Saya berminat dalam aktiviti berbentuk kepimpinan,lakonan,nyanyian,tarian,pengacaraan,majlis berbentuk seminar akademik dan motivasi.Dari segi sukan, saya gemar bermain bola tampar dan badminton.
Jika disentuh mengenai 'who i'd like to meet', sebagai seorang Islam saya ingin menemui Pencipta Manusia sekalian alam, Allah S.W.T. dan juga kekasih Pencipta, Nabi Muhammad S.A.W. , tapi impian itu adalah selepas saya meninggalkan dunia ini.Jika di dunia ini, saya ingin bertemu dengan Pemimpin-Pemimpin negara yang selama ini memperjuangkan hak negara Malaysia, memartabatkan negara kita supaya duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.Selain itu,sudah tentu anda semua , yakni sahabat-sahabat saya yang menemani saya selama ini,tidak kira di alam persekolahan rendah,sekolah menengah dan universiti, malah my future friends,saya amat mengalu-alukan kawan kawan sekalian untuk menjadi sahabat dalam erti kata yang sebenar yakni sahabat sejati,ketika suka dan duka.Jadi kepada semua kawan kawan,walau dimana jua anda berada, tidak mengira pangkat,darjat,keturunan dan taraf hidup,sudi-sudikan menjadi sahabat saya. add me ; ) [email protected]
Emm...jika ditanya tentang muzik, saya menyukai banyak jenis muzik. Tapi,antara banyak muzik,yang paling saya suka, adalah muzik yang berentak perlahan , muzik yang mempunyai bunyi alam , dan jika pop rock sedikit masih boleh diterima dan still enjoy it.
Saya sebenarnya tak suka tengok wayang,hehe,mungkin habit ini tidak berape baik untuk industri perfileman negara, tapi saya suka membeli VCD(yg original ye) , kalau cukup duit la ;) .Movie yang saya suka tengok adalah yang menggambarkan jalan cerita kekeluargaan,mistik,percintaan dan futuristik.
Saya suka menonton television pada waktu petang dan malam.Ini kerana,pada waktu itu,ada banyak cerita yang best.Saya suka tengok kartun dan cerita-cerita lain seperti Sembilu,Friends,Best Tv Drama,Pearl Screen, Edisi Siasat, dan banyak lagi la.
Emm....buku ape ye...saya rasa buku psikologi.Saya pilih psikologi kerana saya kira ia dapat membantu kita memahami persekitaran,tidak kiralah psikologi keluarga,psikologi kanak-kanak,psikologi orang dewasa,psikologi dalam politik dan lain lain lagi.Selain psikologi,saya juga suka membaca buku-buku yang berbentuk agama dan tidak terkecuali majalah hiburan.