real editor best profile tools
+SIAP DITUBUHKAN PADA TAHUN 2006+
+AKAN KEKAL SELAGI KAMI IKHLAS DAN JUJUR DALAM MUZIK KAMI+
+SEKIAN+
Al-kisahnya bermula pada 4 April 2004 apabila tiga pelajar daripada Maktab Tentera DiRaja yang bernama Rashid, Ayap dan Bullet (RAB) serta dua rakan mereka yang lain iaitu Amin dan Avery berniat untuk menyertai pertandingan Battle Of The Bands (BOTB) yang telah dianjurkan di Taman Tun Dr Ismail. Setelah tamatnya pertandingan tersebut, kecekalan yang kental untuk meneruskan apa yang telah dimulakan mula membarakan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan masing2 dalam mendalami muzik mereka sendiri.
Namun, setelah tamatnya pengajian, akhirnya mereka terpaksa berpisah atas faktor berjauhan daripada satu sama lain dan juga demi melanjutkan pelajaran masing-masing. Pencaturan semula ahli bermula apabila Ayap berkenalan dengan Kamal yang pada ketika itu sedang menuntut bersamanya di Universiti Malaya. Masalah mencari seorang vokalis pula telah diselesaikan oleh Rashid apabila mengenali Remie.
Setelah mencari ahli baru, mereka telah mula menulis lagu bersama dan kemudian bertanding dalam BOTB yang dianjurkan di Universiti Malaya. Apabila ditabalkan sebagai johan, keyakinan mereka untuk meneruskan perjuangan akhirnya kembali membara. Rancangan untuk membuat rakaman demo akhirnya dipersetujui oleh kesemua ahli.
Malang tidak berbau kerana rakaman mereka terpaksa dibiar tergantung apabila ‘sound engineer’ yang bertanggung jawab untuk rakaman-rakaman mereka telah menghilangkan diri. Peristiwa ini bagaikan satu babak hitam bagi mereka kerana sehingga kini, hanya rakaman mentah itu yang mampu menjadi bahan rujukan. Akhirnya, mulai daripada saat itu, masa dan kewangan sentiasa tidak memihak kepada mereka untuk membuat rakaman daripada petak pertama semula.
Keadaan mula berubah apabila mereka telah dijemput untuk bermain di gig perlancaran single baru Julie Goes Overseas. Gig ini telah membuka peluang kepada mereka untuk terus menceburkan diri dalam arena muzik.
Kemunculan Belle bermula apabila Remie telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Australia. Pada peringkat awalnya, Belle diambil hanyalah sebagai seorang sessionist jika Remie tidak mampu menghadirkan diri. Namun setelah beberapa kali mengiringi persembahan mereka, akhirnya Belle telah diambil sebagai ahli tetap.
Kini, Remie sedang menuntut di Australia dan memandangkan yang lain pula masih menuntut di dalam negara, mereka akan terus meneruskan apa yang telah mereka mulakan.
Contacts:
Email: [email protected]
TABLOID
Copy and paste this code to support us!