nawawi yang bergelar "pengacara No 1 Malaysia". KONSEP Rancangan ini mengharapkan undian dari para penonton untuk memilih pelajar yang layak ke peringkat seterusnya hingga ke peringkat akhir dan seterusnya memilih juara. Talian undian dibuka sepanjang minggu bagi para peminat menentukan nasib idola mereka dalam pertandingan. Pada setiap musim, 12 orang "pelajar" dipilih oleh juri setelah menjalani satu proses uji bakat dan penapisan kecuali Akademi Fantasia Musim 3 yang menampilkan 14 orang "pelajar" dan Akademi Fantasia Musim 5 yang menampilkan 16 orang "pelajar". Tirai Akademi Fantasia akan dipaparkan di kaca televisyen untuk menunjukkan 'kejutan' kepada peserta yang telah terpilih untuk menjadi pelajar dan dibawa untuk berkumpul dan mempelajari seni nyanyian dan persembahan di tempat yang bergelar "Akademi" (lokasi berubah mengikut musim). Akademi ini diketuai oleh seorang pengetua yang juga berubah mengikut musim yang dibantu oleh tenaga pengajar untuk menjalani proses pengajaran. Aktiviti-aktiviti harian pelajar tersebut akan dirakam dan disiarkan dalam Diari Akademi Fantasia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Diari Akademi Fantasia mempunyai dua bahagian untuk sehari. Pada setiap hujung minggu, (lazimnya malam Sabtu) sepanjang satu musim, peserta beradu sesama sendiri dalam Konsert Akademi Fantasia untuk mempersembahkan prestasi mereka setelah belajar selama seminggu kepada para penonton secara langsung di lokasi dan di kaca TV. Pada akhir rancangan, salah seorang daripada mereka yang memungut undian paling rendah untuk sepanjang minggu tersebut akan disingkirkan daripada pertandingan. Penyingkiran ini berterusan sehingga Konsert Akhir yang lazimnya pada minggu kesepuluh yang menampilkan empat hingga enam orang peserta untuk merebut gelaran juara. Imbasan Akademi Fantasia diadakan untuk bersama graduan atau pelajar yang tersingkir dan mengimbas kembali kenangan mereka di Akademi. Pada musim ketiga, Konsert Prelud Akademi Fantasia diperkenalkan sebagai landasan terakhir uji bakat sebelum benar-benar dipilih menjadi pelajar. 20 orang calon pelajar akan membuat persembahan pada konsert tersebut dan juri akan memilih 12 orang sahaja untuk dibawa masuk menjadi pelajar Akademi Fantasia (10 orang sahaja yang dipilih juri pada musim keempat. Nota Prelud diperkenalkan pada musim yang keempat untuk memperkenalkan 20 orang calon pelajar yang akan bertanding dalam konsert prelud. Pada musim kelima, Prelud dan Imbasan telah dimansuhkan dan diganti dengan Debat Akademi Fantasia yang memaparkan perdebatan dan perbahasan mengenai topik-topik yang berkaitan yang menjadi permasalahan dalam rancangan ini. Perdebatan tersebut membawakan barisan ahli seni, media dan wakil dari akademi dan pihak penerbitan untuk memperdebatkan topik yang diberi. GRADUAN Selepas keluar dari Akademi Fantasia (sama ada tersingkir mahupun selepas konsert akhir), para graduan akan diuruskan oleh pihak Maestro Talent and Management Sdn. Bhd. Terpulang kepada mereka untuk memilih kerjaya yang seterusnya tetapi dengan keizinan Maestro.
My Blog
SIAPA JUARA AF7?
SIAPA YANG BAKAL MENJADI JUARA AF7 PILIHAN ANDA? Posted by on Mon, 11 May 2009 21:00:00 GMT