..View All Friends | View Blog
MOVE ALL HTML CODES (IMAGES/WIDGETS/SLIDESHOWS/VIDEOS) BELOW THIS CODE
..
..
HIDUP TAK SELALUNYA INDAH**Hidup ini memerlukan pengorbanan dari semua aspek untuk berjaya,kadangkala boleh membuat hati sendiri rasa kecewa, tak puas hati dan terpaksa dalam setiap pengorbanan. sehinggakan terpaksa mengalah demi memuaskan hati insan lain, adakah mengalah itu ikhlas?adakah mengalah itu disusuli dengan dendam?atau mengalah dan pasrah dengan setiap yang dilakukan?Berdepan dengan seorang insan yang pernah membuat hati ini terluka dan pasrah terasa seperti tidak dihargai lagi kadangkala terasa lebih teruk dari mengalah. Kenapa sesudah dikecewakan seseorang itu boleh menerima dengan sebuah persahabatan? adakah perasaan itu benar?atau sekadar satu penipuan disebalik hati yang merelakan?sekiranya ini adalah warna - warna kehidupan aku akan mengalah demi kepuasan hati semua insan. Kadangkala aku seakan terfikir dunia ini tidak adil, mengapa aku bercinta, mencipta kenangan pahit dan manis bersama dan akhirnya aku sendiri dikecewakan dan ditinggalkan? merelakan perkahwinan yang datangnya bukan dari percintaan yang aku semaikan tetapi terpaksa aku tempuhi dengan hati yang terpaksa dan menerima satu perkahwinan itu adalah wajib!mengapa hati ini begitu sukar untuk menerima seorang lelaki yang bakal aku tempuhi hidup sehingga ke akhir hayat aku?atau apakah aku terpaksa memujuk hati aku dengan satu hari nanti aku akan perolehi anak dan kehidupan aku akan berubah?bagaimana sekiranya aku tidak dapat memperolehinya? apa yang harus aku lakukan?adakah terpaksa pasrah untuk kali kedua?