DILARANG MELARANG! Hai, nama saya Zika. Nama glemer pendek saya ialah Zika. Nama glemer panjang saya juga adalah Zika. Berumur
enam belas tahun tidak menghalang saya untuk terus bermain stuffed toys bersama jiran tetangga dan saudara mara
sebelah emak saya. Sering dicemburui dan menjadi mangsa iri hati rakan-rakan kerana mempunyai kebolehan
untuk mengucapkan perkataan "Babi" sebanyak 99.99 kali dalm tempoh masa kurang daripada 0.01 nano saat.
Menghidapi penyakit ganjil dan berunsur mistik iaitu sering ketagihan Milo Kosong Extra Tabur Terabur di kedai
mamak berhampiran pada setiap petang Isnin. Sukakan benda yang tidak disukai oleh orang lain dan bencikan
perkara yang disukai oleh orang lain. Berpendapat bahawa "dewasa" merupakan satu fasa peralihan yang menakutkan
kerana dikelilingi oleh dewasa yang lain yang mengamalkan sikap diskriminasi, seksis, dan homofobia dalam
kehidupan seharian mereka. Oh dunia memang tak pernah nak adil.
Kembali ke realiti kehidupan seharian.