View All Friends
|
View Blog
|
View Pics
|
Add Comment
Setiap hari sebelum subuh, Sue selalu mendengar suara orang seperti menyanyi-nyanyi dengan bahasa yang langsung tidak difahaminya. Selalunya dia akan menutup telinganya apabila mendengar bunyi itu tetapi pada hari itu dia sungguh berbeza. Hatinya tertanya-tanya apakah yang selalu dibaca oleh rakan sebiliknya, Siti Fatimah itu. Dia segera bangun secara senyap supaya tidak didengari oleh rakannya yang sungguh khusyuk membaca sebuah buku sambil menyanyi itu.. Semasa dia mendengar suara itu, kadang-kadang dia juga mendengari rakannya itu menangis sambil menyanyi. Apabila sampai sahaja waktu subuh, rakannya itu seperti membuat satu senaman yang memang asing baginya. Hatinya sarat dengan pertanyaan yang terbuku dihatinya. Selesai mengerjakan senaman itu, Fatimah menadah tangan dan kedengaran tangisan seperti meminta ampun kepada seseorang. Irna bingung. Selama dia tinggal di London, tidak pernah sekalipun seseorang manusia seperti rakannya itu mengerjakan senaman dan menyanyi setiap pagi. Tidak lupa juga dia melihat rakannya itu mengerjakan senaman yang sama sebanyak lima kali sehari. Dia bertekad untuk bertanya kepada rakannya itu tentang apa yang dilihatnya pada pagi itu.MOVE ALL HTML CODES (IMAGES/WIDGETS/SLIDESHOWS/VIDEOS) BELOW THIS CODE